Wednesday, February 8, 2017

Kaedah bayaran balik TAPEM menggunakan Online.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Saya tolong assist je ni, belum try lagi actually. Baru je duk google website tapem ni macamana nak bayar guna online payment...


Korang pergi ke pautan

http://tapem.melaka.gov.my/1/


Klik pada Buat Bayaran Online tu.




Ok masuk dalam page ni, korang register la bagi yang belum register tu.
Kalau dah register terus login saja.




Login page. Masukkan Ic No. dengan password



Dashboard page.



Ni saya set up kan Manage Favourite Payee.
Sebab website ni boleh guna untuk buat bayaran lain jugak tau.



Untuk save dalam webpage ni, masukkan no account baru Tapem kita tu.




Ok lepas da set up continue untuk next page.



Sampai sini lepasni ada step lain kot, untuk login ke account transfer bank korang tu. Saya dah bayar da last week pergi terus ke pejabat Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka tu.

Kalau di Melaka ada dua tempat untuk buat bayaran.

Kat UTC ada di tingkat 5, lagi satu kat Kota Cemerlang aras 4.

Kalau bayar on the spot takde extra charge. hahaha So far, kalau direct ke kaunter amek no je tak perlu tunggu lama.. hihi sebelum UTC ni siap, saya bayar di Pejabat Pos ada extra charge sampai RM1 lebih sekarang RM2 lebih tak silap.. ok lagi guna transfer bank charge 0.50 sen je kan.. hihihi. 

Oklah harap dapat membantu korang langsaikan hutang pinjaman.
Semoga entry ini bermanfaat!


Ingat! Hutang perlu dibayar.

Bookmark and Share

Friday, February 3, 2017

Youtube Kids, Apps untuk anak kecik.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.






Sebelum ni, saya jenis bagi je dia main I-pad sementara nak siapkan kerja-kerja rumah ni..
masak + basuh baju + jemur baju + kemas rumah etc.. etc.
Until saya perasan, anak saya akan jadi kuat tantrum witch is menangis dan menjerit sekuat hati bila  i-pad tu habis bateri atau keluar iklan.. malah siap bergaduh dengan adik..
I see it, and i feel scared.
So, saya nak cegah sebelum dia jadi addictive.
Lagipun, dok bagi dia kat Youtube tu kadang ada iklan kan.. mesti dia akan marah bila iklan tu keluar tetiba.. kadang kita ni tengah busy di dapur mase tu la dia nak menangis bagai.. Takut juga kalau dia klik pada video yang bukan-bukan.
Jadi tu duk la google and jumpa Apps ni.
Youtube Kids.
Bagus sangat apps ni.
instead dia boleh tapis segala video yang tak berkenaan (tapi perlu juga pantau) dan takde iklan lak tu.


Kartun ABC alphabet..
Kalau dah dapat tu, dia sorang jela tengok.. adik nak jeling pun tak dapat.
Mujur adik ni jenis kalau ada satu toys tu dia akan hadap je toys tu.
Jadi takde insiden abang akan kacau adik bila tengok adik tengah syok main toys dia.
sebab abang pun sibuk dengan youtube kids dia.
Dan paling best, Youtube Kids ni boleh set kan timer untuk dia.
Ini paling lama saya bagi.. mwahahaha..

Biasanya akan jadi gini la bila masa tengok tu dah habis.
Saya akan ketawa bwahahaha kat dia lepastu cakap
"Ok dah cukup! sambung esok esok la.."
terus angkat I-pad tu dan letak atas almari baju atau sorokkan dalam almari..
Memang dia akan mengamok.. tapi saya pujuk la elok-elok dan lepastu dia da ok.
Baru ajak tido..
Siang hari pun saya dah jarang bagi dia main I-pad dah sekarang.. sebab kalau biarkan dia, akan jadi addict sangat.. risau weh. mengamok kaw-kaw bila amek i-pad dia tu. So hari siang, saya bagi dia tengok arabic song, pocoyo or didi kat Pc.. buka la mana-mana playlist tu kan. So dia akan tengok, kalau bosan dia sepahkan lego dan main cars. Rutin harian.. suka buat sepah. hahahhaha
Sebab TV rumah saya dah gi letak di rumah Ibu dan Ayah saya..
Orang tua kan suka tengok TV.. so xpe rumah saya takde TV, asal ada internet je.
kahkahkah..


Bookmark and Share

Thursday, February 2, 2017

MashaAllah, cepatnya masa berlalu..




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Alhamdulillah, segala nikmat pemberian Allah swt.
Terima Kasih Allah, beriku peluang membesarkan anak anakku sendiri.

Cepatnya masa berlalu..


Masa ni dia baru dapat kaki.. bukan main seronok tak hingat.
berjalan aje keje dia.. semua orang dia tegur.


Sekarang, dua-dua da besar. banyak akalnya..
buat sepah tiap masa kot..
pantang ada peluang aje dua beradik ni bergabung.


Lama sangat nak update blog, tapi takde masa je..
Nak tulis, harini da hari ke lima kot anak sulung saya survive tanpa "puting" dia tu.. hahaha

Kisahnya, ada satu pagi tu saya lepas kemas rumah, basuh baju lepas subuh tu sambung tido join diorang ni.. kemudian, mereka berdua dah bangun dan turun bawah sendiri dua beradik ni.. habis da diorang kumbah barang mainan diorang.. masa saya sedar tu dua beradik ni da naik atas berebut buah epal.. tengok-tengok dah separuh dah abang dia makan.. buah epal atas meja, malam tu beli tak sempat nak cuci da letih nak tido da.. lepas saya mandikan mereka, saya turun sama nak masak untuk tengahari pula.. sementara tu makan la ape ada dulu.. 
Malam tu nak tido, baru sedar dia dah misplace mana da puting dia tu.. tak tau la mana dia campakkan.. dah nampak makanan kan.. so sejak dari hari tu cakap kat dia.

"Puting anep takdela kan dah hilang.. anep kene tido sendiri tak hisap puting tau."

Kesian jugak dia takleh tido tapi lama-lama dia tido la sendiri.. tapi kadang tak tahan lepas dari puting dia hilang ni every pagi pukul 2, pukul 3 dia bangun menangis mintak puting tau.. stress jgk kadang tu.. saya ni pulak jenis susah nak bangun pagi if time tido terganggu ni.. bagi susu je. terus tido balik.. tapi malam semalam dia tak bangun da mintak puting.

Alhamdulillah.. 

Lepasni turn Maryam plak nak putus kan dia isap jari.. sekarang bagi chance dulu. hahaha



Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis