alhamdulillah..
July 06, 2009, 12:05 AM
![]() yuhuu..alhamdullilah. syukur ke hadrat ilahi. aku lepas lagi sem ni. up dah skit ponter aku walaupun tak tinggi mana pun. hehe tapi memang bersyukur sangat. dengan suasana hostel dah berubah. siap ade kerusi sofa lagi tu. meja makan pun dah genap untuk 8 orang tapi sayangnya budak umah takleh pilih. macam dulu, satu blok tu BITM je tapi kali ni campur. sape cepat dia dapat. tapi alhamdullilah aku dapat tingkat bawah. bebudak jaksis pun same gak, ramai dak klas aku lah. hee...so apa yang korang lihat kat dalam picture kat atas ni? aku bulatkan BENGKEL 1 kan? so nak tau tak pe bengkel 1 ni.. here go.. BENGKEL 1 (BITU 2913) dalam bengkel ini pelajar secara perseorangan dikehendaki membangunkan satu perisian aplikasi, mendokumenkan dan membentangkan aplikasi yang telah dibina. penekanan diberi kepada meningkatkan kemahiran pelajar dalam membina atur cara / perisian. mak aii nampak tu? SEBUAH PERISIAN!!, DALAM MEMBINA ATUR CARA!! wuaa.. last sem nyer project present C++ pon cam hampeh je. pastu database pun tak jadi. sistem lagi lah.. adoi.hope ade someone yang leh bimbing kitaorang. lupa ah..adoi! camne nak igt kodding2 ni balik eh?? Oh Mandy~~
July 03, 2009, 5:26 PM
hehe layan dulul video ni pastu baru komen eh.. oh mandy~ oh mandy~ lilin
July 01, 2009, 7:09 PM
“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!”, itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.Guru umpama lilin. Kekasih umpama lilin. Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi. Simbol pengorbanan. JANGAN JADI LILIN YANG MEMBAKAR Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama. JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri, Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri. PESANAN BUAT LILIN Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri. Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi. Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi. Maklumat tentang H1N1
June 29, 2009, 6:59 PM
Y. Bhg Datuk/Dato'/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/puanSebagaimana sedia maklum , wabak H1N1 telah melanda dunia dan kini ia mencapai fasa pandemik (Fasa6). Kini terdapat 91 kes di Malaysia iaitu 77 kes impot dan 14 kes jangkitan tempatan. Justeru itu demi kesejahteraan dan kesihatan warga UTeM dan para pelajar UTeM (termasuk Master & PHD) Klinik Pelajar mengedar info H1N1 kali kedua bersama data - data terkini. Diharap semua dapat mengambil sedikit masa untuk membacanya dan bersama - sama membantu membuat hebahan kepada warga UTeM dan para pelajar. Dicadangkan agar dapat di tampal di papan kenyataan masing - masing serta membuat salinan untuk edaran Fakulti dan Jabatan masing - masing. Beberapa saranan yang dicadangkan : 1. Tangguhkan perjalanan keluar negara 2. Tangguhkan pendaftaran pengajian atau tangguhkan bertugas selama 7 hari selepas pulang dari luar negara bagi mengelakkan ia menular di UTeM 3. Sekiranya tidak dapat dielakkan perjalanan ke luar negara : `~ Elak melawat ke tempat sesak . ~ Ketahui kawasan wabak ~ Jaga kebersihan.Amalkan membasuh tangan ~ Guna alat perlindungan pernafasan ~ Segera dapat rawatan sekiranya jatuh sakit ~ Elak berhubung rapat dengan orang lain selama 7 hari pulang . Sama - sama berdoa dan berkerjasama supaya wabak ini tidak menular di UTeM. Sekian terima kasih sumber dari : Klinik pelajar UTEM Ada apa dengan lensa??
June 26, 2009, 2:57 PM
![]() Pelaburan awal terbaik selain kamera. Ada apa dengan lensa yang menjadikannya begitu penting? Ada sesetengah orang merasakan bahawa kamera lebih penting lagi. Yup! Itu memang tidak dinafikan. Tanpa pemproses dan sensor imej yang baik, apalah sangat sesebuah kamera itu. Tetapi satu lagi komponen utama yang tidak boleh dipandang remeh adalah lensa kamera. Sehinggakan ada golongan professional di luar sana yang menyatakan kita patut berbelanja lebih untuk lensa berbanding kamera, terutama bagi mereka yang merangka bajet! Ini kerana lensa mempunyai lebih banyak peranan berkaitan kualiti dan penggunaannya dalam rakaman gambar. Ia masih diperlukan dan masih berguna untuk jangkamasa yang lama. Sekiranya sebuah kamera contohnya NIKON D40 atau D60 akan ditukar dalam masa 10-15 tahun lagi, lensa kamera tetap kekal berguna pada mana-mana kamera yang serasi denganya. Bukan sahaja lensa menjadi pelaburan awal yang bijak, malah ia penting untuk merakam imej berkualiti di samping badan kamera itu sendiri. Sebagai contoh, lensa yang pernah popular satu ketika dahulu iaitu NIKON 18-200mm VR, masih lagi menjadi lensa yang popular untuk kamera NIKON DX. Malah ia juga dikatakan serasi untuk kamera-kamera akan dating seperti model D300 dan sebagainya. Begitu juga dengan lensa-lensa lain, yang pernah dikeluarkan beberapa tahun lalu, masih lagi menjadi lensa yang terbaik sehingga kini, meskipun model kamera telah berubah-ubah. Seorang jurukamera yang baik juga akan memastikan dirinya memilik pelbagai jenis lensa untuk digunakan pada situasi berbeza. Lensa sudut lebar, lensa jarak jauh, lensa makro, lensa standard dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa lensa-lensa ini memainkan peranan yang tersendiri dalam menghasilkan rakaman gambar yang baik, sama ada dalam fotografi manual mahu pun digital. Lensa kamera juga boleh didapati dalam jarak kanta berbeza-beza yang menentukan kedalaman paparan dan focus sebuah gambar (ini menentukan jenis lensa). Lebih panjang lensa kamera, maka lebih focus yang boleh diberikan kepada sesuatu objek, lebih pendek lensa maka lebih lebar imej terhasil. Begitu juga dengan lensa standard yang menghasilkan imej seperti mana yang dilihat oleh mata. Untuk itu, pemilihan dan pemilikan lensa yang boleh menawarkan semua ciri-ciri ini menjadi terbaik. Sekiranya anda sedang merangka bajet, lensa dikatakan pelaburan awal yang seharusnya dititik-beratkan dalam memikirkan perdebatan antara ‘kamera vs lensa’. Dapatkan lensa terbaik dengan nilai wang yang anda ada, dan badan kamera yang baik pula menjadi soal bonus. Jangan takut untuk berbelanja lebih dalam membeli lensa,kerana ia akan sentiasa digunakan oleh anda dan membantu anda mendapatkan rakaman berkualiti yang sentiasa anda idam-idamkan. Oh ya! Lensa kamera juga sentiasa “laku” kalau dijual semula tau. TIPS MENDAPATKAN DAN PENJAGAAN LENSA: 1. Tetapkan bajet dan pastikan anda mendapatkan lensa terbaik dengan wang yang anda ada. Lebih baik dapatkan lensa terbaik pada satu harga daripada dua lensa murah. 2. Lensa standard atau lensa zoom? Bagi anda yang pertama kali membeli kamera dan lensa,dapatkan lensa standard terlebih dahulu. Pastikan yang anda boleh merakam subjek sedekat mungkin berbanding membiarkan zoom melakukan semuanya. 3. Buat pertama kali, anda patut dapatkan lensa daripada pengeluar asal seperti NIKON atau CANON. Jika ia merupakan lensa kedua atau ketiga anda, tiada salahnya tinjau-tinjau pilihan lain. 4. Sekiranya anda membeli lensa dari pengeluar pihak ketiga, pastikan pelekap lensanya serasi dengan kamera anda. Bukan semua lensa serasi semua model kamera. 5. Terdapat 3 lensa iaitu standard, lebar dan telephoto. Kuasa sesuatu lensa itu terletak pada ukuran milimeternya atau juga dikenal sebagai jarak focal. Lebih banyak,lebih baik. Dapatkan juga aperture maksimum. 6. Ketahui kegunaan lensa anda. Misalnya lensa sudut lebar (24-28mm) untuk fotografi landskap ; lensa telephoto untuk rakaman jauh seperti perlawanan bola sepak ; lensa makro untuk ‘close-up’ dan lain-lain lagi. 7. Dapatkan sahaja tak mencukupi, kena pandai juga. Gunakan penutup lensa sekiranya tidak digunakan. Jaga dengan selamat! 8. Gunakan pembersih lensa dan elak menyentuh dengan tangan. 9. Pastikan lensa sentiasa kekal kering. 10. Sentiasa dapatkan maklumat mengenai lensa terbaik di pasaran dan tip penjagaan dari pelbagai sumber lain. Elak sakit belakang (backbone pain)
June 24, 2009, 12:59 AM
Sakit belakang adalah satu masalah yang sering menimpa kepada hampir setiap individu tidak kira lelaki, perempuan, atau orang tua mahupun kanak-kanak. Sakit belakang boleh berpunca daripada otot, tulang, ligament, saraf ataupun cakera veterbra. Mereka yang mengalami sakit belakang ini sering berasa tidak selesa hingga menjejaskan aktiviti harian. ANTARA 8 SEBAB SAKIT BELAKANG INI TERJADI KERANA PERKARA BERIKUT:
UNTUK MENGELAK TERJADINYA SAKIT BELAKANG PADA DIRI ANDA. IKUTI 7 LANGKAH BERIKUT:
(Aku harap dak pompuan dalam picture ni kekal mantain body sampai bebila..hee;p jauhi dari sebarang penyakit..amin~) Paintball..ape yang ??
June 22, 2009, 11:55 PM
![]() Ape yang ade pada paintball?? fyi..dari kerana sukan paintball nilah aku kenal buyo. dari sukan ni la cinta aku berputik. cewah.. haha..1st time mase tu aku folo fiza housemate aku before nak balik rumah sewa. Masa tu aku belajar kat KKJS merlimau, time tu fiza ni diajak main paintball. so, da alang2 tu folo la dia. Masa tu cincai-cincai je punya event. baru2 nak kenal paintball la..so time ni la buyo terpikat kat aku..eceh..time tu perut akak slim lagik. haahaaa skarang buncit sikit je. ngehee;p im still remember time2 buyo mintak phone number kat aku hee ayat pancing buyo anta kat sms "hye adik manis, mawi melaka di sini" hehee.. btw, layan je time tu..sebab aku pun dalam keadaan single almost available. haha..so,buyo da banyak kali approach aku. dan di atas nasihat syira ("manalah tau kalau tuhan tu da jumpakan ko ngan dia") aku pun terima la abang buyo seadanya. Jiwa dan raga..ahaha bwerk!!geli plak aku ni..gatai nya anak ibu ni!! so..hari demi hari, minggu demi minggu buyo asek ajak dating je..ahah..masa tu ada paintball field kat area MP tu. tu la first time aku main paintball. hehe, masa tu game 3 on 3. aku buyo ngan sorang dak cina. lawan team dak cina tu punya kawan. ske aku..time tu aku men tembak je..pastu nyorok. haha ye lah takut kene tembak..time tu kulit aku cerah putih melepak lagi. ahaha *ayat poyo takleh bla! so happy nyer aku dapat tembak sorang budak cina tu. hehe..pastu, kasih sayang kami semakin erat bila aku jadi crew JS. masa tu main kat padang dataran pahlawan kat depan MP. time tu team abg buyo aku tu takde pape peralatan langsung. bawak pod pun ikat pakai tali rafia je. haha..nube gila time tu. yang aku plak kat luar mek video,mek gambar pastu usung barang2 dorang ke hulu ke hilir. Maklumler time ni aku takde ID lagi,takleh masuk dalam player camp pastu js ni plak tak tau mana nak letak barang2. ha..ni la mulanya kulit aku jadi gelap..uwaaa.. so aku bersama buyo dari team mate tak kekal sampai le ke team mate kekal. Dan skarang jadi gerunan semua Division 4. tak semua la gerun..separuh2 je..tapi aku plak yang rasa lebih gerun dari dorang. Nak-nak bila buyo and gang da masuk field nak game on tu. pergh..aku punya la berdebar cam aku ni player..padahal~ haha. cuak nyer cam aku lak yang main kan. heee;p tapi da adat permainan menang kalah biasa la. hehe..aku sentiasa berdoa aku akan sentiasa disisi buyo sampai bebila..aku nak sentiasa ada waktu dia nak game on tu. im so lucky coz tuhan tu temukan aku dengan dia..kalau tak aku tak tau la aku hanyut dah ke mana. hee..sayang kat u. hahahaha hope im will be with u forever n ever oraite! hehe..next year div3 plak..kumpul wet beli E-marker. hehe. p/s: sayang b sebab b layan kerenah ya, sayang b sebab b bimbing ya..hee sayang b cangat2! argh..malu aku~~ |
Biography
![]() Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart.. ![]() Buya <3 Buyo, Since **07 : 0504 : Our Pallet Of Love leave ;] email/ym ;] Fotopages ;] Friendster ;] ![]() More
![]() ![]() Message Here
graphic addicts [: Connections
Utusan Karya,Warisan HN, Dr. Tun Mahathir, Syed Muzzafar, UtEM, Unisel, sweetdesignwardrobe, NafaGrovie, RANTAI-art, K.A.C.A, JS Paintball, HANI, Nano, Cik Star, Alia, Buja, Busya, Busya, Buliz, Naqiudin, Iezkandar, NeracaINC, KAK izza, Bedah, Mahumaju, Nasazfrog, KAK G, Rashid_missdiva, grapixmalaya, SueAnnaJoe, littlenailofar, a stranger, kepoh, Suki, artis, Gazza, Redbloodsnow, Redbloodsnow - Photography, kisah klasik, Zueheart, Shatilah, tny, princess, Blogmenjerit, ce3ra, razifmustapha, kiki, odin, muchacha, julliet honey, firdaus, bunga, yandarwisy, amin kamis, nazri, komando, gamemaster, chokichoki, topo, Ariel, Budak Kampung, cIput, Lensa-LILY, She3pa, Iera, Nadieya, MieraIdora, Enna, Zaza, arianna, Nuriman, Fatin Fasihah, YnaQasem, Datin Illany, Nedz, Fieqa, Eeyin, Aimy, DracoSyidaa, Makcik Muni, Mira, Ain, The jiJiE, Fiza, Along Arman, funny-games, heavy-games, Archives
August 2007September 2007 October 2007 November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 Credits
![]() ::Delicious Cupcakes:: Click me plz! ![]() ::JS Trooper:: JS official paintball website. Best viewed in *IE/CHROME/MOZILA* Pictures
click play |












