Tuesday, October 22, 2019




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



 

Anak bujang dengan anak gadis saya tolong saya masak masak.
hihihi

kalau saya masak sup, boleh la ajak diorang tolong.
goreng goreng diorang belum tau lagi keadaannya macamana 

ye dak..

hahaha. 

Bookmark and Share

Saturday, October 19, 2019

Resipi Puri untuk anak bujang kedua ni..




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 
Alhamdulillah ke hadrat ilahi.
6 bulan dah usia anak bujang saya nombor dua ni.

Jadi ini adalah resipi puri dia yang kedua.

sebelum ni dia dah mula makan dah cuma tak dan nak record video.

hahaha

Seronok rupanya ambil video dan edit ni.
cuma perlu jadi kreatif sikit la kan..

ok, nak simpan kenangan saja.

Happy 6 Months Thoriq!
You were so loved
💖  


Bookmark and Share

Wednesday, September 18, 2019




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Sakit Itu Penghapus Dosa


 مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.” [HR. Bukhari dan Muslim]

     Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.

Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat.

Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan.

Ada pepatah berkata:
"Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan"

     Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
"Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja"

Allah SWT berfirman:
"Demi Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar"
(Al-Baqarah: 155)


Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.

Allah SWT berfirman:
"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu"
(Asy-Syura: 30)



Bookmark and Share

Wednesday, May 8, 2019

Pengalaman mengandungkan Thoriq. Fuh...

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


MashaAllah..
pejam celik pejam celik, dah tiga orang dah anak saya.
Macam tak percaya je, dah lahirkan tiga orang khalifah.
Bertambah lagi umat Muhammad. hehehe.
Oke,
Nak simpan kenangan ni, pengalaman semasa mengandungkan baby Thoriq.
Semasa awal awal dapat tahu mengandung pun selepas perasan 2 bulan lebih tak datang bulan.. beli pregnancy test sendiri.. Sah.. hahaha. patotlah asyik rindu je tengok gambar gambar abang hanif masa baby. Haha 


Kemudian, buat buku merah tu pun dah lewat, tarikh datang bulan pun ingat yang last dari Apps yang saya guna dalam phone tu.. So, bermula lah journey checkup di KK setiap bulan. 😑😑😐😐

Thoriq membesar sihat dalam perut.. sejak dari kandungan trimester pertama hingga ke minggu 35 tu dia duduk melintang dalam perut. Macam macam lah doctor ni kata, baby tak cukup besar la. Air ketuban sikit la... takut baby terbelit tali pusat lah.. haih. yang tragisnya tu. Minggu 36 tu dia dah engage kat laluan. so kami plan nak bersalin di swasta la tub tub minggu 37 tu terasa sakit sangat perut ni masa tido.. ada rasa seluar basah. tapi tak pasti lah tu air ketuban ke air kencing ke air apa tah.. Masa check di gynea tu, dia scan rupanya thoriq ni melintang balik.. ya allah.. patutla gigih dia dalam perut ni main pusing pusing.. berderau lagi jantung saya bila Doctor tu kata gini 

"Macamni takde harapan dah nk pusing balik, kene ceaser je, ceaser RM7K.."

Dengar 7K kau.. tak jadi nak bersalin kat swasta.. dah doctor kata gitu. Tak sanggup sebenarnya nak ceaser.. sebab fikirkan diri ni, takde sape boleh tolong jaga masa pantang.. 😰
so saya pergi GH.. (ape boleh bikin, dah ni je hospital kerajaan dalam Melaka ni)
Masa scan tu kepala melintang ke kiri pulak.. bukan main seronok dia pusing pusing dalam perot ni ye. hahhaha dah bincang dengan doctor, check ctg, air ketuban semua ok. So saya mintak doctor nak balik.. so doctor suruh datang untuk next checkup..


Sepanjang di rumah, hari hari duk pujuk baby ni suruh dia pusing kepala ke bawah.. cakap dia, umi nak bersalin normal ye.. takot nak ceaser. haha.. solat pon yang 2 rakaat cuba jugak lah solat duduk sebab nak sujud lama lama.. orang kata, suruh sujud lama lama nak suruh baby pusing.. dan selepas pegi checkup minggu ke 38 tu, baby dah pusing dah kepala ke bawah. Doctor Amira yang check tu pun baru dia ingat kisah baby ni dia boleh menyongsang balik selepas dah engage kepala kat bawah ni kan.. hahaha baby baby, suke hati dia je ye.


Pada 25 hb tu, perut mengeras suddenly. tapi saya macam konfius ni sakit nak beranak ke sakit memain.. iish budak ni memang suka main mainkan umi dia ni. Jadi saya pun serah diri lah.. duduk hospital tu nak dekat seminggu jugaklah.. akhirnya genap 40 minggu Thoriq pun lahir.. malam sebelum saya nak delivered tu, bukaan dah 3cm tapi contraction macam main main je datang.. makanya saya pulun solat duduk Maghrib dan Isyak tu.. lepastu jalan jalan kat ward. Malam dah mula tak selesa tido.. kejap kejap perot mengeras.. tunggu doctor datang selok (tak relaa tapi ni la pertama kali dalam sejarah kene seluk dengan doctor lelaki.... dua orang lak tu. sorang india.) seriuss laa.. iols segan. dia kata bukaan da nak 4cm.. Nurse suruh kemas katil siap siap nak ke labour room..


haihh cerita dalam labour room ni pulak, mula tu kene cucuk antibiotik sebab saya ada GBS+ sebelum doctor pecahkan air ketuban tu.. masa pecahkan kali pertama, sakit tak berapa sangat. Saya banyak kali request nak minum sebab tekak kering.. husband basahkan bibir je tp tak berapa rasa. last last nurse bagi guna macam straw tu ada air dalam straw tu sikit jela.. ada lah tiga ke empat kali jugak mintak basahkan tekak.. bila sakit dah start dekat dekat.. dah takleh tahan dah.. peluk besi tepi katil nak tahan sakit tu.. ya allah dalam hati ni rasa nak lari tau, tapi nak lari mana dah? nak tak nak memang kene hadap pon. T______T' Nurse cucuk ubat tahan sakit kat bontot.. agaknya ni lah punca sakit pinggan selepas delivered tu.


Macam biasa la saya mintak gas etonox tu 😋😋 sedut sedut dah mamai.. husband keluar lak pegi solat zohor. Dan dan masetu lah rasa nak berak nye kan.. 😑 Akhirnya meneran lah si Thoriq niiiii.. ingatkan sekali teran dah lepas.. rupanya tersangkut badan.. ada la koyak sikit.. kene jahit jgak berlapis lapis 😭 tapi, yang jahitkan saya tu sister. Sakit sikit lah tapi takdelah kene macam time Maryam dulu tu.. Nurse masetu sume beri layanan baik pada saya.. Terima Kasih Nurse.

And again, Aled dia takde masa saya meneran tu. haihh.... 😄






Selepas beberapa minit lahirkan Thoriq, Nurse nak bawak dia Nursery sebab nak pantau kesihatan dia takut dia pun ada GBS+ ni. Sebab saya kan pembawa kuman ni.. makanya 2 hari lahh dia kene admitted.. Tido malam tanpa baby kat ward, ada hikmah rupanya.. kan lepas bersalin tu saya dah lalok sedut gas tu, sampai ward saya pulun tidooo.. ngehngeh tanpa ganguan sampai hubby dan ibu datang. Husband tolong mandikan dan cuci apa semua..  Hari seterusnya, doctor dah benarkan balik.
Yahuuu tpi thoriq kene tinggal lah..  takpela. 2 hari je. dan thoriq sihat walafiat.


Maka saya pun berhuhuhu la nak ganti puasa sebulan ni. ^_^'

begitulah kisahnya..
 Nanti saya ada kelapangan saya nak update pasal penyusuan saya kali ni..
Moga rezeki buat Thoriq.
amin ya rabbal alamin.

Ummi sign-out!


Bookmark and Share

Tuesday, April 23, 2019

Entry pertama untuk tahun 2019!

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




MashaAllah.. lama betul sis tak update blog ni. haha!

Tengah online ni, sis nak share something untuk bacaan korang.

*****


Mindset seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu ini sangat penting. Hal ini kerana, jika salah meletakkan 'mindset', kita yang merana.
Jika seharian kita berpenat melayan kerenah anak, uruskan rumahtangga, memasak, lipat baju, kemas mainan anak, ajar anak mengaji dan kita rasa kita ini hanyalah sekadar 'bibik tak bergaji', kita akan rasa letih sangat, rasa sedih, rasa down, rasa hopeless.
"Kenapalah macam ni nasib aku,"
Allah, Allah... Bertambah letih bila ucap begini. Tanpa disedari, padahal mungkin itulah jalan terbaik untuk Allah nak beri kita syurgaNya.
.
Kita adalah apa yang kita fikir tentang diri kita.
Kita tak boleh harap orang lain pandang kita dengan positif sekiranya kita sendiri pun anggap khidmat bakti lillahitaala ini sebagai hal picisan.
Jika kita sendiri asyik mengeluh, berkerut, muka masam. Aura kita pun rasa negatif. Lihatlah kesannya pada anak dan pasangan pun sama dapat yang negatif. Rumahtangga tak ceria, rezeki dan rahmat pun payah nak masuk.
Namun jika kita lihat diri kita sebagai 'bibik' yang bakal menerima 'imbuhan' dari Allah di akhirat, lihat diri sebagai 'murobbiah' kepada bakal pemimpin yang akan memperjuangkan agama di masa depan, tidakkah hati kita rasa lebih lapang?
.
Kemas apa yang anak sepah, nampak itu semua pahala yang Allah nak beri pada kita.
Masakkan makanan, suapkan pasangan dan anak-anak makan, meski tiada pujian mahupun penghargaan, namun itu semua dalam pandangan dan penilaian Tuhan.
Ajarkan anak-anak basic tentang al-Quran, surah al-fatihah, solat, doa, semua itu untuk pahala kita yang berpanjangan kerana insyaAllah itulah basic things sebagai muslim in a lifetime.
.
Lelah dengan sikap suami yang tidak menghargai?
Jika kita harap sekujur tubuh manusia yang tidak sempurna itu membalas semua pengorbanan dan jerih perih kita mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak-anak, serta menguruskan rumahtangga, pasti kita akan kecewa.
Begitu juga dengan anak-anak yang kita telah berkorban segalanya tetapi di masa depan mungkin mereka tak 'menjadi' seperti yang kita doa, harap dan sangka, pasti kita akan kecewa jika kita harap anak 'membalas' jasa dan pengorbanan kita.
Percayalah, Allah-lah yang paling mampu membalas segalanya. Manusia tak ada daya upaya, manusia tak mampu.
Bayangkan dengan memikul ibu dari Thaif ke Tanah Haram untuk beribadah pun belum dapat membalas hatta satu helaan nafas sewaktu sakit ingin melahirkan anak. Apatah lagi hal yang lain.
.
Sebagai ibu, sebagai isteri... pohonlah pada Allah untuk besarkan hati kita seluas lautan agar masalah-masalah kecil, stress-stress kecil, frust-frust kecil itu mampu kita 'hadam' dengan sebaiknya.
Memang hati kita ini sifatnya berbolak balik. Ada masa kita kuat, positif, ceria. Ada masa kita termenangis sendiri kerana penat dan sakit hati. Ada masa waktu menyuap nasi pun air mata boleh menitis. Namun, Allah tak pernah menjauh. Mintalah kekuatan dari Allah.
.
Jaga lisan terhadap anak-anak. Kerana kita tak tahu mungkin saat itu Allah angkat dan makbulkan kata-kata kita.
Banyakkan doa bukannya memaki. Doa yang sungguh-sungguh dari hati yang merendah diri, bukannya sambil lewa. Biarlah penat lelah ini boleh ditukarkan sebagai tiket untuk masuk syurga di akhirat nanti. Bukan penat yang sia-sia.
Minta Allah yang bahagiakan hati kita kerana jika kita sendiri tak bahagia, bagaimana mampu kita bahagiakan suami dan anak-anak?
.
Kita manusia selalu buat silap, terutamanya saya yang menitip pesanan ini. Namun, selagi masih bernafas, itulah ruang dan peluang untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik di mata Ilahi, insyaAllah.
Saat lemah tak berdaya, selalulah ucapkan doa ini;
انا لله وانا اليه راجعون؛ اللهم اجرني في مصيبتي واخلفلي خيرا منها
"Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. Allahuma'jurni fi musibati, wa akhlif li khairan minha."
Maksudnya: sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah jua kami akan kembali. Ya Allah ganjarkanlah aku pahala dalam hal yang ku deritai ini dan gantikan aku dengan yang lebih baik. (HR Muslim)
Allah jualah sebaik-baik penolong.

Copy dari : FB

*****

Nasihat sis, cubalah kita baiki diri kita untuk keluarga kita.. penat memang penat. ubah mindset buat kerja kerja rumah ni kerana Allah swt.. tapi kalau betul tak larat, mintak la pertolongan dari suami dengan cara yang baik.. anak anak pun, kita cuba didik mereka dari kecik supaya jadi seorang pengemas.. 



Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis