Saturday, July 15, 2017

Red Velvet Cookies!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Wahh ini macam sedap.
Rujukan akan datang, rajin boleh cuba hahahaha ;p






Bookmark and Share

Thursday, July 13, 2017

Resume banyak muka surat??


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Resume korang dalam format Microsoft Words lagi?
Lepastu, banyak pulak page sampai nak dekat 10?
Template biasa je.. ada tu takde template pun.

Ok,

Kalau tak tau nak design Resume nampak cantik dan kemas serta kurangkan jumlah muka surat.
Saya boleh tolong.

:D

Meh tengok contoh contoh saya dah buat ni.












Yang tahu design tapi takde masa nak design pun boleh..

Saya charge harga RM15 untuk satu design.
Apa yang saya bagi files JPEG, PDF dan convert ke Microsoft Words format.

Mudah untuk korang edit.

Jika berminat, korang boleh email saya di sini : kedinkyst87@gmail.com
Atau boleh wasap saya http://designresume.wasap.my/


TQ!



Bookmark and Share

Tuesday, July 11, 2017

Creamy Milky Cheesy Butter Prawn


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Dapat Resipi ni dari Facebook, Saya copy dan update blog so senang untuk saya rujuk in future..


Bahan-bahan :

  1. Udang 1/2 kg
  2. 1 tin Susu cair
  3. Bawang putih 2 ulas (dicincang)
  4. Bawang holland 1/4 biji (dipotong dadu)
  5. 6-7 helai daun kari
  6. 1/2 kiub ayam
  7. 1/2 sudu serbuk kari
  8. Sehelai daun pandan (optional) *Saya suka aroma daun pandan so saya letak je. Ikut suka masing-masing, tak letak pun takpe.
  9. Cili (optional. Kalau yg suka pedas, boleh tambah lagi byk mana cili nak). Saya ni tak tahan pedas, cili kecil tu saya guna 1 je. 😂 Selebihnya saya guna cili merah besar sekadar untuk hiasan.
  10. Sekeping cheese (apa-apa cheese pun boleh)
  11. Tepung jagung
  12. Butter (1/4 dari yang seketul tu)





  • Mula-mula nak kena goreng udang dulu.
  • Letak garam sikit secukup rasa. Gaul sebati & simpan sekejap dalam peti sejuk 10 minit. Lebih pun takpe, kemudian bila nak start masak baru keluarkan udang. Tabur tepung jagung salut rata.
  • Kemudian goreng udang sampai agak-agak masak, keemas-emasan dh warna dia.Tak payah goreng lama sangat.




UNTUK KUAH



********************** 



  • -Panaskan kuali, cairkan mentega




  • Tumis bawang holland, bawang putih, daun kari, hirisan cili & daun pandai sampai wangi & kekuningan.



  • Masuk serbuk kari & tambah air sikit.





  • Dah mendidih, masukkan susu cair.
  • Lepas tu masukkan kiub ayam, secubit garam dan setengah sudu kecil gula.





  • Kemudian masukkan cheese. Kacau rata & biarkan mendidih.





  • Agak-agak kuah dah pekat, tutup api.
  • Ada org dia suka masukkan udang ke dalam kuah & gaul rata supaya udang sebati dengan kuah.




Cantikk rupaaa.. tak sabar nak beli udang. hahaha
saya memang feveret udang butter ni.
Tak sabar nak cuba..!



Bookmark and Share

Saturday, July 8, 2017

Restaurant Masak-Masak!


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Selain Johnnys, kitorang suka jugak makan kat Seoul Garden. Lama kot tak makan kat sini. Last makan masa anep baby around 11 bulan gitu kot.. Lama tak lama?



Sekarang harga pun dah boleh tahan!!
Nasib baik Anep tak lepas level tinggi yang Restaurant ni tetapkan kalau tak kene lagi extra charge.


Mujur anep ni petite, ekekeke :'p


Ni kejadian selepas perut Maryam ni dah kenyang.. tengok ler tu, buat perangai plak cari perhatian orang kan..


Keadaan memula macam normal, kemudian macam agak tak terkawal sebab si abang dah mula menyebuk ke meja orang sebelah.. Adik plak mesti la follow belakangg..


Sebelum keadaan jadi makin parah, kita makan laju laju sket sambil suap jugak mulut diorang. haa

Fries dalam tu sume habis kitorang bedal lepastu dorang tak refill lagi. ahahhaha


Bagi aiskrim semangkuk, baru dia duduk dendiam kejap.. sementara menghabiskan saki baki makanan yang tengah di grill dalam kuali tu. ahaha




Dak adik plak lorat main interior kat kedai ni..
gasak la dik, janji tak memekak... hahhaa



Harga latest Rm99+ untuk dua orang weh.. mahaii nyaa..
punya lama tak makan kat sini dulu masa study rajin plak kan makan sini. wahahaha


tapi masetu harga student, dapatlah half price kan..
ni mujur anak tak kene bayar.. so sementara anak kecik lagi ni rajin rajin la bawak bejalan..
entrance pun Freeee..



K, sebelum balik abang anep dah jumpa sorang kakak..
lorat beno buat show tepi meja tu eh cari perhatian orang.. hahahahahahhaa



Mak ayah, tebalkan muka jela.. janji orang terhibur dengan anak kita. 
-_-'



Bookmark and Share

Friday, July 7, 2017

Drypers Pants baru yang best!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Eh!
apa yang best nya pun tak tau..

hahahaha

Anak anak saya pampers campur pants dan strap. Kalau travel senang pakai yang pants kat rumah pakai yang straps. ehehe..

pastu, ada la beli drypants keluaran baru dari Drypers.
ada pelekat macamni kat belakang.





Awal - awal tak tau la kegunaannya untuk ape..
lepastu.





Baru tahu rupanya ada sticker untuk tampal selepas ada baki tahi gulung gulung dan tampal jadi takdela dia terbuka.. selalu kalau saya nak buang pampers jenis pants macamni kene bawak plastik kecik..


Baru nampak kemas sikit.. kalau yang strap tu memang boleh gulung kecik kecik dan tampal..
bila buang dalam tong takdela dia terburai balik..

Thank you Drypers kerana buat begini. jimat bag plastik mak jemah.

;p



Bookmark and Share

Fish Manhattan AEON KB!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Bebudak ni, mood kadang elok kadang buat hal.. tak tau la apa yang saya terlepas pandang mungkin.
tu belum dia buat hal tengah jenjalan tetiba baring kat lantai Mall.. banyak kali lah jugak.. si adik ok lagi nak duduk dalam trolley shopping mall tu abang dia paksa camne pun memang la taknak.. melainkan dia dah penat jalan..


Mujur kami ni jenis tak serik bawak makan kat luar.. 


Best jugak AEON Mall Kota Bharu ni.. banyak restaurant dan kedai kedai lain. D.I.Y tak sempat jengah apedehal kat Melaka pon ade. bhaha!


Dah letih jenjalan, tak beli papepun sebab dah beli saje je jalan nak makan pulak so kitorang masuk Fish Manhattan lah.. Keadaan kedai ni agak tak teratur, mungkin sebab lepas Raya kan pekerja ramai yang masih cuti. Pinggan ada yang tak dan nak basuh.. dengan meja ada yang tak sempat nak bersihkan.. tapi masih ada lagi meja lain yang kosong.. Ada satu meja belah luar kerusi dia sofa, tau awal baik duduk je situ.. tengok keadaan anak-anak saya selepas makan ni.

Nasib diorang behave semasa makan, tapi ada juga session air tumpah atas meja sebab berebut sudu dengan ummi dia. hahaha



Si abang start la buat hal, nak baring la ape la.. adik pun sama nak join.
kalau duduk kat Sofa bahagian depan tu mungkin masih boleh behave lagi. ekekeke

tapi takpela. asalkan diorang tak berlari satu kedai cukupla..
hihihi



Bookmark and Share

Sunday, July 2, 2017

Seminggu di Klatey!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Hotel ni takla 5 bintang pun tapi so far ok la untuk weols.
Ada Iron board dan Iron disediakan di dalam Almari..
Hotel Estadia pun takde Iron board tau! haa..


Tengok, yang Istimewanya hotel ni ada sediakan sejadah dan Al-Quran Terjemahan.
THIS IS KLATEY!

3 Tahun lepas saya tido di hotel ni juga.. tapi takdela nak amek gambar.. ada tapi dalam phone lama.. best sebab ada sejadah dan al-quran. sangat wow!

Swimming pool pun Indoor!
tapi ready laa air dia sejuk kejong hoi.. kitorang turun mandi pukul 4 lebih air dia sejuk beku.. mungkin sebab cuaca masetu hujan je kan so air dia jadi la sejuk.. tak kene matahari.. 



Kelantan, apa yang istimewa..
bulan puasa, Segala kedai makan Fast Food is TUTUP! tak bukaa la sampai nak berbuka tu.

Dalam Shopping Mall pada hari Jumaat, pukul 11 lebih da dapat reminder untuk segera keluar dari shopping mall ni untuk Solat Jumaat.

Makanan heavennn! bazaar Ramadhan semua berlainan jenis makanan..
Siapa kaki makan memang elok la duk Klatey ni, sebulan lepastu jangan bising perot dah boncit. hahahaha!


K tu sajela nak citer. gambar pun tak banyak sebab tak rajin nak snap tak cukup tangan pegang anak. ekekekeke

Bookmark and Share

Friday, June 16, 2017

Family vs Friends vs What i Really Want to Do





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.





Baru baca blog Maria Elena.. tetiba terasa nak update jugak. behehe (loratt aaa)


Jahahaa..


Honestly, since saya berkahwin.. sebelum ada anak. Time untuk kawan masih boleh manage lagi.. Masa anak sorang ada pun still boleh jumpa kawan lah tapi tak selalu.. Then, bila Maryam lahir.. terasa dunia ni hanya dengan mereka je.. Nak cari masa untuk diri sendiri bila dua dua tido serentak.. Walaupun hanya sejam atau dua jam tapi Syorgaaanyaaaaaaaa~~


Banyak sangat perkara untuk diri sendiri saya dah lepaskan.. antaranya bisnes paperprops saya dan freelance design saya.. Saya cuma amek job yang takde dateline je.. Ya Allah, memang kengkadang diorang ni bagi tekanan je bila kita ada keje atau nak siapkan keje kita ni.. jadi dari terbeban rasa tekanan takot boleh jadi gila atau meroyan eloklah saya lepaskan je semua tu. :'(



Sometimes terfikir jugak, no wonder la emak yang meroyan tu boleh hilang kewarasan bila anak crancky nangis tak makan pujuk tu.. wallahi diorang tak bersalah, dan diorang pun tak faham lagi kenapa diorang perangai macamtu..
T_____________T'

Kita as parents ni kene la banyak bersabar. alahai..





Saya dan husband jenis takkan serik bawak anak berjalan or makan kat luar. Even-tho sometimes diorang crancky dan buat hal kat kedai makan or shopping mall tu.. Sebab crancky tu mungkin diorang tak cukup tido or lapar.. selalunya gitu la. Kalau kat kedai makan tu toksah cakap la dua beradik ni manjang bertekak aje.. Beza dua beradik tu setahun which is abang is 3 years old dan adik is 2 years old. Mana tak gaduh adik sebuk tak tiru apa abang buat dan abang pulak tak nk adik nyebuk.. selalunya diorang akan berebut dengan satu toys yang mulanya takde sape pun pandang. tapi bila salah sorang jumpa, mula lah sorang lagi pun sama nak jugak.. Kalau bertekak, selalunya diorang lawan suara sape lagi kuat jerit sampai last skali salah sorang naik tangan sorang lagi membalas. hahahahahah kelakar tak rasa, kadang dah penat tu leh jadi stress tapi masa saya tengah cerita ni tau tak saya tengah senyum. kelakar kan diorang ni. ahahahahahaha



Ada jugak beberapa Tips saya guna pakai dan anak-anak saya ok with that. Antaranya,


1. Alihkan perhatian semasa dia nak tantrum tu.
Yang ni, memang menjadi kadang.. tapi takdela menunjuk benda yang takde contohnya kalau kat kedai makan dia dah start nak nangis saya tunjuk la kerusi depan dia kaler merah or apa yang tengah berlaku waktu tu.. budak tengah berlari ke.. pakcik tengah parking kete ke.

2. Biokan ajee laa.. kalau dah nak dekat kritikal tu leraikan.
Selalu kalau gado kitorang biarkan je dia gado tapi masa sama cakap "eyy takmo gado.." "eyy jangan pukul adikk.." cakap jela sambil perati je kan.. tapi gado dorang tu bukan la berpanjangan sangat. kejap lepastu dah mengkekek bersama.. ahahahaha

3. Kene ada bekalan makanan.
Biskut ke roti ke.. selalunya kalau ada makanan baru diorang ni akan duduk diam. hahahah then sekarang dak abam tu dah pandai kalau sampai kedai je nanti dia kata "ummi! ummi nak bakan ehh.." ummi pun kate, "Aah nak makan.." -_-

4. Anak berguling kat Mall.
Kadang biokan dulu dia guling tu, tapi dok cakaplah. "ee tak malu ke orang tengok niii.." dia pun ado kisah pulak kan.. hahaha pastu perangai, dah keluar jalan dalam kete sampai kereta kat rumah dia start nangis taknak masuk rumah. jahahaha perangai sunggoh eh!

5. Last Plann.. terpaksa la keluarkan Phone buka Video kartun letak atas meja. T_T
Saya memang tak praktikkan cara ni lagi lagi bila tengah makan sama-sama.. Waktu makan la sebenarnya sesebuah keluarga tu bersatu.. tapi so far, dalam case tertentu je baru guna cara ni unless memang tak la.. hahahhaa


Actually, banyak je tips tapi saya takdela nak follow semua kadang pun saya sendiri boleh jadi hot dan tantrum bila anak buat hal tak ikut arahan.. dia macam Anak-anak Dragon yang dalam citer HTTYD 2 tu.. anak dragon kan tak terkesan dengan Alpha Dragon yang dah kawal dragon dragon lain untuk ikut dia tu kan.. ha macam perangai tu la, bila kita suruh dia buat benda tak dengar je lepastu layan diri sendiri menyanyi.. Urut dada je weh.


Memang kesabaran seorang emak ni asyik asyik la diuji.. belum part mintak susu / apa apa tapi nak serta merta.. dia macam cakap je terus siap.. kalau ummi ni ada magic wand swing swing je siapp takpelah jgak.. hadoiii..


Kadang terasa nak lari je dari diorang ni.. tinggalkan kang baru tau.. dah jadi kejam pulak macam cite jepun tu, apetah tajuk lupa dah. hahahaha Apepun, dah nama anak kan, anak tu amanah.. kita jaga lah sebaik mungkin, banyakkan berdoa untuk anak kita.. beri didikan agama yang sebaiknya.. kita jaga mereka elok-elok nanti bila kita tua mereka pulak jaga kita elok elok.. Teringat pesan ustaz ni tak ingatlah nama tapi dengar dari Radio Ikim.Fm. 


Dia kata, Ajar anak kenal Allah.. kenal Nabi.. bila anak kenal Allah swt dan Nabi automatically dia akan sayang ibu bapa dia dan akan tahu tanggungjawab sebagai seorang anak.. Tapi as parents pun, kene sama sama belajar baiki dan tunjuk contoh yang baik untuk anak-anak..






Last but not least, apepun saya tetap sayang anak anak saya. Merekalah dunia saya, tanpa mereka saya sunyi, tanpa mereka saya tak tau apa perlu saya lakukan.. kerana mereka, skill memasak saya dah upgrade. kerana mereka kerja rumah saya cekap. kerana mereka segalanya bagi saya.. Insha Allah saya akan cuba lakukan yang terbaik.. We Woman is very strong! We can do this!


I LOVE MY KIDS! I LOVE MY FAMILY SO VERY MUCH! ehehe of course la kengkawan pun saya sayang jugak.











Bookmark and Share

Tuesday, June 6, 2017

Moreh moreh.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


MashaAllah, punya berkurun nak update.. ade ke orang nak baca?? hahahahah 

Takpelaa.. update jugak tak kira! hihihi

Harini macam Free sikit la. selalunya macam malas bebenar nak mengFreekan diri dengan anak-anak cruncky aje.. Mungkin sebab diorang pun rasa jugak aura puasa tu kot.. hahahha

Ok harini nak cerita Port Lepak santai kat Melaka ni..
TTS COFFEE.

Kedai ni dalam kawasan Restoran Terapung kat Sungai Putat ni.. Hari hari lalu dok tengok je, lepastu malam bila tu lepas terawikh husband ajak minum minum situ.
Kedai ni memang port lepak bebudak motor besar.. sebab nampak sticker dorang tampal kat papan dalam kedai ni.. 

Menu biasa je.. Kopi la of course.. cumanya Kopi dia yang biasa biasa je tak banyak choice, kalau ada tambahan kopi lain macam Esspresso ke, Cappucino ke, Hazelnut ke boleh la kan kita panggil ni Kopitiam.. Haritu saje je amek angin malam.. Anak saya seronok benar la duk kat area atas kedai ni, hahaha 



Dalam gambar tu meja asal, sebab anak duk tunjuk nak naik atas nak naik atas.. last baru tukar tempat duduk, pindah situ. hihihi

Tujela nak cite. Takde Idea laa.. papepun thanks sudi baca. 



Bookmark and Share

Monday, April 10, 2017

Homemade Ice Cream!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Tadaaaa..


Lama dah nak buat project ni, tapi perangai M menular aje.
iishh geram tau!

so malam ni, gigihkan juga buat memandangkan H&M dah baik demam.
so Ummi belanje aiskrim.



Bahan-Bahan dia.


Kurma. Buang biji. Tak kisah nak letak berapa banyak.. saya letak dalam 5 biji dalam ni.


Sebijik Apple Merah dipotong empat segi kecik-kecik dan Yogurt.

Masa blend tu, masukkan air putih sejuk dari Fridge tu. Isi Half lepastu blend sampai halus.

Dah sudah blend masukkan dalam bekas aiskrim ni.
saya beli di Daiso aje. 


Isi penuh-penuh baru puas makan..
hehhee.. rasa yogurt je lebih. kahkah..
takpe esok kita tengok apa rasa dia.

ermm nyum nyum!


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis