Tuesday, May 17, 2016

Nak Promote Homestay Orang.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Nyyeehhh.
ini pun schedule post tau..
tengah tenang anak-anak tido awal
so saya update laaaaaaa lelaju.

hihi


Okokokokkkk.


Masa gi Perak ritu, husband main Paintball dalam Felda Hotsprings kat Sungkai.
Sebelum tu, dok google la cari homestay mana nak duk.
gi sana bawak parents saya. Baik la duduk homestay dari hotel kan?


Tengok-tengok kat internet banyak jugak homestay yang mahal harga dia.
Pastu tengok dalam Mudah.my pulak.
ada jumpa satu ni lah..

Al-Hadi Homestay.
itu jela rate paling murah yang saya dapat search.
Satu malam dalam RM180+ tapi dapat diskaun sikit dari pakcik ni.
apelagi, terus la book kan.
bagi deposit RM50 dulu.



Masa mula-mula tu tengok dalam web mudah.com tu kan, ada link google maps rumah ni.
depan rumah tu semak samun je, jiran tetangga tak ada pun kiri kanan..
macam scary laa jugakk cakap kat husband, dia kata takde pape kot.
inshaAllah kita tawakal aje.
serius tau ni, masa mula tu tengok dalam google maps tu nak masuk kawasan rumah ni bersimpang-simpang jugak..

takpela. kita try jela.
Pakcik tu dah wasap kan gambar dalam rumah, tengok kemas je.
katil semua queen. bilik ada aircond semua. seronok la nak tido. kunci je pintu baik-baik.



ni hall dia luas kan.. tapi masa saya stay tu
sofa dia memanjang susunannya..


Bilik belakang ni.


Toilet dia..


Hall


Dapur, oopss gegar pula. hehe
gambar ni credit dari pakcik tu ye!


ni Bilik Master,


ni sebelah bilik master.



Setelah tiba sungkai, hantar husband kat hotsprings tu dulu dia nak register team dia masuk field.
call pakcik tu, tunggu kat tol Sungkai wife pakcik ni sampai.. saya pon follo la ke rumah homestay ni.
Rupanyaaaaaa..

alahai.
dekat aje dari tol dan senang je nak cari.
semak samun tu biasa je takdela solok mana pun homestay ni. ada je jiran sekeliling rumah tu..
Pakcik ni pun banyak renovatekan rumah ni dengan tambah bilik air di setiap bilik kecuali bilik master tu.
ada mesin basuh tapi takleh basuh, dapat guna yang keringkan tu pun jadilah.
senang sikit, takdelah baju kotor banyak nak bawak balik. hihihihi.


kalau korang ada nak jalan-jalan ke Hotsprings tu, tapi tak mampu nak tido villa situ sebab mahal. sebenarnya dalam on the way nak ke hotsprings tu pun banyak homestay dan chalet. Cuma mungkin tak di advertise je kot.. banyak tauuu..
first time sampai mana la tau, mujur dapat duduk kat Al-Hadi Homestay ni.
korang boleh contact pakcik Hadi ni 019-4190017 kalau nak booking.
dekat la jugak dengan Nasi Kukus Bambu.. cuma di Sungkai ni takde apa yang istimewa selain Hotsprings tu je. Nak jalan-jalan kene pergi Ipoh.. baru best tempat makan pun banyak.

Oh ya, di Sungkai hari minggu ada Pasar Siang Pasar Malam.
main redah aje pegi, masa hari Sabtu tu boring nak pergi mana takde tempat best. Mujur Ahad tu ada Pasar tu.. besar juga barang pun boleh la tahan murah..
dapat beli blouse sehelai dan pakaian Maryam. suka suka suka!
seluar RM 5 dan tshirt RM 8 teruja tak? blouse saya beli tu RM38 tapi cash saya ada RM27 terus akak tu bagi je. hihi ^_^.







Dah lepas di Perak, husband bawa pergi Cameron Highland pula.
di sana, saya booking Homestay di Agro Highlands.


Ni dia,



Not bad sangat. dan selesa jugak.
Anak-anak tido bawah, ibu ada bawa tilam (macam toto kecik) untuk letak Maryam masa dalam kereta, saya ambil bentang di lantai sebelah katil tu. lena tido sampai ke pagi tak sedo.
Mujur Maryam bangun pukul 5 tu, naye terlepas Subuh nanti. menangesss dalam hati nanti.



Masa on the way ke sini, kami berhenti makan kat gerai belah bawah tu.
Nasi goreng ayam dia sedaaappp!
Elehh tengah lapar sume la sedap, tapi saya terasa bahagia orang yang berniaga ni sebab mereka dapat nikmat air dengan percuma. bayangkan lah paip air tu mengalir je air dia dibiarkan..
saya rasa nak pulas-pulas je paip air tu nak tutup.. tapi tutup pun tetap mengalir lah air nya.
terasa bahagianya laa dapat air percuma lagi tuu.. sejuk nyaman lagi. aduhhhh~ hahaha


Kami ke Cameron hari biasa je, so tak la pack dengan manusia cumanyaaa di sana dah tak sejukk la.
yang orang selalu cerita, bila bercakap keluar asap la.. saya tak rasa pun. ada rasa panas sikit.
Mungkin masa saya ke sana waktu cuaca tengah panas kot kan??
tapi seronok jalan-jalan orang tak ramai ni.. tenang sikit. pandai husband pilih waktu. hahaha
inshaAllah boleh repeat lagi lah kalau ada rezeki. hehe


ok aaa panjang dah ni menaip. later later laa sambung lagi.
saya skarang ni dah jarang nak pegang phone snap snap photo. handphone pon cikai da ni.
ada handphone canggih dah barai anak juga punya pasal. 
ahahhaha



marilah menangis di dalam hati bersama-sama.
T____T'



Bookmark and Share

Sunday, May 15, 2016

Projek Deko Rumahku Syurgaku - Part 4




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Ha baru tengah upload gambo, skalik Maryam hek hek hek mintak susu.
tergendala la kejap.











*
*
*
*
*










Ok, seterusnya
nak update projek deko rumahku syurgaku bahagian empat.
(banyak bahagiannya selagi boleh deko kita deko lah ahahha)


Ni pula main cat-cat bahagian tangga.
Oh abaikanlahh bersepah bawah tangga tu.
tak dan nak kemas situ.
nak tutup dengan langsir tapi tak tau nak buat macamana.

kene kemas kan lantai lagi.
tikus berjemaah berak bawah tu wei.
kuang ajau betul!


Tadaaa
siap sudah ngecat nya.
part ni, saya guna 3 gulung musking tape.
mujurlah muroh.. hahaha
gigih tau, pasang musking tape tu takdehal.. main bedal jela.


kat tangga ni lak takde kipas, dia punya peluh masa pasang musking tape tu masa cat skali.. melencun-lencun pegi.. 
Maklumler, nak buat keje keje ni kene tunggu dua kecik tu beradu tenang.
baru aman damai nak mendeko.
kalau takk.. aduhhh. suruh hadap aje depan mata.


Mana laa ummi dia boleh tahan, tgk orang dok post gambar deko rumah dalam group fb tu.
haishh barang dalam rumah ni saya guna yang sedia ada aje.
lagipun family in law punya perabot, orang dah bagi kita bersyukur jela kannn.

nak hias rumahku seindah syurgaku.
baru teneennggg eh, tenanngg..
nak wat freelance pun sedap.. tp part production jangan cakap la. sepahnya.
pastu kemas la balik. haha!

rumah ni semi-D, atas 3 bilik. tapi duduk atas lak bahang.
rasa mau jugak deco sebijik bilik jadi ofis.
home office.

takpela, pelan pelan kayuh. inshaAllah ada rejeki nye itu.

untuk mykids jugak kan.
i love you muchhooo H&M

Bookmark and Share

Friday, May 13, 2016

Projek Deko Rumahku Syurgaku - Part 3




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Berbekal kan color paper tebal 180gsm dan paper cutter.
paper cutter bunga-bunga tu da lama da beli..
beli online tu tak silap.
RM 80 siap postage. tapi kalau korang rajin, kat kedai buku Popular da ada jual dah.
banyak bentuk.. bulat, segiempat sama ngn bunga-bunga ni.
Nama dia Scallop Cutter.

Beli masa tu sebab buat printing sticker untuk goodies kan.
tapi jarang guna. so saya guna untuk deco kan bilik dan rumah.

Mula tu deco kat dinding nak masuk dapur ni.

Ha gigih tau menampal.
Mujur lah guna kerusi dapat tampal sampai atas tu. hahahahha
Dah la takde tangga.




Kemudian Deco pulak bahagian bilik kat hujung kepala katil tu macamni.
Lepastu saya tukar pulak.





Macamni.


ke nampak macam serabut tak??
Frame tu belum siap design lagi..
nak design letak doa tido ngn doa bangun tido.
tapi saya tukar plan nak design Rukun Iman dan Rukun Islam.
Boleh ajar Anep ngn Maryam ingat dua-dua rukun ni.


Haha takpela. bilik tu belum siap deco sepenuhnya.
lagipun nak buat macam-macam susah..
idea datang mencurah tapi time nak buat tu kene tunggu dua kecik ni tido dulu.
baru aman tenteram nak mendeco.
Kalau tak nya, kejap kejap menangis..
si abang takpela lagi. yang adik tu.. tak boleh ummi dia hilang. mula lahh start lagu dia.


lepasni saya update part deco kat area tangga pulak.
tunggu jela ntah bila free la ni.
;'p

Bookmark and Share

Monday, May 9, 2016

Projek Deco Rumah - Part 2




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Heee Punya tak sabar nak update Part 2 punya pasal. Tunggu budak dua orang ni tido baru dapat update dengan aman damai.. hahahaha


okk.

Actually, da lama dah dok reseach nak cantikkan dinding.
Mula tu saya deco dinding nak ke dapor tu tampal bunga-bunga hitam.
Oh nanti update yang tu pulak, lupa nak amek gambar.

kebetulan ada cat lebih bawah tangga ni.
dari tak pakai je, so saya guna laa..
gatal tangan ni nak berkarya. ecewah!
ni kalau pandai lukis mural ke graffiti ke oihh siaplaa.
tapi saya masih lagi kekalkan white space.. untuk nampak ruang jadi luas.
takdelah nak cat semua dinding pun. tak de tangga!! hahaha


Part pertama, tampal musking tape.
Musking tape ni, kene tampal lepastu baru cat. tampal awal-awal nanti musking tape tu tanggal.
so kene lekatkan betul betul kalau tak cat nanti comot-comot.

Pahtu cat warna hijau tu dulu..
dah kering sambung cat warna purple.
comot ann? hehe takpe.


Ha dah kering tarik musking tape tu pelan-pelan.
haaaaaaaa kan lawa.
seronokk sangat tengok bila dah siap.
kihkih ada comot pulak tepi tu. 
Maaflah yee.. hehe

Atas tu kosong pula,
jadi saya tampalkan dengan tape merah potong empat segi sama.
mula tu nak potong segitiga.. tapi leceh la pulak
saya potong empat segi terus tampal random je.
siap dah!

Anep bangun-bangun tengok dinding ni.. tunjuk-tunjuk sambil muncung-muncung.
nak cakap lawa la tu kot..
hahahaha
perasan pulak ummi dia.
:'D


Bookmark and Share

Projek Deco Rumahku Syurgaku - Part 1




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Projek Mendeco Rumah.
Hehe.
slow-slow dulu.
Saya selalu usha-usha group facebook Deko Rumah ku Syurga ku.

Macam-macam pula rasa nak buat kat rumah ni. hahaha!
lagi-lagi tengok diorang ubah suai rumah lah. pasang wallpaper lah.
eh teringin sangat.
tapi fulus tak mengizinkan..

so saya buat DIY jela.. ikut kemampuan.
tapi memang hati ingin nak pasang wallpaper.. cantik cantik lak tu.

so first sekali saya deco workspace saya je dulu.


Gambar sebelum, baru deco letak frame-frame tulisan tu je.
hehe lorat kepala anep.


Ni gambar selepas. Ambil idea dari Google.
Most of gambar-gambar dalam kecik-kecik tu ambil dari SaifulNang dan kawan saya Dino (Hannah on Earth). 


Husband saya larang gantung sebarang gambar-gambar mahkluk.
Sebab nanti kat Mashar, kita kena hidupkan / bagi nyawa pada gambar-gambar yang kita gantung tu.. Kene banyak tengok gambar-gambar kebesaran kuasa Allah swt.
Gambar bunga ke, gambar matahari ke.. gambar pemandangan ke.
Nanti nak letak design typography banyak-banyak..

Akan meyusul Projek Deco Part 2 pulak nanti..
uihss tak zabarr.. hikhik



Bookmark and Share

Tuesday, May 3, 2016

Membesar dengan labih bijak!!





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.





Pejam celik pejam celik pejaaamm lama sikit pastu celik
dah besar dah dua orang anak anak kecik ni.

Hmm.
Letih tak hingat tau.
tapi takpelaa, asalkan ummi can see you guys grown in front of my eyes.
dah besar nanti kita jadi geng..  jangan simpan cerita yang ummi tak tahu tau.
ummi nak tahu semua cerita kamu berdua nanti.



Lama nya tak sempat nak update blog ni.
dipendekkan cerita,, PC saya kene petir. Jahanaaamm T_T.
modem pon rosak. Mujur dapat selamatkan hardisk external.. banyak woo files kerja dalam tu.. gilaaa tak mahu kene redesign balik semua semua. hadoii..


Skarang update guna laptop purba kala zaman tok kadok (zaman Utem pnya dulu)
nasib masih boleh operating lagi..
Ada laptop lagi satu, problem kat wifi plak takleh connect. lepastu sendiri format terformat plak partition yang lagi satu.. skarang ada dua windows dalam satu laptop tu.
godeh godeh terus hilang semua. T_T kene hantar klinik.


Lately bz pulak.. balik dari Perak haritu tak dan nak duduk berjam jam depan computer ni hah.. nk review homestay masa kat Perak dan Homestay kat Cameron haritu pun tak dan.










Nak cerita kisah anak dara sorang ni.


Nampak tak bintik  kat pipi dan dada dia tu?
tu bintik yang kedua tau..
masa first bintik tu  lama dah actually...... rasa rasa macam kene gigit nyamuk.
tapi makin lama tengok macam lain macam pergi dia.
sapu ubat dah apa semua. so saya pun expect la Maryam ni allergic kotttt.


sampai la suatu hari badan dia dedau panas.
Malam tu tido makin panas, terus amek asam jawa ramas-ramas tuam kat badan dia. kurang sikit panasnya..
esok tu balik rumah Ibu, bawak jumpa Maklong Munah... before tu Maryam ada jatuh katil, golek golek hah tergolek ke bawah.. nasib takde luka mana-mana. cuma terkejut la kot.
lepas Maklong Munah bagi air minum, kuar plak bintik bintik merah macam ruam satu muka dan badan.


Sudahhh, kene demam campak rupanya.
so saya rasa terjawab la segala pertanyaan bintik di muka maryam selama ni.
bintik tu bintik cikenpox la rupanyaaaa..
Maklong Munah suh mandikan dengan air telur ayam kampung, pagi esok tu mandikan dia.. then hubby balik beli air kelapa muda.. habis sebotol tu dia minum. terus makin menjadi merah dia.. kuar dari muka.. banyakkk sangat. sampai Maryam gosok gosok mata dia.
kesiaan tengokkan.. masa tido macam-macam tak kena. sampai saya hampir nak emosi dah sume benda dah buat sumenya tak kena.. hubby bangun dodoi dia kejap. baru dia tido..
Anak demam, buntu ibu dibuatnya. kesian yam..
kene perintah berkurung dia.. dapat jalan kejap pun jadilah. tu pun dalam kereta. hihi.


Now dah ok da.. cuma nak tunggu saki baki tu hilang.
Alahaii yam.. teruk pula dia kene, masa abang dulu tak la teruk macamni.
takpela.. apepun ummi doakan kalian berdua dilindungi dari sebarang penyakit merbahaya.
InshaAllah amin.



Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis