Monday, August 7, 2017

Saat itu akan berlalu.. kita pasti akan rindukan mereka.





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




-------------------------------------------------------------

Bila tengok anak-anak tidur, sedih je ingat apa yang mereka lalui siang tadinya.
Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tapi mereka stay cool. Lepas 1 minit, happy semula.

Esoknya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka main, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.

Loop ini berterusan sehinggalah sampai 1 hari, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi depan kita.
Tak lama lepas itu, tidak lagi melompat-lompat atas sofa dan katil.

Tak lama lepas itu, tiada lagi berlari-lari 2 beradik dari ruang tamu masuk bilik masuk dapur sampai jatuh bunga kita.

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun tak nak dah. Tak nak dah dicium puas2 seperti dulu. Rimas dah didukung2 seperti dulu. Segan dah nak diajak baring dipangku sambil kita baca-baca.

Tiada lagi memory hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam bowl.
Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu.

Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment2 Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.
Alhamdulillah dia masih setia minta saya pegang tangannya selalu.
Nanti bila dah sekolah, duduk pula asrama, mesti lagi sunyi kan..
Sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1906501802896124&set=a.1427193250826984.1073741829.100006089680434&type=3&permPage=1  

 
 
Tsk tsk.. sedih pula baca post ni.
Tipulah kalau kata saya tak pernah jerkah anak, tak pernah marah anak, tak pernah pukul anak..
Itu adalah normal.. tapi saya cuba. cuba tak selalu jerkah, tak selalu marah tak selalu pukul..
kerana saya sedar semua perbuatan itu bakal menjauhkan dia dari saya..
Tegur perlu dengan kasih sayang..

Dan saya akan lalui saat ini..
Saat dimana saya akan lihat anak saya membesar, melihat mereka ke sekolah.. melihat mereka bergaul bersama rakan rakan mereka..

Cuma saya doakan.. walau di mana pun mereka berada, semoga hati mereka sentiasa terpaut pada Allah swt.. jika mereka ingatkan Allah swt inshaAllah mereka akan ingat saya dan suami.. biar jauh mana pun mereka pergi, tapi di hati tetap ada saya dan suami.

Pesanan saya pada ibu bapa diluar sana,
Tolonglah luangkan masa dengan anak-anak.. walau sibuk mana pun kita.. carilah masa untuk wujudkan kita dalam kehidupan anak anak kita.. sedih kan tengok berita sekarang, anak sanggup pukul ibu sanggup bunuh ayah.. dari sudut ni, kita hanya salahkan anak semata tapi tak cari dari mana punca semua ni. Dalam kita membesarkan mereka kita adalakalanya alpa dan leka dengan dunia.. mencari rezeki tanpa putus dan tak perasan kita telah menjauhkan diri kita pada mereka semasa mereka kecil. Bila mereka membesar dan melebihkan orang luar dari keluarga sendiri, maka jadi la berita berita tak sedap dengar..


Saya menulis berdasarkan dari penglihatan.

Mari cuba amalkan..


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis