Tuesday, November 17, 2015

My baby Maryam!



Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

 
Alhamdulillah.
Anak perempuan saya telah selamat dilahirkan.
berat sikit dari abang dia. 3.1kg dalam perut.
no wonder la ummi sakit pinggang nyaa.
adik ni semangat lagi dari abang ye, kaki panjang..
 
 
 
 Contraction?
sama je sakit dia.
cuma yang kedua, tak lama sakitnya. tapi masa nak meneran tu.
perut lapar yang amat sampai berbunyi sampai mengigil satu badan.
Last makan pukul 8 pagi, masok labour room dalam pukul 10.
pukul 1.40 dah teran baby.. memang takde tenaga lagi dah nak teran. takde peneman lak tu.
husband pergi Masjid waktu sembahyang jumaat.. waktu tu pulak si baby ni nak keluar.
 Kuasa Allah taala. memang dah teran habis dah.. tapi Allah mudahkan jugak, dari mana lah datang tenaga lain untuk teran sampai baby Maryam keluar.. lepas keluar leganya... 
Dah lepas dah seksa pertama.. itu seksa untuk tebus dosa dosa lepas mungkin. seksa untuk lahirkan seorang khalifah Allah atas muka bumi ni.. saya dah lepas dari kiamat besar saya. berdepan dengan kematian.. subhanallah..
Maryam lahir, kami decide untuk pergi ke Hospital Kerajaan jela. lagipun cuba untuk jimat duit.. 
tapi seksanya dilayan seperti haiwan pula.
memang lah, orang kata nak servis terbaik pergi hospital swasta.. memang tiptop.
tapi swasta ataupun kerajaan sama sahaja kerja mereka.. orang sakit takde upaya nak buat apa apa.
dah memang kerja mereka untuk jaga orang sakit ni.
kawan saya cerita, nurse di hospital swasta pun ada juga yang cite belakang tentang pesakit tu.
itu tak kisahlah, dosa tu antara dia dengan Allah swt tapi depan pesakit tu mereka layan baik jugak.
saya sedih, kecewa dan rasa terseksa dilayan seperti haiwan ketika sakit tak bermaya.
dah lah dijahit hidup hidup, dimarah lagi sebab kemut.. saya minta maaf kepada nurse tersebut barulah dia jahit elok-elok.. 
Takpelah.
mungkin masa mereka ini bersalin, memang cepat sembuh. tak ada luka. 
beranak pun mudah je teran. dan bertenaga selepas bersalin. 
mungkinlah..
sebab tu mereka boleh layan orang lain sebegitu.
saya terfikirlah bagaimana pula perasaan orang orang tua yang sakit di hospital sebegini.
sudahlah tua, tak larat.. tak kemampuan dilayan pula secara kasar.
saya terkilan, sampai bila proses ni akan berlaku? sedangkan di hospital kerajaan memang ramai doktor-doktor pakar. memang lah hospital kerajaan ramai orang.
sama juga seperti klinik swasta, ada juga yang ramai pengunjungnya dan perlu menunggu lama.
tapi apa yang mereka dapat selepas pemeriksaan ok la puas hati. staffness pun layan elok.
Cuma pihak hospital kene berunding untuk perbaiki sikit cara pengurusan hospital kerajaan ni.
sebab apepun, walau korang ada insurans beribu ribu pun in case sakit korang hospital swasta tak dapat nak handle memang tolak hospital kerajaan jugak. senang cite memang tak dapat lari dari hospital kerajaan ni.. memang ada Dr pakar yang berpengalaman. cuma layanan dan pengurusan sahajalah yang bermasalah.
 
 
Saya tak mahu lagi cerita lebih.. pengalaman bersalin kedua saya alami sangat ngeri dan menyeksakan.. dan sampai bila pun saya takkan lupa apa yang mereka buat pada saya dan orang orang lemah yang lain semasa di hospital tersebut. Itu pekerjaan korang, jawablah sendiri dengan Allah swt.
 
Pada yang tak kemampuan dan terpaksa bersalin di hospital kerajaan, banyakkan bersabar. cekalkan semangat.. kuatkan diri. bila mereka marah marah korang.. korang mintak maaf je kat diorang banyak-banyak sebab MENYUSAHKAN keje mereka.. Anggapla ianya ujian untuk mencuci dosa masa silam.. (ececehh yang taip ni pun kemain.. ahahahaha)
ok la.
Jumpa lagi. kene jadi express mom laa dak abang dah lasak! aiyoohh
 
 


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis