Monday, November 21, 2016

Tips menangani TANTRUM anak kita.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Hurrmmmmmmm.
Memang sangat pening lah kalau anak kita Tantrum. Kalau sorang Tantrum pun dah pening dibuatnya ni apetah lagi dua-dua.. Nak-nak lagi Maryam ni punya melalak macam kene dera. haish.

So saya nak update la pasal tips menangani anak ketika anak Tantrum.


Apa itu tantrum pada bayi dan kanak-kanak?

Tantrum adalah LEDAKAN EMOSI pada bayi dan kanak-kanak. Jika diperhatikan dengan teliti, sikap ini terbahagi kepada 3 fasa yang boleh dijangka:
Fasa 1: menjerit
Fasa 2: hentak kaki, berguling atas lantai dan baling barang/toys (kemuncak)
Fasa 3: menangis dan merengek tersedu-sedu


Mommy daddy dinasihatkan tunggu sehingga fasa ketiga sebelum cuba memujuk .. 

Apa yang perlu dibuat semasa fasa 1 & fasa 2?

Mommy daddy cuba abaikan perasaan marah mommy daddy, cakap baik-baik dan sabar, your child tantrum will go away. 😉 Yang paling penting, jangan siram minyak pada api yang marak .. amukan akan jadi lebih lama 😂

Semasa fasa 1 dan 2, anak tidak boleh berfikir secara logik (reasoning is futile), maka jangan bagi ceramah panjang-panjang masa ni. Hanya perlu bagi arahan yang spesifik "sit down", "go to your room", "be quiet".. BUKAN arahan yg samar seperti "be good".




Bagaimana nak deal dengan tantrum?
1. Bila anak tantrum depan orang ramai:

Pasti perasaan malu dengan orang ramai menyelubungi mommy daddy kan? Mesti mommy daddy rasa mak ayah yg bagus adalah mempunyai ANAK YANG WELL-BEHAVED kan? Dan mommy daddy mula rasa org ramai tengah pandang negative kat mommy daddy. OH TIDAK! Jangan sesekali berfikiran begitu, whenever we're negative, we interpret other people perception of us as negative. Maka, berfikiran positif lah mommy daddy 😉

Apa yg yg mommy daddy perlu buat adalah BERTENANG, EXCUSE YOURSELF, TINGGALKAN TEMPAT BUAT SEKETIKA (pergi kereta, pergi keluar, tunjuk burung atau langit atau buat apa saja yang boleh distract anak mommy daddy).

2. Explain awal-awal masa mood dia tengah ok:

Utk elakkan anak tantrum tak dpt toys: "Ok Adam, kita nak pergi keluar jalan-jalan kat Alamanda, hari tu Adam dah beli toy kan, so hari ni no more toys ok? Toys boleh beli once in awhile je"

Atau

Utk elakkan tantrum tak dapat candies and chocolates: "Adam, too much candies and chocolates are really not good for you, Adam still ingat tak your poo poo stuck hari tu? Sakit kan? That's why we cannot eat chocolates all the times ok, kena makan healthy food je mcm nasi, fruits, salmon, chicken. 

3. Seboleh-bolehnya jangan "cair" dengan kehendak anak.

Contoh: anak tantrum sebab nak gula-gula, sebab nak suruh diam, kita beli je.. tiga kali kita beli, dia dah set dalam minda yang "ooo aku jerit-jerit je mesti dapat gula-gula, boleh buat lagi lah taktik ni".. remember mommy daddy, our kids are smart on their on way, maka bentuklah mereka untuk jadi smart dalam cara yang baik. 😌

4. Selalu ingatkan diri untuk BERTENANG.

Walaupun dalam jiwa dah berapi, rasa malu dan hilang sabar, ingatkan diri "aku takkan ikut perasaan marah ni sebab perasaan ni takkan selesaikan masalah tantrum ni pun" dan ingatkan diri bahawa Allah telah memberi nikmat anak dan mommy daddy bertanggungjawab untuk membesarkan anak dengan cara baik, bukan cara kasar 😊

5. Selepas tamat fasa tantrum kedua, (rujuk gambar APA ITU TANTRUM), offer pelukan (pelukan ibu bapa kepada anak sangat dapat memberi ketenangan).

"Mama tau Adam rasa sedih dan marah, perasaan tu normal. Tapi Adam kena faham yang mengamuk-ngamuk ni tak bagus ok? Come hug mama, apa Adam rasa tadi? cuba share dengan mama".. 

Atau

Jika berada di rumah, baring bersama-sama anak ketika tangisan mereka sudah reda kerana ada kajian mengatakan apabila kita baring, adalah lebih mudah untuk mengawal perasaan emosi marah (untuk mommy dan anak sekali 😉so dua-dua tak marah dah hihi)

6. Mommy daddy sebagai role model.

Maka janganlah selalu mengamuk-ngamuk depan anak, kerana mereka sedang melihat, serap, simpan dan buat..

Orang besar juga ada tantrum, yang penting adalah cara macam mana mommy daddy kawal temper mommy daddy, orang melayu panggil "panas baran".. 😊



Umur berapa selalunya tantrum ni?

Sikap ini NORMAL dari umur 18 bulan sehingga 4 tahun. 

Tantrum is normal but NOT every day especially yang sudah melebihi 4 tahun. Jikalau tantrum makin kerap dan kronik apabila anak mommy daddy meningkat usia, mommy daddy boleh lah bawa berjumpa doktor atau yang pakar untuk rule out psychological issues.


Tantrum terbahagi kepada TIGA jenis:

1. Attention Tantrum - 

(A) berlaku apabila anak anda sedang bermain dengan aman, tiba-tiba terlihat anda bercakap dalam telefon dan terus mula mengamuk kerana inginkan perhatian.

(B) mommy daddy sedang seronok bersembang husband and wife dan anak tiba-tiba menangis nak itu dan nak ini.


2. Tangible Tantrum - 

(A) berlaku apabila keinginannya tidak dipenuhi, contoh nak beli toys atau surprise egg tapi mommy daddy tak belikan.


3. Command Avoidance Tantrum - 

(A) berlaku apabila anak mommy daddy taknak buat apa yang disuruh. Sebagai contoh, mommy daddy suruh mandi, dan mereka mula tantrum. 

(B) mommy daddy minta kemas toys yg bersepah-sepah, mereka mula tantrum.


***


Semoga bertabahlah ibu-ibu sekalian, cepatlahhh tamat fasa tantrum budak budak ni... ummi pun nak transform jadi hulk dah ni rasanya.. tapi biasanya kalau kat rumah sendiri bila dia tantrum tu ummi pekakkan telinga je laaaa... T______________T'



Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis