Thursday, September 29, 2016

Mencari kebahagiaan di dalam rumahtangga.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Hmm. Macamana nak mulakan ni ye. Ok.. maafkan saya jika penulisan saya ini bakal menyinggung hati-hati atau buat kalian terasa.. Benar! Jika perbuatan kita harian tidak dimulakan dengan nama Allah swt, nescaya banyaklah masalah yang timbul.. salah satunya hal penceraian ni lah.





Setiap manusia ni tak sempurna walaupun dilahirkan sempurna cukup sifat fizikal. Tapi HATI kita lain.. tak sama setiap orang. Dan HATI ini perlu dijaga dengan kalimah lillahita’ala. Kerana HATI kita ni hanya dipegang oleh ALLAH SWT dan HATI kita ni mudah berbolak balik sifatnya.


Setiap perkahwinan ni memang akan diuji. Bukan kahwin je diuji, masa bercinta dulu pun diuji jugak kan? Ada yang berkawan lama bertahun tapi tak jadi kahwin ataupun kahwin tempuh perkahwinan tu sekejap je. Jangan rasa, bila kita dah kahwin kita dah boleh happy ever after dan relaks relaks sebab dah menang.. ok tu silap!! Menang memang menang, masa korang kawen akad nikah tu lah kemenangan korang tu sebab syaitan masa tu dah kecewa, dah kalah sebab korang berjaya kahwin. Tapi tu tak bermakna, lepas kahwin tu korang boleh feeling bahagia sepanjang masa. Upload gambar honeymoon. Upload gambar romantic makan tepi pantai candle light dinner. Update status bahagia dikurniakan suami / isteri caring, penyayang dan etc etc. 

Tak perlu. Sila lah simpan rapi segala kebahagian yang kita dah miliki ni. Sekali sekala orang boleh terima, tapi kalau tiap-tiap masa? Ambil iktibar kisah Bard Pitt dan Angelina, setiap media paparkan kemesraan mereka.. keintiman perkahwinan mereka.. hakikatnya, kebahagiaan mereka dipaparkan pada sebuah gambar / video hakikatnya bahagia ke mereka? bila berpisah.. semua keburukkan masing-masing diceritakan.


Harini kita sayang dia, esok lusa kita tak tahu masih sayang atau benci. Jangan kita jaja kebencian kita pada mereka pula bila dah benci.


Semua ni milik Allah swt. MILIK ALLAH TAHU!


Kalau Allah swt nak ambil, bila-bila masa dia boleh ambil.. 




Kita semua ada masa silam, tak kira lah masa silam kita ni dulu bewarna ke gelap ke tapi ia sudah lepas.. dan kita perlu focus kepada masa depan. 

Manusia ni, walau baik macamana pun dia memang tak boleh lari dari buat silap.. so kalau orang lain ada buat salah dengan kita.. kita maafkan dia. Kalau boleh, kalau tak boleh pon cuba je dulu sebab perbuatan dia yang patut kita marah bukannya diri dia. If kita one day terbuat silap, kita sendiri pun taknak lakukan kesilapan tu kan?


Kehidupan selepas kahwin ni la sebenarnya cabaran dan dugaan paling besar sekali.. Banyak cabang dugaan lepas kita kahwin.. banyak. Itu bergantung pada ujian masing-masing la, ada yang diuji seawal perkahwinan diorang, ada yang diuji semasa pertengahan dan ada yang diuji waktu mereka tua perkahwinan mereka. Kita takleh lari dari ujian.. kita perlu tempuhi semua ujian tu.. dan caranya adalah SOLAT!!


Solat lah kamu walau di mana kamu berada.. mohon la pertolongan kepada Allah swt, kerana Allah swt sahaja yang mampu menolong kita.

Tapi, ada orang solat tak tinggal penuh lima waktu tapi masih lagi doa dia tak dimakbulkan jugak..

Kene checklist diri la kalau gitu, ada la sebab kenapa Allah swt tak makbulkan doa kita.. kalau bagi lelaki, kenapa doa tak makbul lagi? Check la sumber rezeki yang kamu cari..halal ke tidak, shubhah ke tidak. check diri kamu dengan ibu bapa kamu, dengan isteri dan anak-anak kamu. Kalau bagi wanita, check aurat kamu terjaga sempurna tak? Check lidah kamu, ada berkata sesuatu yang menyakiti hati orang tak? Check diri kamu pada suami kamu.. dan macam-macam lagi lah. Hal kecik pun lama-lama boleh jadi besar.


Kadang kita tak sedar kita dah buat silap. Sebab nafsu dan ego kita sama-sama tinggi.. sama rasa kita betul setiap masa.. sama rasa bila kita ditegur, kita marah dengan teguran tu.. (macam aku la nii) tapi bila duduk sendirian cuba fikir balik apa yang kata-kata orang beri pada kita.. kita mungkin tak sedar perbuatan kita pada mereka.. dan mungkin itu adalah teguran dari Allah swt yang disampaikan kepada kita melalui pengantara.




Zaman sekarang ni, zaman dimana semua dosa manusia ni berlambak dan senang cakap memang senang la nak buat dosa. Zaman dulu mungkin ada, Cuma tak sebanyak zaman kita ni.. bezanya, zaman nenek moyang kita dulu mereka tak bekerja dan kerjanya di rumah aja.. layan suami dan anak-anak. Kemas rumah, basuh baju.. zaman sekarang dah berlainan. Para isteri dibenarkan suami untuk bekerja.. maybe akan ada extra job untuk isteri la bila bekerja balik kene prepare hal kat rumah. Untung kalau ada pasangan tu saling sama-sama membantu dan yang paling tak untung salah sorang je banyak buat kerja yang sorang lagi mengarah je.. bila jadi situasi begini, salah satu pihak mula lah mengungkit dan bercerita tanpa disedari telah membuka seluas langit aib pasangan sendiri pada orang lain..





Bila tengok page facebook KRT, banyak luahan pasangan berkahwin yang mengalami masalah dalam perkahwinan mereka. Banyak dan macam-macam cerita. . Punca UTAMA perkahwinan tak bahagia adalah SOLAT.. Kalau kita solat dah, lepastu kene la cari ILMU. Ilmu Allah ni luas… mana-mana boleh cari. Sekarang kan senang, boleh dengar kat Youtube kalau tengah drive balik kerja tu dengar la. Benda ni bukan satu pihak je kene buat, dua-dua pihak kena sama-sama buat. Solat berjemaah bersama kalau boleh.. tapi seharusnya para isteri menyuruh suami mereka berjemaah di Masjid itu lebih baik.. kalau lain waktu solat lah bersama-sama. Bila solat bersama ni, akan lahir satu perasaan kasih sayang antara suami isteri tu.. Suami rajin la bawa isteri bila lapang pergi Majlis-majlis ilmu.. (dulu saya ikut, tapi sekarang sibuk dengan anak dah T_T' jadi suami balik kene sampaikan la ilmu yang dia dapat tu ke isteri dia)


Bagi yang bermasalah dalam rumahtangga mereka.. cuba cari jalan penyelesaian dulu sebelum ambil keputusan untuk berpisah.. Salah satu penyelesaian yang boleh dicuba adalah berbuat baik kepada pasangan korang.. cuba beri layanan sebaik mungkin pada mereka seperti buatkan air minuman ke, cakap lembut-lembut ke.

Oh senangnya saya berkata. Huhu.. ya memang senang, tapi saya dah alaminya. Saya tahu memang susah nak buat susah sebab hati tengah sakit, benci meluap-luap tapi cuba lakukan demi Allah subhanaawata'ala ataupun demi anak-anak kita. Tapi dalam masa yang sama, jaga la baik hubungan kita dengan Allah swt tu. Bila kita jaga hubungan kita dengan pencipta kita ni Allah swt akan jaga pula hubungan kita sesama manusia lain..



Jaga hubungan bukan erti kita solat bila masuk waktu.. kene jaga lah apa yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan apa yang Allah tak bagi buat.
Kita berharap pasangan kita tu mahu berubah tapi sedangkan kita sendiri tak mahu berubah dahulu..


Tengok zaman sekarang, bagaimana runtuhnya akhlak anak muda.. jenayah merata-rata. Semuanya berpunca dari manusia telah tinggalkan agama. Tinggalkan perintah Allah swt.. Tinggalkan solat.. tak pentingkan Allah swt dalam kehidupan. Kucar kacir duniawi ni sekarang.. MASHAALLAH!!


Yang beragama pula menonggang agama, gunakan agama untuk penuhi kehendak diri masing-masing.


SERIUS NI, KITA PERLU KEMBALI KEPADA PENCIPTA KITA.. KITA PERLU BALIK KEPANGKAL JALAN.. JALAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT. JALAN MENUJU SYURGA ALLAH SWT.

Carilah ilmu Allah swt.. Follow Al-Quran dan Sunnah.. inshaAllah akan dapat petunjuk.


***

Belajarlah bersyukur, cuba baca kisah di bawah ni..



Arwah bapak sayang arwah mak. Kami tahu. Kami sangat faham. 
Tetapi dengan cara dia yang tersendiri. Cara kebanyakan lelaki Melayu. Tak perlu diucapkan - Yang penting aku sayang kau. Tak perlu nak menunjuk. Tak pernah sekali pun dalam sedar kami, arwah bapak belikan bunga atau hadiah untuk hari jadi atau ulangtahun perkahwinan. Yang kami ingat kalau ada duit lebih bapak akan bawa kami makan luar. Bukan makan mewah2 pun. Paling hebat meehoon hailam dan laicheekang dan kadang-kadang tengok wayang kungfu cina. Genre kegemaran bapak. Atau sekali sekala kalau rezeki lebih lagi, bapak akan bawa kami makan pasembor di kedai mamak dalam bilik makan yang ada aircond. Kami rasa sungguh kaya ketika tu sebab dapat makan di tempat sejuk. Walaupun hanya makan pasembor dan milo ais. Apa yang bapak buat tu walaupun kecil, Mak nampak sangat gembira. Mungkin sebab kami sekeluarga dapat bersama. Kegembiraan kami adalah kegembiraan mak walaupun hakikatnya mungkin itu hadiah istimewa bapak untuk mak. Kami juga tahu arwah bapak sayang mak sangat2 selepas arwah mak pergi lebih awal dari dia. Walaupun bapak cuba menyakinkan kami dia Ok selepas mak tiada, kami tahu bapak 'menderita' dan sangat merindui mak. Cincin kahwin mak tak penah lekang di jari kelingking bapak. Arwah bapak sayang mak dengan cara dia yang tersendiri yang kalau ditafsirkan pada zaman budak2 sekarang tak romantik langsung. Teruk. Kayu. Manifestasi sayang generasi sekarang adalah hadiah candle light dinner pada hari ulang tahun perkahwinan. Hadiah bunga dan chocolate pada hari jadi. Bukti kasih sayang generasi sekarang perlu dimeterialkan. Lagi besar nilai material berkenaan, lagi besar nilai kasih sayang. Dan apabila ada artis yang hadiahkan percutian ke London dengan tiket penerbangan bisnes class sebagai tanda ucapan terima kasih kepada isteri yang melahirkan anak sulung, beratus ribu like diterima dari nitizen. Tak kurang yang tag suami masing2. Perlukah...? Saya rasa kita wanita perlu lebih rasional dalam hal-hal sebegini. Saya tak salahkan Haniszalikha sebab memuatnaikkan kegembiraan dia sekeluarga bercuti di London. Saya sendiri suka tengok keluarga bahagia ni. Suami kacak, isteri cantik, anak cantik dan kaya! Tetapi bila kita melihat kebahagian dan rezeki orang lain sebagai satu 'hukuman' pada kita yang tidak mampu sekalipun bercuti dengan suami, itu sudah tidak kena. Lebih tidak kena lagi apa bila kita tag nama pasangan kita. Mungkin anda anggap sebagai gurauan suamin isteri, tetapi gurauan ini pastinya menggores perasaan pasangan anda yang selepas 3 hari gaji masuk dah tidak berbaki lagi duit yang ada. Jangan salah faham. Saya bukan nak membela kaum lelaki melayu yang kayu dan tak romantik. Tetapi saya rasa kita perlu lebih rasional. Kebahagian rumah tangga dan tingginya kasih sayang suami bukan diukur pada berapa karat berlian yang dia bagi. Jangan terlalu materialistik kawan2. Dalam zaman sekarang yang mana mencari lelaki baik sesukar mencari gulau enau yang 100% asli, kalau dapat suami yang sanggup teman kita ke pasar pun dah cukup bertuah. Dalam kita mengeluh suami tak bawa kita makan angin, kawan kita mungkin tengah berperang dengan penderaan emosi dan mental sebab suami bermain kayu tiga. Belajar bersyukur. Betul...cakap senang dari nak buat. Mulut kata syukur dan redho tapi hati penuh sengketa. Tapi, tenangkah kalau sepanjang masa kita hidup dengan pasangan, yang kita ungkitkan ialah apa yang dia tak bagi berbanding dengan apa yang dia dah bagi? 
-Sumber FB.



**Maaf panjang pulak menaip maklumler anak sedang lena tido hahaha, terima kasih lah gigih membaca :’p **


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis