Sunday, September 20, 2015

Tak semua Bahagia kita perlu tunjuk.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Kebahagian sebenar tak perlu untuk ditunjuk. Cukuplah untuk diri sendiri dan keluarga sahaja yang merasainya.


Saya, 
pernah
rasa
perasaan
untuk
beritahu
seluruh dunia yang saya bahagia, 
saya gembira, 
saya itu dan saya ini.

Hakikatnya..

Semua itu hanya pinjaman Allah swt.


dan masih ramai lagi tak sedar dan leka dan tak faham maksud sebenar Bahagia.


Jika dilihat, di laman laman sosial.. sehingga ada yang salah faham menyebabkan pergaduhan dan status-status sindiran.. yang terlalu kerap memberitahu tentang kebahagian diri sendiri, keluarga, percintaan dan ... sehingga menyebabkan ada pihak tertentu berasa tidak selesa. Bila ditegur, tak diterima.. bila disindir, di sindirnya semula.

Jujur, saya pernah lalui semua ni. kedua duanya..

Sosial Media ni cukup buat kita berperasaan BENCI sesama manusia.
Bukan merapatkan jurang tapi sebaliknya jika kita salah menggunakannya.
Masih lagi kita leka??


Kebahagiaan kita cuma satu pinjaman yang diberi Allah swt.
Bersyukur sahaja dengan segala nikmat pemberianNya.
Tak perlu dicanang..


Hari ni,
kita memuji betapa indahnya perkahwinan..
Akan datang?
kita tak tahu... tiba tiba suami kawen lain ke, isteri ade scandal ke? Who knows the future??

Agungkan percintaan manusia,
baru tunang hari hari post gambar romantik..
akhirnya tak jadi kahwin.
Siapa malu ??



Janganlah terlalu megah dan bangga dengan apa yang dimiliki.
Cukuplah hanya bersyukur di tikar sejadah dihadapan Allah swt.
Huru hara hidup kita jika Allah tarik semula nikmat yang diberi..





Bagaimana nak hadapi kehidupan seterusnya jika...

  • Suami / isteri yang disanjung, dipuji, di agung agung kan itu jadi sebaliknya?
  • Kisah percintaan yang tak kesampaian untuk nikah.
  • Anak yang disayang, ditayang membesar tidak berakhlak (contoh)
  • Kecantikkan yang hilang akibat dari kemalangan atau lain-lain.
  • Kemewahan yang dikecapi tiba tiba jatuh muflis.



Ada yang sampai hilang agama lupa tuhan jika ujian sebegini menimpa.

Sebaliknya, belajarlah dari kesilapan.. tak semua orang dapat apa yang kita miliki dan tak semua benda yang kita nak juga tak semua kita mampu dapat.

Semua hanyalah pinjaman dari Allah swt.

Simpanlah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain..

wasallam.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis