<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
Pengalaman mengandungkan Thoriq. Fuh...
Wednesday, May 8, 2019

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


MashaAllah..
pejam celik pejam celik, dah tiga orang dah anak saya.
Macam tak percaya je, dah lahirkan tiga orang khalifah.
Bertambah lagi umat Muhammad. hehehe.
Oke,
Nak simpan kenangan ni, pengalaman semasa mengandungkan baby Thoriq.
Semasa awal awal dapat tahu mengandung pun selepas perasan 2 bulan lebih tak datang bulan.. beli pregnancy test sendiri.. Sah.. hahaha. patotlah asyik rindu je tengok gambar gambar abang hanif masa baby. Haha 


Kemudian, buat buku merah tu pun dah lewat, tarikh datang bulan pun ingat yang last dari Apps yang saya guna dalam phone tu.. So, bermula lah journey checkup di KK setiap bulan. πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜πŸ˜

Thoriq membesar sihat dalam perut.. sejak dari kandungan trimester pertama hingga ke minggu 35 tu dia duduk melintang dalam perut. Macam macam lah doctor ni kata, baby tak cukup besar la. Air ketuban sikit la... takut baby terbelit tali pusat lah.. haih. yang tragisnya tu. Minggu 36 tu dia dah engage kat laluan. so kami plan nak bersalin di swasta la tub tub minggu 37 tu terasa sakit sangat perut ni masa tido.. ada rasa seluar basah. tapi tak pasti lah tu air ketuban ke air kencing ke air apa tah.. Masa check di gynea tu, dia scan rupanya thoriq ni melintang balik.. ya allah.. patutla gigih dia dalam perut ni main pusing pusing.. berderau lagi jantung saya bila Doctor tu kata gini 

"Macamni takde harapan dah nk pusing balik, kene ceaser je, ceaser RM7K.."

Dengar 7K kau.. tak jadi nak bersalin kat swasta.. dah doctor kata gitu. Tak sanggup sebenarnya nak ceaser.. sebab fikirkan diri ni, takde sape boleh tolong jaga masa pantang.. 😰
so saya pergi GH.. (ape boleh bikin, dah ni je hospital kerajaan dalam Melaka ni)
Masa scan tu kepala melintang ke kiri pulak.. bukan main seronok dia pusing pusing dalam perot ni ye. hahhaha dah bincang dengan doctor, check ctg, air ketuban semua ok. So saya mintak doctor nak balik.. so doctor suruh datang untuk next checkup..


Sepanjang di rumah, hari hari duk pujuk baby ni suruh dia pusing kepala ke bawah.. cakap dia, umi nak bersalin normal ye.. takot nak ceaser. haha.. solat pon yang 2 rakaat cuba jugak lah solat duduk sebab nak sujud lama lama.. orang kata, suruh sujud lama lama nak suruh baby pusing.. dan selepas pegi checkup minggu ke 38 tu, baby dah pusing dah kepala ke bawah. Doctor Amira yang check tu pun baru dia ingat kisah baby ni dia boleh menyongsang balik selepas dah engage kepala kat bawah ni kan.. hahaha baby baby, suke hati dia je ye.


Pada 25 hb tu, perut mengeras suddenly. tapi saya macam konfius ni sakit nak beranak ke sakit memain.. iish budak ni memang suka main mainkan umi dia ni. Jadi saya pun serah diri lah.. duduk hospital tu nak dekat seminggu jugaklah.. akhirnya genap 40 minggu Thoriq pun lahir.. malam sebelum saya nak delivered tu, bukaan dah 3cm tapi contraction macam main main je datang.. makanya saya pulun solat duduk Maghrib dan Isyak tu.. lepastu jalan jalan kat ward. Malam dah mula tak selesa tido.. kejap kejap perot mengeras.. tunggu doctor datang selok (tak relaa tapi ni la pertama kali dalam sejarah kene seluk dengan doctor lelaki.... dua orang lak tu. sorang india.) seriuss laa.. iols segan. dia kata bukaan da nak 4cm.. Nurse suruh kemas katil siap siap nak ke labour room..


haihh cerita dalam labour room ni pulak, mula tu kene cucuk antibiotik sebab saya ada GBS+ sebelum doctor pecahkan air ketuban tu.. masa pecahkan kali pertama, sakit tak berapa sangat. Saya banyak kali request nak minum sebab tekak kering.. husband basahkan bibir je tp tak berapa rasa. last last nurse bagi guna macam straw tu ada air dalam straw tu sikit jela.. ada lah tiga ke empat kali jugak mintak basahkan tekak.. bila sakit dah start dekat dekat.. dah takleh tahan dah.. peluk besi tepi katil nak tahan sakit tu.. ya allah dalam hati ni rasa nak lari tau, tapi nak lari mana dah? nak tak nak memang kene hadap pon. T______T' Nurse cucuk ubat tahan sakit kat bontot.. agaknya ni lah punca sakit pinggan selepas delivered tu.


Macam biasa la saya mintak gas etonox tu πŸ˜‹πŸ˜‹ sedut sedut dah mamai.. husband keluar lak pegi solat zohor. Dan dan masetu lah rasa nak berak nye kan.. πŸ˜‘ Akhirnya meneran lah si Thoriq niiiii.. ingatkan sekali teran dah lepas.. rupanya tersangkut badan.. ada la koyak sikit.. kene jahit jgak berlapis lapis 😭 tapi, yang jahitkan saya tu sister. Sakit sikit lah tapi takdelah kene macam time Maryam dulu tu.. Nurse masetu sume beri layanan baik pada saya.. Terima Kasih Nurse.

And again, Aled dia takde masa saya meneran tu. haihh.... πŸ˜„






Selepas beberapa minit lahirkan Thoriq, Nurse nak bawak dia Nursery sebab nak pantau kesihatan dia takut dia pun ada GBS+ ni. Sebab saya kan pembawa kuman ni.. makanya 2 hari lahh dia kene admitted.. Tido malam tanpa baby kat ward, ada hikmah rupanya.. kan lepas bersalin tu saya dah lalok sedut gas tu, sampai ward saya pulun tidooo.. ngehngeh tanpa ganguan sampai hubby dan ibu datang. Husband tolong mandikan dan cuci apa semua..  Hari seterusnya, doctor dah benarkan balik.
Yahuuu tpi thoriq kene tinggal lah..  takpela. 2 hari je. dan thoriq sihat walafiat.


Maka saya pun berhuhuhu la nak ganti puasa sebulan ni. ^_^'

begitulah kisahnya..
 Nanti saya ada kelapangan saya nak update pasal penyusuan saya kali ni..
Moga rezeki buat Thoriq.
amin ya rabbal alamin.

Ummi sign-out!


Bookmark and Share

share this: facebook

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

back to top


HOME | Art By HMY | JS PAINTBALL | AL-KHAIR KATSIR



Best view in CHROME

Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Profileβ™₯


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..





My Current Bussiness
facebook

Follow My Pages...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love

Likesβ™₯

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 dalam kenangan.. :'(

I Am Nikonian :D

My Gear


Friendsβ™₯



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labelsβ™₯

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entriesβ™₯

    Recent Post

  • Entry pertama untuk tahun 2019!
  • PAMPERS / DIAPERS STACKER
  • Sewing Tutorial - Part 1
  • Resipi Nasi Ayam
  • Pasta tanpa Preggo
  • Kahwin memang mudah, tapi tak semudah nak kekalkan...
  • Saat itu akan berlalu.. kita pasti akan rindukan m...
  • Red Velvet Cookies!
  • Resume banyak muka surat??
  • Creamy Milky Cheesy Butter Prawn


  • Archivesβ™₯




    Othersβ™₯


    JS Paintball

    Bullet Journal's Lover

    My Love of Life




    Actually not a best student c(=