Friday, June 16, 2017

Family vs Friends vs What i Really Want to Do





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.





Baru baca blog Maria Elena.. tetiba terasa nak update jugak. behehe (loratt aaa)


Jahahaa..


Honestly, since saya berkahwin.. sebelum ada anak. Time untuk kawan masih boleh manage lagi.. Masa anak sorang ada pun still boleh jumpa kawan lah tapi tak selalu.. Then, bila Maryam lahir.. terasa dunia ni hanya dengan mereka je.. Nak cari masa untuk diri sendiri bila dua dua tido serentak.. Walaupun hanya sejam atau dua jam tapi Syorgaaanyaaaaaaaa~~


Banyak sangat perkara untuk diri sendiri saya dah lepaskan.. antaranya bisnes paperprops saya dan freelance design saya.. Saya cuma amek job yang takde dateline je.. Ya Allah, memang kengkadang diorang ni bagi tekanan je bila kita ada keje atau nak siapkan keje kita ni.. jadi dari terbeban rasa tekanan takot boleh jadi gila atau meroyan eloklah saya lepaskan je semua tu. :'(



Sometimes terfikir jugak, no wonder la emak yang meroyan tu boleh hilang kewarasan bila anak crancky nangis tak makan pujuk tu.. wallahi diorang tak bersalah, dan diorang pun tak faham lagi kenapa diorang perangai macamtu..
T_____________T'

Kita as parents ni kene la banyak bersabar. alahai..





Saya dan husband jenis takkan serik bawak anak berjalan or makan kat luar. Even-tho sometimes diorang crancky dan buat hal kat kedai makan or shopping mall tu.. Sebab crancky tu mungkin diorang tak cukup tido or lapar.. selalunya gitu la. Kalau kat kedai makan tu toksah cakap la dua beradik ni manjang bertekak aje.. Beza dua beradik tu setahun which is abang is 3 years old dan adik is 2 years old. Mana tak gaduh adik sebuk tak tiru apa abang buat dan abang pulak tak nk adik nyebuk.. selalunya diorang akan berebut dengan satu toys yang mulanya takde sape pun pandang. tapi bila salah sorang jumpa, mula lah sorang lagi pun sama nak jugak.. Kalau bertekak, selalunya diorang lawan suara sape lagi kuat jerit sampai last skali salah sorang naik tangan sorang lagi membalas. hahahahahah kelakar tak rasa, kadang dah penat tu leh jadi stress tapi masa saya tengah cerita ni tau tak saya tengah senyum. kelakar kan diorang ni. ahahahahahaha



Ada jugak beberapa Tips saya guna pakai dan anak-anak saya ok with that. Antaranya,


1. Alihkan perhatian semasa dia nak tantrum tu.
Yang ni, memang menjadi kadang.. tapi takdela menunjuk benda yang takde contohnya kalau kat kedai makan dia dah start nak nangis saya tunjuk la kerusi depan dia kaler merah or apa yang tengah berlaku waktu tu.. budak tengah berlari ke.. pakcik tengah parking kete ke.

2. Biokan ajee laa.. kalau dah nak dekat kritikal tu leraikan.
Selalu kalau gado kitorang biarkan je dia gado tapi masa sama cakap "eyy takmo gado.." "eyy jangan pukul adikk.." cakap jela sambil perati je kan.. tapi gado dorang tu bukan la berpanjangan sangat. kejap lepastu dah mengkekek bersama.. ahahahaha

3. Kene ada bekalan makanan.
Biskut ke roti ke.. selalunya kalau ada makanan baru diorang ni akan duduk diam. hahahah then sekarang dak abam tu dah pandai kalau sampai kedai je nanti dia kata "ummi! ummi nak bakan ehh.." ummi pun kate, "Aah nak makan.." -_-

4. Anak berguling kat Mall.
Kadang biokan dulu dia guling tu, tapi dok cakaplah. "ee tak malu ke orang tengok niii.." dia pun ado kisah pulak kan.. hahaha pastu perangai, dah keluar jalan dalam kete sampai kereta kat rumah dia start nangis taknak masuk rumah. jahahaha perangai sunggoh eh!

5. Last Plann.. terpaksa la keluarkan Phone buka Video kartun letak atas meja. T_T
Saya memang tak praktikkan cara ni lagi lagi bila tengah makan sama-sama.. Waktu makan la sebenarnya sesebuah keluarga tu bersatu.. tapi so far, dalam case tertentu je baru guna cara ni unless memang tak la.. hahahhaa


Actually, banyak je tips tapi saya takdela nak follow semua kadang pun saya sendiri boleh jadi hot dan tantrum bila anak buat hal tak ikut arahan.. dia macam Anak-anak Dragon yang dalam citer HTTYD 2 tu.. anak dragon kan tak terkesan dengan Alpha Dragon yang dah kawal dragon dragon lain untuk ikut dia tu kan.. ha macam perangai tu la, bila kita suruh dia buat benda tak dengar je lepastu layan diri sendiri menyanyi.. Urut dada je weh.


Memang kesabaran seorang emak ni asyik asyik la diuji.. belum part mintak susu / apa apa tapi nak serta merta.. dia macam cakap je terus siap.. kalau ummi ni ada magic wand swing swing je siapp takpelah jgak.. hadoiii..


Kadang terasa nak lari je dari diorang ni.. tinggalkan kang baru tau.. dah jadi kejam pulak macam cite jepun tu, apetah tajuk lupa dah. hahahaha Apepun, dah nama anak kan, anak tu amanah.. kita jaga lah sebaik mungkin, banyakkan berdoa untuk anak kita.. beri didikan agama yang sebaiknya.. kita jaga mereka elok-elok nanti bila kita tua mereka pulak jaga kita elok elok.. Teringat pesan ustaz ni tak ingatlah nama tapi dengar dari Radio Ikim.Fm. 


Dia kata, Ajar anak kenal Allah.. kenal Nabi.. bila anak kenal Allah swt dan Nabi automatically dia akan sayang ibu bapa dia dan akan tahu tanggungjawab sebagai seorang anak.. Tapi as parents pun, kene sama sama belajar baiki dan tunjuk contoh yang baik untuk anak-anak..






Last but not least, apepun saya tetap sayang anak anak saya. Merekalah dunia saya, tanpa mereka saya sunyi, tanpa mereka saya tak tau apa perlu saya lakukan.. kerana mereka, skill memasak saya dah upgrade. kerana mereka kerja rumah saya cekap. kerana mereka segalanya bagi saya.. Insha Allah saya akan cuba lakukan yang terbaik.. We Woman is very strong! We can do this!


I LOVE MY KIDS! I LOVE MY FAMILY SO VERY MUCH! ehehe of course la kengkawan pun saya sayang jugak.











Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis