Sunday, December 20, 2015

Ujian tu tanda Allah sayang.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Ujian ni tanda Allah swt sayang ke kita,
dia nak tengok sejauh mana kita yakin dan percaya padaNya.
Memanglah mula-mula kita akan rasa tertekan saat diberi ujian.
Selagi kita cuba bertahan, bersabar dan berdoa
InshaAllah pasti akan berjaya.


Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Percayalah.
dan nikmat disebalik kesabaran atas segala ujian yang diberi Allah swt.



Dan saya nak ucapkan Terima Kasih kepada manusia-manusia yang pernah wujud dalam hidup saya sama ada dengan cara baik atau cara sebaliknya..
Terima Kasih kepada mereka-mereka yang pernah menyakiti saya, menghina saya, dan sebagainya.
Saya memohon ampun jika kelakuan saya penyebab kamu perlaku saya demikian.
kerana setiap kamu semua adalah ujian buat saya.



Sekeliling kita ni semua adalah ujian.
Kaya pun ujian, miskin pun ujian, hodoh pon ujian, cantik sangat pun ujian.
Setiap kelebihan dan kekurangan yang kita miliki ni adalah ujian.
dan juga, setiap perbuatan kita ni memang akan ada balasannya.
Jadi hidup, jangan terlalu fikir diri sendiri sebabnya nanti akan dapat balasan atas perbuatan diri sendiri jugak.

Jika mahu ubah seseorang, kita sendiri perlu ubah diri kita dahulu.
Ok tu jelah.


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis