Tuesday, December 8, 2015

Berpantang kali ke dua & pengalaman jaga baby G&B.

 

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Pantang kali kedua, Alhamdulillah pengalaman tu dah ada. Cuma kali kedua ni dia punya flat kehabisan tenaga tu tinggi. Sebab masa teran Maryam tu perut kosong dan dalam kelaparan.
Tu yang lemah tak bertenaga.
Sampai rumah esok tu terus panggil makcik urut datang.
hehe.


Pantang kali ni, MIL bagi set berpantang.
Ni rupanya.. tak tahu dia beli kat mana. Serba serbi banyak MIL bagi.. dulu dia bagi bengkung yang ikat lilit tu. Best tau guna bengkong tu bila ikat terik-terik. tapi kalau nak duduk sakit sikit la kat tempat jahitan tu. hahaha


Ni bahan yang dalam tin tu.


*nama-nama paket dia kelakar la, air mancur la, tepel wangi la. ekekke*


 Pengalaman Jaga Baby Boy & Baby Girl.

Ok. ni nak cerita pengalaman jaga anak sendiri. Bermula dari Anippy, pengalaman tu masa mula-mula memang la zero. Masa Anippy tu ramai datang melawat, so ramai la bagi tunjuk ajar gitu dan gini. hehe Tapi apa yang penting semasa jaga baby boy ni kena selalu tuam panas kat area perut dan bebird dia selepas mandikan. Untuk elakkan baby tu kene angin tarik. tahu tak? untuk elakkan buah zakar tu termasuk ke dalam. Saya amalkan siap ada bunjut yang utk tuam tu MIL belikan jugak, sekarang.. hmm kemain bulat cecomei bebird Anip. hahaha (tu pun nak kasitau ke??)

Baby Boy ni kuat susu!

Kene selalu letak sirih yang dah layur kat dapur panas kat tempat bebird dia.
Kene 'burp' kan dia selepas bagi susu, kalau ni tak buat potensi untuk dia kembong tinggi.
Bila dia kembong, potensi dia menangis panjang pun tinggi. semua tak kena nanti.
Kene la urut-urut perut dengan minyak telon, tepok tepok belakang dia sampai dia sendawa atau kentot.. takpun berak. yakss~
Pastu lepas mandi sapu minyak telon kat perot tu kene urut-urut sikit.
Penjagaan pada baby boy ni banyak kene jaga kat bebird dia la.




Jaga baby girl pulak takla seleceh masa jaga Anippy dulu.
cuma baru tahu, masa baby girl ni lepas lahir ada macam kotor-kotor kat kemaluan dia.
Just bilas dengan limau kasturi kat bunga (kemaluan) dia tu. buat sekali dua je dah.
pastu nanti lama-lama kotoran tu hilang.
Tu untuk elakkan bila baby tu besar takde keputihan.
Kembung perut ada.. sapu minyak telon urut-urut sikit tepuk-tepuk belakang da ok.
Maryam tak kuat susu sangat macam Anippy. Tido aje diaa..
Merengek pun tak banyak tapi memang bangun pagi sebab siang dia asik tido dan tido lama pulak tu.
Biological Clock dia da terbalik ni.. T_T adehh. letih badan saya. 
*sempat la update sebab dia tgh tido hahaha*


ok. tu je saya dapat sharing sikit. kalau ada lagi nanti saya tulis lagi..
Wasalamu!

Bookmark and Share

2 comments:

Zumie said...

ya ampun adik dah bersalin kali kedua ke? tahniah tau..muahhhh

kedinkyst said...

Dah kak.. hihi.
tenkiu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis