<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
Selamat Hari Raya !
Friday, July 17, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
 Alhamdulilah. Raya Tahun ni bertiga..
Masa rasa macam terhad.
Ni pun nak update lambat kan..
Pagi raya dah macam Maraton walaupun bangun sebelum subuh.
Fuuhh fuhhhh..




Pagi Raya lepas Sembahyang Raya..
Anak saya meragam.. mengantuk malam raya orang datang rumah duduk sampai 2 pagi. haha
So tunggu la orang orang tertentu datang rumah. sebelum tu kasi dia charge energy penuh penuh. haha!


 


Ni budak kici ni da lepas tido. Bangun bangun ajak bergambar, terus muka serius habis. haishh.
Tiap tiap raya, wajib ada KETUPAT dan RENDANG. ngeee. Last year je tak dapat makan sebab beraya kat KL.. Tahun ni, suka la anep kutip duit raya. taon depan, anip ngn adik pegi beraya ye. hahahaa.
Tapi dalam suasana Hari Raya ni, Adab perlulah dijaga. Kadang tengok umat Muhammad akhir zaman ni.. di bulan puasa dah pulun buat amal kan masuk je Raya segala amalan hilang. allahuakbar.
Tu belum yang dok menggila main Mercun Bom la Mercun Bola la..
Dalam sebulan tu duduk didik nafsu, masuk je raya terus buat dosa..
Takde Adab berjiran.. nak seronok pon seronoklah tapi hormat la jiran jiran juga.
Dalam kita sambut Raya ni Adab nak menziarahi pun kene ada la. Bukan boleh suka suka je.
Dulu saya JAHIL, tak FAHAM agama.. tu sebab la anak-anak kene didik dengan agama supaya dia BERADAB bila dah besar nanti.
Ada la beberapa Adab yang perlu kita tahu setiap kali beraya ke rumah orang. Antaranya:
1. Masa / Waktu


Nak melawat orang kene tengok jugak masa bila boleh gi  rumah orang tu. Biasa orang nak melawat waktu siang la kan.. macam masa nak melawat orang sakit kat Hospital pon ada masa-masa dia. Sama jugak la nak menziarahi saudara mara dan kawan kawan tu. Waktu Maghrib la jugak dia tiba.. ataupun dah malam. Waktu malam waktu Tuan Rumah tu berehat.. sama la macam kita perlukan rehat di malam hari.. terutamanya yang dah berkeluarga ni. Mungkin belum kahwin tak pernah terfikir.. tpi sebelum kahwin fikir fikirlah.. haha
2. Berkelompok


Kalau yang serbu rumah orang dalam 5 hingga ke 10 biji kereta tu.. agak-agaklah jugak. Tak kisah la saudara yang korang pergi tu memang jenis suka terima tetamu ramai datang tapi jangan la terus masuk rumah orang pastu duduk kat meja makan.. Tunggulah Tuan Rumah tu pelawa masuk dulu ke ape ke.. lagi lagi rumah kecik, mana korang nak berhempet? hihihi
3. Mulut
Dah penat-penat jaga mulut bulan puasa, pulun amal pulun pahala masuk je raya dah tambah Dosa? Salah satu dosa besar ni datang dari mulut tau.. jadi berjaga jaga lah ketika berbicara, nak bergurau pun tengok la timing orang tu jugak. Lagi lagi orang muda bergurau dengan orang tua, sama jugaklah orang tua bergurau dengan orang muda.
4. Anak kecil
Bagi mak ayah yang ada anak kecik 1 tahun dan ke atas contohnya. Datang beraya ke rumah orang tu pantau pantau lah anak anak tu jugak janganlah dibiar aje anak tu buat ape.. Mak ayah berborak sampai terleka dengan anak tengok tengok anak anak tu buat sepah ke, pecahkan balang kuih ke, masuk bilik Tuan Rumah ke.. mengepis sana mengepis sini.. Kalau kat rumah kita, ada anak anak tetamu buat macamtu kat rumah kita, kita suka tak?? suka ?? confirmlah tak kan.. so kalau tak suka orang buat gitu ke kita, jangalah kita buat gitu ke orang pulak.. ye tak?
5. Lepas makan
Molek lepas makan angkat lah pinggan dan cawan tu ke dapor. Dulu saya masa remaja, pemalas.. kene marah baru buat.. hahahahaha tpi lama lama dah reti sendiri. sebab kene la bila orang datang rumah lepas makan je pangpungpangpung balik... kita jugak yang kene angkat.. berbudi la, taknak cuci pun angkat ke dapur. barulah nampak adabnya.. kalau dapat cuci pun lagi bagus... sebab kat rumah saya kalau saya takde tinggal mak saya je. Orang tua, mana la larat nak cuci banyak banyak..
6. Bersedekah
Peluang untuk kutip pahala, sedekah dan amal jariah.. korang sedekah kat orang nanti pahala sedekah tu dapat balik kat korang lagi lagi masa ziarah tu rumah kawan / saudara yang ada orang tengah sakit ke, orang tua yang dah uzur ke, anak yatim ke.. sedekah la banyak banyak sikit. Mana tau dengan sedekah kita tu sikit banyak dapat kurangkan beban mereka.
7. Jual Barang / Promote Barang
Time raya nii time seronok nak jumpa yelaa lama tak jumpa kan. Bukan tima raya ni time korang gi beraya rumah orang dok jual MLM la itulah ini la.. yang Tuan Rumah lak, dok abes masa nak dengar korang bercerita produk sekian sekian.. hahahaha terus ilang mood raya macamtu.

8. Tetamu lain.
Yang ni pun, kalau kita dah menziarahi Tuan Rumah tu.. dah lama dalam rumah tu dah makan siap, dah cuci pinggan siap duduk duduk kejap tu ada Tetamu lain pula sampai.. ambik bahasa la untuk minta diri, Tuan Rumah boleh layan tetamu yang baru tiba tu pula kan.. takkan Tuan Rumah nak halau.. kalau tengah buat Open House ke takpe le jugak. hehe
Ok setakat tu jela saya leh nasihatkan..
Bukan point pada sesiapa.. tapi Adab kita perlu jaga supaya orang takdelah mengata kita.
Dulu saya pun tak jaga Adab.. bila dah belajar agama ni pentinglah juga jaga Adab ni.
Budi Bahasa kan budaya kita..
Sama-sama lah kita hormat menghormati sesama manusia supaya hidup lebih harmoni.
ok korang..
Selamat Hari Raya !!!
gila lama tau peram post ni.. hahahahahhaaa T_T'

share this: facebook

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

back to top


HOME | Art By HMY | JS PAINTBALL | AL-KHAIR KATSIR



Best view in CHROME

Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Profile


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..





My Current Bussiness
facebook

Follow My Pages...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love

Likes

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 dalam kenangan.. :'(

I Am Nikonian :D

My Gear


Friends



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labels

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entries

    Recent Post

  • Tribute to a cat named : CIKO
  • Buah hati kene sondol. sobsssssssssssss!
  • Ondeh Ondeh Kueh Melaka.
  • Designer is not a FREE JOB!
  • Johnson's baby oil
  • Farid Sanullah - Dont Forget Allah
  • Online Shopping yang boleh dipercayai.
  • Pentinglah kenapa umat islam kene Solat.
  • Hadiah untuk Pengantin Baru.
  • Smelly No More! ahaa


  • Archives




    Others


    JS Paintball

    Bullet Journal's Lover

    My Love of Life




    Actually not a best student c(=