Friday, May 29, 2015

Pentinglah kenapa umat islam kene Solat.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

Solat itu tiang agama, sebab tu dia penting dalam kehidupan kita yang semakin mencabar ni. tsk tsk :'(

Dipetik dari FB UKM Confession
confession #16734
5/18/2015 0:08:15 "FAMILY SEBELAH AYAH AKU"

Nenek aku tak solat, arwah atuk aku tak solat, pak long aku tak solat, ayah aku tak solat, mak lang aku tak solat, mak uda aku tak solat, sampai lah ke mak usu aku tak solat( 8 beradik semuanya, sorg dah meninggal). Tu belum masuk keluarga pak long aku, anak bini dia, keluarga mak lang aku, suami ngn anak2 dia. Boleh kata semua tak solat, yang solat pun boleh kira dgn jari jumlahnya.

Mujur ayah aku kahwin dgn mak aku, mak aku terjaga la jugak solatnya auratnya. So adik-beradik aku kiranya yang bernasib baik sbb ada guide dari mak aku. Kalau nak harapkan ayah, memang kitorang semua sama la tak solat.
Disebabkan ada mak aku je yg jaga ibadah, aku dgn adik bradik bukanlah terjaga sgt, sbb mak aku pun kena selalu ingat2kan ayah ttg ibadah. So aku grew up tak berapa kisah bab solat. Yelah, mak je solat, ayah tak solat pun, takde masalah pun. Memang kitorg membesar macam tu. Tambah2 pulak tgk nenek, pkck mkck semua pun tak solat. Aku belajar pasal wudu, niat solat, rukun solat ape sume tu masa SRA je. Mak tak byk luang masa nak ajar sbb dia pun kerja, nak cover duit belanja kitorg semua(ayah aku kerja tp hulur duit sikit je dkt kami). Kiranya aku belajar solat kat sek agama, solat jemaah kat sek tapi kat rumah, hancur lebur 5 waktu aku. Sama la dgn akak dgn adik2 aku. So, bila aku baligh time form 1, aku still tak solat. Mak ada la ajar cara mandi wajib. Aku buat, tapi takde function pon, sbb aku tak solat, tak ngaji(eventhough aku lancar Quran dari darjah 3). Dalam sebulan ada la sekali dua aku solat. Aku still tak solat tapi dah start jinak sikit2 sampai la awal f4. Aku dpt masuk asrama. Bila masuk je asrama, hidup aku turn 360. Aku solat 5 waktu, jemaah pulak setiap masa. Ajaib sbb aku tak rasa terpaksa. Aku belajar lebih pasal aurat. Aku kenal al- mathurat, aku hafal al-mulk. Aku baca Quran siang malam. Aku hafaz balik surah2 yang pernah aku hafaz masa SRA. Aku happy kat situ. Mak pun happy aku berubah. Akak pun dah solat selalu sejak dia masuk asrama. Tapi ayah still macam dulu, nenek aku, pkck mkck aku, still sama.
Aku boleh nampak beza keluarga sebelah ayah dengan keluarga sebelah mak. Belah ayah memang porak peranda, yang ini kahwin 2 senyap2, yg itu mengandung anak luar nikah, yg itu merempit, yg ini kena buang sekolah, yg itu 10 kali masuk lokap, yg ini tak reti balik rumah. Memang family adik-beradik ayah aku 85% hancur. Yang elok sikit family aku dgn family mak usu, tu pun sbb ada mak dgn pak usu aku yg jenis yg solat. Ironik sbb mak usu aku ustazah, tapi dia yg tak solat.

Banding dengan family belah mak, family adik-beradik mak semua okay. Eventhough kebanyakan kurang bab pelajaran, tp akhlak okay. Solat terjaga, segelintir je yg tak strict pasal solat. Tp in general okay.
Kau boleh bayang jadi aku, bayang family sebelah ayah yang memang rupa perangai macam dah melangkah ke neraka. Banding pulak dengan family sebelah mak yg aman, tak bertekak, solat jaga, hormat sedara mara.
""So? Apa yg cuba kau sampaikan? Apa motif kau taip panjang2 ni ha?""

Apa motif aku? Aku nak tunjuk kat korang, nampak tak peranan solat? Tengok balik family ayah aku, dari atuk nenek sampailah ke cucu cicit, hancur habis bab agama.(Moyang aku tak payah cerita la, sbb aku tak kenal pun diorg). Mula2 dari atuk n nenek yg tak ambil berat pasal solat, takde inisiatif nak ajar anak2, anak2 pun takde la nak solat, pastu menurun pulak kat cucu2, pastu ke cicit2. Sampai bila? Sampailah kiamat. Sampai dah tertutup pintu taubat. Sampai sudah la tak solat.

Sehari tinggal 5 waktu solat. Seminggu dah 35 waktu. Sebulan? Setahun? Dua tahun? 50 tahun?
Nenek aku tu dah 70++, ayah aku dah 50++. Berapa byk waktu diorg tinggal? Aku yg muda ni pun bertatih-tatih nak mengqada utk tempoh 3 tahun solat yg aku tinggal. Ni pulak diorang.

Sehari di dunia, berapa lama waktu di akhirat? Tinggal satu waktu, apa balasan kita dapat?

Ambil ikhtibar gais, aku tak kuat nak tarik seluruh family sebelah abah, tapi aku cuba. Kalau korang ada masalah similar macam aku, kita cuba okay. Cuba tarik diorang utk jumpa Allah. Takkan selamanya nak sesatkan diri? Takkan nak buat record 7 keturunan masuk neraka berjemaah?


+*+*+*+**+*+*+*

Confession dari saya..

Tak solat, memang life kita huru hara. Tak tenteram, tak aman tak bahagia! bahagia pun sekejap je. sungguh!!!!!
Tak caya sudah.. itu terpulang sekurangnya saya dah mengaku. Orang tak solat takde 'NUR' kat muka dia.. Allah tarik nikmat yang dia bagi pada kita.. antara kita sedar dengan tak je.

Saya jahil dulu, walaupun saya tahu benda tu DOSA tapi buat juga..
bila lupa Allah, jauh dari Allah memang pilih cara senang.. tanpa sedar cara senang tu la mendorong kita ke arah kegelapan.

Bila solat.. tapi rongak rongak.
Allah bagi ujian kat kita sekecik kecik ujian pun kita tak sedar.. bila dah berjaya sikit mula rasa bangga walaupun memuji Allah dengan ucapan 'Alhamdulillah' tapi masih lagi tak solat..
Dah ditimpa ujian besar baru nak insaf (mujurlah insaf dari tak insaf insaf langsung).

Dosa, mula mula memang kita takut nak buat.. tapi bila sekali dah buat hati tu akan mendorong untuk buat lagi dan lagi.. akhirnya, saya jauh dari Allah. dengar azan tapi tak solat. Aurat pun sambil lewa. Bertudung tapi pakai baju seluar ikut fit badan. bangga lah kan sebab kurus.. *pfftt*

Dosa lain, lalai.. suka bersosial.. pergi tempat tempat maksiat bagai. Lupa Allah, lupa nak solat.. tinggalkan kewajipan sebagai seorang muslim..

Bila ditimpa musibah, sedih.. menangis dan rasa nak mati. Time tu la baru ingat Allah, tapi masih mempersoalkan kenapa kene kat diri sendiri.. tanpa sedar, Allah uji kita sebab dia rindu nak dengar luahan dan tangisan kita, dia uji kita sebab nak bagi yang baik untuk kita.. tapi kita sebok mengadu kat timeline facebook. T___T'

Allah swt, walaupun kita tak nampak.. tapi kita akan rasa. Kita akan rasa Allah tu wujud.. dia tengok kita walau kat mana kita ada. Nyorok la celah mana pun, Allah nampak dan Allah tahu segala galanya. Sebab dari Solat lah hubungan kita dengan Allah utuh. Nak rasa Allah tu wujud? solat la awal waktu.. waktu solat tu korang bayangkan yang ada satu pandangan yang sangat luas depan korang tu waktu korang tengah solat tu.. lama lama akan rasa yang Allah tu wujud.

Ya Allah.. sedih sangat. Lama betul Nabi Muhammad saw dah tinggalkan kita.. sekarang banyak benda keliru pasal agama. Yang lagi sedih dengan kaum sendiri ni, mengaku dah berhijrah tapi masih lagi jahil dan tak belajar agama dengan lebih mendalam. Bertudung, tapi hakikatnya bertelanjang.. :'( Bila ditegur, marah dan tak terima.. 

Saya doakan, semoga ramai kawan-kawan saya semakin insaf dan kembali ke pangkal jalan. Dalami ilmu agama yang Nabi Muhammad tinggalkan untuk kita 1400+ masihi yang lepas. Tutup lah aurat dengan sempurna.. sebab nanti waktu kita di hari pengadilan, amalan dan agama yang boleh menolong kita.. bukan Harry Potter ye. -_-'

Ingat lah, Hidup tanpa agama umpama sebuah perahu di tengah lautan yang tak bertepian.. tiada arah tuju..dan tak tahu arah tuju. Bila ada agama, ia adalah panduan untuk kehidupan kita...

Ok Done, panjang lebar lagi kang.. haha!

P/S : Bila jaga solat, jaga lah Akhlak juga.. apa guna solat 5 waktu tapi masih buat dosa.. no good no good!

1 comments:

Khalid Kyle said...

x bleh nak follow blog hang, kene tukar button follow floating mcm kt blog aku tu baru bleh, cer google cara letak follow & dashborad button senang je

Jom Terjah : Successful People vs Unsuccessful People

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis