Sunday, March 1, 2020

Citer Korea - Go Back Couple!



Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


💖💖💖
Korang mesti dah tengok dah kan cerita bersiri Korea ni.. it takes a week saya nak habiskan semua siri tu. hahaha kene instal apps Viu semata nak tengok cite ni tau. hahahaha so far best jugak apps tu ye. haha
Berbalik pada cerita ni, isi nya memang sangat sangat padat. sedih dan happy ending.
Pernah dengar ada satu ayat ni, Allah memang dah pilih pasangan kita tu yang terbaik untuk kita tau.. sebenarnya takde istilah silap jodoh ke, salah pilih ke atau sebaliknya sebab itu yang Allah dah pilih dan tetapkan untuk kita sejak dari luth mahfuz lagi.. Jika seseorang tu tak bertepatan dengan apa yang Allah tentukan, kita takkan jadi nikah dengan dia.. so dari cerita ni, berkisar tentang pasangan suami isteri yang dah lama kahwin and terpaksa struggle dengan kehidupan harian mereka... disebabkan dengan keadaan semasa yang berlaku mereka membuat keputusan untuk bercerai dan mintak kembali ke masa lepas untuk betulkan keadaan mereka..

Si suami, katanya ada pilihan lain selain isteri dia.. ala crush la gitu. Sebabnya dia dulu tak berani langsung nak tegur crush dia tu.. setiap kali nak tegur, dia gugup.. hahaha then bila dia dapat kembali ke masa lepas tu kiranya peluang dia lah nak tacke crush dia ni. tapi end up perasaan dia pada crush dia ni tak sama dengan perasaan dia bersama isteri dia.. dia lebih pada macam care kat crsuh dia ni macam seorang ayah pada anak perempuan..


Wife dia ni lak, ada crush jugak and memang crush dia tu suka sangat kat wife dia tu cuma kan orang perempuan ni, bila dah pilih seseorang tu memang yang lain dia reject lah kan.. tapi si suami tu tak percaya, and downgrade isteri dia kononnya masa study dulu takde sape berkenan. hahaha



tapi still jugak perasaan si isteri tu kat lelaki tu tak sama rasa dia dengan husband dia.



Yelakan, dah hidup berbelas tahun bersama apetah lagi kahwin dah lama sangat baru dapat anak sorang. Anak tu lah priceless yang tak dapat kat mana mana. masing masing pon dah kenal perangai masing masing.



And they split their feeling toward each other.

Sebenarnya masing masing cuba untuk bahagiakan masing masing tapi sebab keadaan masa tu buatkan mereka salah faham dan bergado. And takde kemesraan antara mereka sebab masing masing focus pada apa yang mereka lakukan.



Yang ni part paling sedih sangat, memang tak penah kering lah air mata ni tengok.. sebab masa mak dia tinggalkan dia, dia tak sempat jumpa. dan sebabkan kesibukan dia menjaga anak dan keluarga dia jarang dapat spend time dengan mak dia.. so bila dia dapat balik ke masa silam tu, dia nak spend masa dengan mak dia je.. memang sedih gila tengok.. tapi satunya yang saya kagum. Orang Korea ni, anak dah besar besar pon dorang masih buatkan keje-keje harian untuk diorang ek? contohnya masa scene dia marah anak dia ni tolong dia cuci pinggan tu.. dia macam terkejut la anak-anak dia semua tak penah cuci pinggan sampailah dorang dah kawen. maknanya kat situ, mak tu buatkan semua keje rumah tu sampai anak dorang tu dah kawen lak kan.. silapnya kat situ, dalam Islam kita kene sama sama ajak anak anak buat keje rumah.. dari situ lah bonding anak dan mak jadi kuat kan.



Happy endingnya mereka decide untuk kembali semula kerana anak diorang tu.. sebab kan cincin kawen diorang tu kononnya cincin dari dewa kayangan la gitu yang gado n baling cincin kawen dorang jatuh kat bumi. Lepastu couple ni plak beli and pakai.. kononnya cincin tu akan tunaikan segala hajat si pemakai.. betul lah, permintaan diorang tu. Nak kembali ke masa silam dan betulkan semuanya.. diorang diberi peluang kembali ke zaman sebelum diorang kenal dan dapat betulkan keadaan diorang tu sendiri.. yang best tu, kawan dia yang takde rupa tu pun dapat husband yang ikhlas sayangkan dia. haha
💘💘💘💘
Pengajaran baik yang kita dapat dari cerita ni.. setiap perhubungan memang akan diuji. Cuma kita perlu berehat sementara dan cari masa untuk jernihkan semula hubungan kita tu.. Anak anak kita adalah anugerah yang sangat bernilai.. walaupun dapat kembali ke masa silam, takkan samanya dengan peluang kita miliki seorang anak.. apetah lagi lebih dari seorang.
Bak kata mak dia tu,
"kau boleh hidup tanpa mak dengan ayah, tapi kau tak boleh hidup tanpa anak kau.."
sedih gilaa kan..
I love my kids so so much.
Thank you husband, banyak berkorban untuk keluarga kita ni.
😘😘






Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis