<body>
NO LEFT CLICK!!! :P
Beza Ketawa dan Senyum.
Saturday, August 15, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


*sorry Dato, hihi ambil dari google.


Apa beza ketawa dan senyum?

Ketawa, ada bunyi.. dan kadang, ketawa yang keterlaluan pun boleh jadi annoying jgk.

Senyum. tak perlukan bunyi tapi cukup mudah buat orang berjangkit.
kerana dari senyum dapat selindung kesedihan.
Mampu tak orang yang kehilangan orang yang mereka sayang waktu tu tersenyum??
mungkin agak sukar kan..



Nabi kata, jika kamu tahu apa aku tahu, nescaya kamu byk menangis drpd ketawa. 
Ahlul dunia memang suka ketawa. Ahlul akhirat banyak menangis.

Antara tujuan risalah nabi saw ialah menceritakan tentang neraka yang sedang menunggu penghuninya. 
List penghuninya sudah ada. (Dah keluaq air mata). 
Na'uzubillahi min zalik. Minta kita dijauhkan. Allahuma ajirna minnanar.


Neraka sangat panas; 69 kali ganda api dunia. Ia akan dipenuhi dgn jin, manusia. (Al mulk: 13). Bahan bakarnya manusia dan batu. (At tahrim:6)

Neraka sangat dahsyat. Mika'il tidak pernah ketawa sejak dijadikan neraka. Ada 70k kendali, setiap tali kendali ada 70k malaikat. Jika ada seorang ahli neraka bernafas, >100k orang dalam sebuah masjid terbakar!

Neraka berwarna hitam, lebih hitam dari batu hitam. Neraka
sangat dalam. Seketul batu yang dicampak, 70 tahun kemudian belum sampai ke dasarnya. Dan ia akan dipadati dengan jin dan manusia.
Ada ular besar sebesar leher unta. Sekali patukkan, sakitnya dapat dirasakan selama 70 tahun. Ada kala jengking sebesar baghal. Sekali sengat, sakitnya dapat dirasa selama 40 tahun.

Siksa neraka luar biasa. Air mendidih dituangkan ke kepala. Air itu masuk sehingga ke dlm perut lalu mengoyak isi perut
dengan cepat dari kedua tapak kaki, lebur dan dikembali sebagaimana sebelumnya. Seringan-ringan azab, dipakai sandal neraka, mendidih otak penghuninya.

Jadilah org yang mendapat naungan Allah pada hari akhirat nanti; pemuda yang berulang-alik ke masjid 5 waktu setiap hari.


Jadi marilah kita kurangkan ketawa, sebab banyak sangat ketawa nanti akan SEDIH sangat sangat.



share this: facebook
back to top


Sape nak kulit sihat, gebu dan cantik.. meh sini.
Thursday, August 13, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Nak Review tentang
Glutacaps Natural Beauty



Menggunakan bahan bahan semula jadi yang selamat dan dipercayai.. 

#L-Glutathion 
#Hyaluronic Acid 
#Vitamin C




Apa yang Glutacaps ni boleh tolong korang??
ok, kebaikan dia adalah rawatan untuk,

1. Memutihkan
2. Parut
3. Melasma
4. Pigmentasi

selain tu ia jugak dapat membantu korang yang...

1) Wajah kusam jadi lebih berseri
2) Jerawat jadi kecut dan hilang
3) Parut jerawat pon boleh hilang
4) Jeragat dirawat
5) Parut lama tinggal kenangan
6) Sunburn / Gelap jadi mcm bidadari
7) Tak sekata jadi sekata
8) Jerawat belakang badan hilang
9) Kulit kering jd lembab semula jadi



Ramai pelanggan yang menggunakan product ni berpuas hati, 
korang boleh rujuk link ni untuk baca testimoni dari pelanggan - pelanggan yang gunakan product ni.
Apa-apa perkembangan dan pertanyaan boleh rujuk di Facebook Pages ni.

 Glutacaps Natural Beauty

Jika berminat, korang boleh contact terus ke saya

Hayati - +6019.717.2241
Sebotol berharga Rm150
.

share this: facebook
back to top


SOCIAL MEDIA
Tuesday, August 11, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Sebenarnya, dah lama draft entry ni. memanjang terlupa, kadang malas. hahahaa..
Adoi sindrom mengandong memang malas memanjang ke ??




Social Media.


Sape yang tak tahu?
kecuali la orang yang tak kejar kejar dunia ni sangat..
saya pun tak mampu bertahan di tempat tak ada internet.
Hahaha!
Tapi sejak ada anak ni, boleh la tahan sekejap.


Sekejap la ponn..
hahahaha! tapi lepas tu dok cari hp. haha


Seriusly,
segala benda yang korang upload ke Internet. Everything is gonna be PUBLIC.
Dan akan tersimpan la sampai bila bila.
Kadang pelik dengan manusia yang meroyan kata gambar diorang kene curi, Lecturer saya kata kalau taknak gambar kene curi, tak payah upload la. cuci kasi frame.
Tu pasal, masa jahiliah dulu upload gambar gambar seksi bila dah insaf sedih dan menyesal la gambar-gambar seksi dulu tak boleh nak buang.. sebab kalau korang dah buang pun ada orang lain yang dah upload.. penuhla saham dosa korang dengan gambar-gambar seksi korang tu.
Even dah meninggal pun orang still tengok gambar gambar seksi korang tu
bertubi tubi dosa masuk.
Nauzubillahiminal zalik..

Zaman kita sekarang ni totally dah dihancurkan oleh semua ni.
Gadgets, applications etc etc
pergi mana mana pun nak selfie, then upload.


Contohnya begini la.


Sesetengah manusia, tak ambil pusing.. katanya, Fb mereka, mereka punya sukalah.


HARUS INGAT!
Yahudi yang cipta benda benda ni semua untuk buat kita semua bergaduh, buat kita berselisihan faham, buat kita cemburu mencemburu sesama lain.. buat kita jadi seorang penabur fitnah sebab diorang dah tahu inilah dosa-dosa yang paling senang untuk orang islam buat.



Macam hari hari post gambar family bahagia. sedangkan hakikatnya, suami ngn isteri tu takdelah mesra sangat, anak anak pun nakal (contohlah). Tapi sebab nak tunjukkan kebahagiaan tu hari hari post memuji hingga ada orang lain meluat dan memerli. Lepastu bila dah terasa, mula lah menuduh orang sekian tu mendengki la. Kan ke tak baik gitu..
Nak upload pun sekali sekala je la.. bukan setiap saat nak tunjuk..


Orang baru kahwin pun begitu, awal-awal kahwin tak payah la memuji indah sungguh perkahwinan tu, masa depan kita tak jangka.. tiba tiba Allah (swt) nak uji, suami curang ke, isteri meninggal ke.. dan lain lain lah.. Allah bagi teguran, cuma kita je yang taknak muhasabah dan ambil ikhtibar dan insaf.. habis dicanang semua keburukan pasangan di media sosial bila dah berpisah.. perlu ke?


Itu sebenarnya agenda Yahudi.
Pada yang dah pernah lalui, ambil ikhtibar dan jangan ulangi lagi.. ciri ciri islam makin lama makin pupus je.. walhal, yang baru peluk islam pula yang bersungguh sungguh mendalami agama islam.
Pakaian mereka sungguh menutup aurat, sedangkan yang islam sendiri bangga menayang aurat mereka. Sharing benda baik kat media sosial tapi diri sendiri langsung tiada perubahan, bila ditegur tak diterima dan katanya membuka aib..


UAI pesan,
"Mengaji biar ada terasa sebab bila kita terasa cenderung untuk berubah.."

Lupa nak tambah,
Ada kan macam cerita iktibar, atau artikel kisah rumahtangga ke, isteri nak suami baca tapi share tag suami.. kadang benda tu pun boleh menjatuhkan air muka suami, kantoilaa yang suami awak ni merokok ke (contohnya). Mesej jela personal.. save gambar tu forward ke suami..
Banyak la isu rumah tangga yang dari orang semua tak tau jadi tahu dan nak ambil tahu..
sebab,
dari diri yang suka nak share semua cerita..



Biarlah bersederhana sahaja dalam kehidupan ni, yang kekal abadi kat sana, Bila kita dah kat sana, yang hanya boleh tolong kita ALLAH SWT sahaja.


Akhir kata, saya link kan satu website tentang perempuan dari Surah An-Nisa.
Sila klik sini.

share this: facebook
back to top


No More P1 At Last!
Thursday, August 6, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Proof of termination! Finally..


heheehe



Modem, sampai nak pecah. hihi dah la jenis lupa nak Off kan..
Dah tu, bateri dia tak sampai sejam pun dah terpadam.
Nak Charge kat Pc dalam bilik Line Merah aje..

Geram laa haii. Kuota ? manjang cepat je abes.
Surf je.. belum buat keje lagi.
baru download files kat email dah dapat Notification Kuota nak abes.
Sabojela tauu.

So, dengan rasminya, contract tamat dan urusan saya dengan P1 pun berakhir.
Lepasni harap harap tak terima lagi sebarang email untuk pembayaran tunggakan ke ape bende sebab semuanya saya dah langsaikan.

Haa. nak cite masa dah bayar bil tu pun kan.. Last bill RM49 termasuk GST. pastu dia bagi email macamni.


Bayar tunggakan RM26+ tu kalau tak takleh nak terminate.

Saya tunggu berbulan-bulan sampai nak abes contract nak tamatkan perkhidmatan dengan p1 ni tau.
Laju laju gi kat P1 centre ni pulangkan modem tu.

Mujur takde kene bayaran apa-apa atas modem yang nak meletop tu.
Nasib masih boleh guna..
Risau meletop je.. saya kan charge kat plug. hahaha!

So everything is done.
Account saya kat website P1 pun dah takde lagi. dia tulis dah tak active.
so Alhamdulillah..

Lepasni taknak dah ada kaitan ngan P1 lagi..
saya dah berhubung dengan Streamix dah..



share this: facebook
back to top


IKEA ADA SALE!
Wednesday, August 5, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Seronoknya laa penduduk Damansara kan. 
Ikea tengah buat SALE tu.
Ampunn la.
Haritu raya pegi,
itupun beriya nak beli kerusi makan Anipy.
RM39 without Table tu.
Survey kedai biasa pun tak dapat harga ni tau.
Tu yang konon konon Raya kedua ke sana.. agaknye takde orang la kan, raya.
Skaliiii
Pack jugak. hahahaha
Tapi apepun, berpuas hati jgak dapat beli barang barang lain. hihihihi.
i'm a happy ummi!
*ekleh, padalah kerusi budak je pun. -_-'
ok, la korang tengok link ni la barang barang yang IKEA dok SALE kan tu.

share this: facebook
back to top


. AURAT .
Tuesday, August 4, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Sikit Info Tentang Hijab, Niqab dan Burqa.



Saya rasa, ramai antara kaum wanita kat luar sana yang hanya memahami Hijab itu sekadar bertudung sahaja.. Walhal, Hijab sebenarnya adalah yang menutup dari kepala hingga ke kaki. Hanya muka dan tangan sahaja yang terlihat.
Yang awak awak semua pakai tu TUDUNG. bukan Hijab.. sila fahami.

Niqab pula,
hanya terlihat mata sahaja.

Dan Burqa pula,
tertutup seluruhnya termasuk bahagian mata.
Kain kat bahagian mata tu je jarang sikit.
kalau tebal macam kain tudung macamana nak berjalan?

Islam bukan paksaan..
tapi kalau kita nak berniqab atau berburqa tak menjadi masalah pun.

Cuma jangan menonjolkan bentuk bentuk badan kita saje dah la.




Korang mesti nak rasa aman tenteram bila keluar berjalan-jalan kan?
Pernah tak, even korang keluar pakai tudung rasanya dah tutup dah aurat tu,
tapi masih lagi kene ganggu dengan lelaki, dari jauh diorang dah 'suit-suit' 'usha-usha'.
Most of us, mesti tak berapa selesa, tapi mungkin ada juga yang suka dan menggedik.
lagi-lagi budak budak baru nak kenal dunia ni.. *menggeletis*


Sebelum keluar rumah tu, cerminkan dulu pakaian. adakah ianya bertutup?
seluar ?
baju ?
tudung ?

Seluar tu.. ketat ke tak ?
Baju tu pendek ke tak ? jarang ke tak ?
Tudung tu, labuh ke tak ? tutup dada ke tak ?
Pakai handsock ? stokin ?
Kaki kita ni pun aurat juga, dan bawah dagu pun aurat tau.

Bila semua pakaian kita longgar, eh bangla nak usha ko pon taknak wei..
Dia tengok pon terkejut tau..

Ada story satu hari, saya ke kedai Family Store kebetulan ada seorang Bangla ni tengah susun barang baru sampai atas rak. Masa tu nak lalu, barang penuh... dengan sungguh-sungguh dia alihkan kotak-kotak tu dan siap tanya, "cik, mau cari apa barang...?" saya jawab "takpa, saya cari sendiri"
kebetulan masa tu ada perempuan lain pula lalu.. dengan tiba tiba attitude bangla tu berubah..
usha usha sampai perempuan tu tak jadi nak lalu situ.. Ayat dia "Adik manis, bla bla.." tak ingat la apa dia punya ayat lagi. haha!



Betapa Allah jagalah aib kita ni, bila kita sendiri ambil berat kepada aurat kita sendiri.

Baru rasa safety bila terpaksa keluar beli barang sendirian.
Allah swt takde lah sengaja nak bebankan hamba dia dengan larangan yang dia bagi. Semua yang dia larang tu bersebab dan ada kebaikan untuk kita.. cuma kita je yang taknak ikut, paling teruk jadi Derhaka kepada pencipta kita sendiri. Nauzubillah jauhkanlah kita dari derhaka terhadap Allah swt. amin..



Akhir kata,
Saya menyeru semua kaum hawa. Sayangkan diri kalian, ayah kalian, suami kalian dan adik abang kalian kerana mereka bertanggungjawab terhadap dosa aurat kalian.. Tak rugi defend aurat kita, bila kita jaga aurat kita, Allah jaga aib kita.. inshaAllah.


"Yang Tertutup Itu Indah"



share this: facebook
back to top


Teat lain untuk botol TommieTippie
Saturday, August 1, 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Passti ada parents yang tercari cari kan, kalau botol baby dia mahal sikit then nak kene tukar teat lagi.
Kalau yang brand sediri, dah tentulah cecah RM20+ untuk 2 pieces.


Nah.
Saya suggestkan Teat lain yang boleh sesuai dengan botol bulat cecomel TommieTippie ni.


Yang tu kita beli online kat kakak ni.


Akak ni memang jual botol TommieTippie corak cantik cantik.
Pada ibu yang minat Tommie Tippie tu gi lah add akak tuu..
Selain TT dia jual Avent jugak..

ok sekian. hehe


share this: facebook
back to top


HOME | Art By HMY | JS PAINTBALL | AL-KHAIR KATSIR



Best view in CHROME

Dear Readers,
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE . you should leave message on my tagboard before you leave. you're allowed to enter this site anytime but if you do something BAD and I don't Like it. you should go go far away from my blog.


RESPECT is a must. Enjoy your stay and have fun!
Please leave your step by drop your comment or Just click here :


Thank You and Come Again!

Profile


the unique one


Norhayati is : Trustworthy and loyal | Very passionate and dangerous | Wild at times | Knows how to have fun | Sexy and mysterious | Everyone is drawn towards her inner and outer beauty and independent personality | Playful, but secretive | Very emotional and temperamental sometimes | Meets new people easily and very social in a group | Fearless and independent.. Can hold their own | Stands out in a crowd | Essentially very smart..





My Current Bussiness
facebook

Follow My Pages...


Heart

Buya <3 Buyo, Since **07
: 0504 : Our Pallet Of Love

Likes

Suka menembak di waktu lapang ='D

D80 dalam kenangan.. :'(

I Am Nikonian :D

My Gear


Friends



Games + Tutorial ::
funny-games
heavy-games
Maya 3D
HTML tutorial
HDR tutorial
IR

Harry Potter

Labels

  • Photoshop Tutorial
  • Information
  • Tag
  • Movie
  • Songs

  • Entries

    Recent Post

  • Apa saya isi dalam Goodies anak saya?
  • Review Qliq Hotel kat Damansara.
  • Sharing my sewing ❤
  • ⚠️KEEP YOUR MARRIAGE
  • JANGAN PEDULIKAN CELAAN !!
  • Hati Adalah Raja.
  • Kembali melayari Blog heee
  • Facemask Jahitan saya
  • Citer Korea - Go Back Couple!
  • Cabaran Dunia Islam Masa Kini - Firdaus Wong Wai Hung


  • Archives




    Others


    JS Paintball

    Bullet Journal's Lover

    My Love of Life




    Actually not a best student c(=