Saturday, October 10, 2015

Chaq Corner Taman Tasik.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Lokasi jalan-jalan makan makan di melaka kami kali ni adalah di
Chaq Corner, Taman Tasik Utama.
Berdepan Uncle's John Restaurant tu.

Beberapa hari hanya lalu saje.. tengok dekorasi kedai ala-ala Big Mug, Big Plate gitu. hihi


Terasa macam dalam cite Madagascar pulak. hihi


Tertarik dengan tiga signage tu, belah kiri sekali.

"Behind every Good Kid is a Great Mom"

Wah, terus tanam niat nak jadi a great mom to be. ececeh.
sebab kejayaan seseorang kerana ada seseorang di belakang dia kan?
sama laa kejayaan suami pun sebab isteri dibelakangnya.
InshaAllah.



Seat macam-macam rupa.
Tiba tiba terasa macam nak cat rumah warna hitam dan hijau. hahahaa


Niece saya malu nak ambil gambar.


Makanan kat sini,
Char Kuey Tiaw main menu dia.
ada lagi beberapa seperti Nasi Goreng dan Western.

Air dia pun banyak special, dalam jug yang macam-macam bentuk. hihi

Ni Facebook Pages kedai makan ni. Jemputlah singgah.

Selamat Mencuba!


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis