Friday, October 16, 2015

Aurat vs Teguran..




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.






 [Imbas Semula] Perkembangan Amalan Bertudung Di Malaysia

"Saya masih ingat kenangan ketika mula-mula mempelopori pemakaian tudung kepala bersama beberapa orang rakan. Hasrat ini timbul setelah membaca Al-Qur'an. Semasa itu hasrat untuk mengamalkannya begitu mendalam.

Bagaimanapun pada peringkat awal, kami mendapat tentangan kuat daripada pelbagai pihak yang tidak menyenanginya. Kami banyak kali disindir dan digelar dengan bermacam-macam gelaran seperti "orang pakai dakwah","hantu bungkus" dan sebagainya.

Alhamdullilah, dalam hal ini kami mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan. Kini pemakaian tudung tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik bagi kaum wanita di Malaysia, malah majoriti wanita Melayu dan Islam mula menyedari keperluan dan tuntutan memakai tudung ini,"

Allahyarham Prof Dr Khalijah Salleh, Setiausaha Wanita ABIM
(Ketua HELWA ABIM), 1973-1974

(Dipetik daripada buku, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1971-1996)



Ye, tak semudah kata kata.
Tapi Aurat yang harus ditutup untuk kaum Hawa wajib dipatuhi. 
Ini adalah arahan dari Allah swt yang telah disampaikan di dalam Al-Quran.



Setiap wanita itu cantik dah..

Pernah tak, korang beli sesuatu yang korang berkenan sangat.. contohnya Handphone, 
siap belikan cover dia. screen guard lagi.. supaya nak protect handphone baru korang tu.

Sama juga aurat.
ia haruslah dijaga.



Sedih, bila ada segelintir perempuan islam yang hilang rasa malu.. 
malah menghina dan mengkritik pula orang yang menutup aurat.


Jika seseorang muslim itu melakukan kesalahan.
Tolonglah salahkan pada muslim tu sendiri, bukan pada pakaian dia atau agama dia.



Masalah teguran manusia.

Memang pun ada sesetengah manusia yang kalau menegur direct tak fikir tentang hati dan perasaan.
Pada yang menegur begitu silalah berpada, janganlah menegur seperti anda itu Tuhan atau seorang yang maksum dan tak melakukan segelumit dosa.
Apa yang perlu kita buat adalah DIAM. biarlah dia menegur walaupun kita rasa dia menegur seperti dia adalah Tuhan..


Tapi ingatlah.
setiap teguran dari manusia itu adalah dari Allah swt. walaupun orang gila sekalipun.
memang hati tu sakit bila terima, tapi jangan dibiarkan hati tu hitam langsung taknak terima teguran.
belum Allah swt sendiri yang menegur kita, rasanya tak terdaya kudrat nak berdiri semula nanti.


saya juga tak sempurna, dan saya sedang cuba ubah cara hidup saya.
"Islam is the way of life"
yang selama ni kita mengaku je islam tapi apa yang kita buat?
adakah setiap suruhan Allah kita turuti?
atau kita tak buat langsung setiap yang dilarangNya?


Dulu.
saya hanya 'bertudung' tapi akhlak saya entah ke mana.
Sembahyang pun tak pernah cukup, ikut mood.. kalau rajin buat.
walaupun bertudung tapi saya masih berpakaian sendat. berlengan pendek..
berkawan dengan bukan muhrim, bercampur duduk semeja, minum secawan.


allahuakbar. cukuplah dengan dosa-dosa saya dahulu. :'(
Alhamdulillah setiap perbuatan saya dahulu sudah dibalas di dunia. dan Allah swt memang adil!
setiap yang terjadi dalam hidup kita memang ada hikmahnya.
dan sentiasa lah ingat, setiap perbuatan kita pasti akan dapat KIFARAH nya.
Allah swt menegur kita setiap masa setiap waktu cuma antara kita yang perasan atau tak saja.
Jika tak langsung alami apa-apa kesulitan dalam kehidupan anda, berhati hati lah mungkin Allah swt taknak tengok anda jika begitu. Allah turunkan ujian kepada orang-orang yang dia sayang kerana dia rindu dengan rintihan kita menangis dan meminta pertolongan dari-Nya.
masa kejahilan saya, yang rasa saya buat tu baik.. sebab dah bertudung. kadang dapat teguran
yang lembut hanya dipandang remeh aja. Orang forward teks panjang lebar, tapi cuma baca sekerat.
masih lagak dan kongsi tentang kebaikan sedangkan diri tak pernah cuba untuk berubah.
ada ketika tiba tiba ditegur secara kekerasan, hati jadi sakit malah membenci orang yang ditegur.
memang benarlah masa tu, hati memang gelap hitam.. tengok orang purdah pon takde perasaan. lagi-lagi bila ada orang orang alim yang terbuat salah. mula lah hati berprasangka buruk.
kejam sungguh hati saya masa tu, saya lupa saya ada Allah swt yang maha melihat segala-galanya.
saya lupa saya ada masa depan yang semamangnya ditentukan Allah swt.




Untuk kaum hawa yang saya kasihi sekalian.
Jika tak puas hati dengan sesuatu hukum Al-Quran. tolonglah diam!
Tolong jangan berbicara tentangnya, kerana takut lari akidah korang.
Lari pedoman hidup korang... dan selamanya sesat di dunia tanpa dipandang Allah swt.

Ingatlah.. pintu taubat masih lagi terbuka seluas-luasnya yang masih lagi belum tertutup.
Jika berlaku dua perkara ni iaitu:

- bila matahari terbit di sebelah barat
- bila nyawa anda sampai ke tahap kerongkong (mati)

Masa tu menangislah air mata darah sekalipun, takkan dapat buka lagi dah pintu yang paling besar Allah swt dah bagi kat kita di dunia ni.




Nak berubah perlahan-lahan, asalkan niat tu ada. tak kisahlah awal-awal tu ada tak sempurna sikit.
Tapi improve diri kita jadi lebih baik..

InshaAllah - Ada Jalan Nya!


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis