Bissmillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum kalian semua.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Hai.
Dah makan? eh.. dah solat? gi la dulu.. jap gi sambung bace ye. hehe
*tajuk omputeh, isi bahase melayu.. hampeh*
hahaha!
English saya hancuss.. ekekeke.
Ok, berbalik pada Tajuk. Saya belajar Graphic since 2008 kt Kolej Komuniti Jasin. Kenal Software Adobe masa tu ngan lecturer En Helmi. Suka sangat masuk kelas diaa.. satu satu dia tunjuk apa kegunaan tools-tools dalam Photoshop.. antara yang lain lain, photoshop saya terer sket. hahaha
Lepas graduate, saya kerja kat company advertising Warisan HN. Masa kerja situ la ada sorang Senior Graphic Designer nama dia Abg Dafi yang terer kat Adobe Illustrator. Saya blaja sket sket dari dia.. tapi yang klako dia ni ngajo laju kot.. saya tulis nota jgk tapi still tanye dia hahahaha.
Kerja nak dekat setahun, plan nak sambung balik la. macam tak tahan keje kuli ni. asyik kene kerah je. Nak-nak kalau dapat job dari K******* ni. Bagi lambat tapi nak cepat je.
Sambung la kat Utem, amek course Sains Computer (Media Interactive). Kat sini la start kenal coding. C++, HTML, PHP, Java dan seanteronya.. malangnya, jiwa saya bukan pada coding yang buat buat pon tetap jgk tak ingat lepastu ada error cari tak jumpa kusut macam orang gila. tsk tsk tsk..
Kat Utem, banyak buat benda benda interactive.. kene banyak mahir software Dreamweaver, Flash, ngn Autodesk Maya. So Graphic kat sini tak banyak ditekankan blaja pon basic je. Lebih pada coding je course ni.
Mase sem 2 ada sorang lecturer nama dia Cik Sera, dia ajar Autodesk Maya.. best sangat tau masuk kelas dia sebab dia pun tunjuk satu satu tools kat maya tu. camne nak buat modelling 3D kita nampak smooth.. camne nak masukkan bones sume sume tu la. tapi cita cita saya nak jadi 3D animator pun terbantut. hahahaha... sebab............ hurm. takyah la cakap, saya bukannye kental nak jadi 3D Animator.. kekekeke. kene berkampung kat ofis kalau nak hasilkan 3D Animation ni.
INGAT SENANG KE??
Graduate je, cari la keje as Graphic Designer.. around Melaka memang gaji tak munasabahahahah. saya nak kerja luar dari Melaka, saya tak sampai hati nak tinggalkan mak ayah. Maklumler anak tunggal! haha biarlaa orang nak cakap pe, mak ayah saya hidup sekali je seumur hidup saya...
Macam-macam dah kerenah dah jumpa, kerenah bos kerenah customer.
Kerenah bos lagi jahanam rasanya.. dia fikir buat design ni cepat, senang dan mudah ke??
Nak provide satu design pun makan masa, apetah lagi nak provide 1 job dengan 3 design berlainan. Nak cari Idea lagi.. macam macam. Dan sebab tu saya katakan, Designer is NOT A FREE JOB! Awak upah orang design untuk awak sebenarnya awak bayar MASA dia untuk buat design tu. So kalau nak hire orang designkan sesuatu bagilah job tu awal-awal ke. Bukan harini bagi harini nak.. kalau awak nak cepat cepat kita buat design macamni jela.
hihi
Mesti la tak mau kan??
Ada tu, yang bagi lambat nak cepat dan banyak pulak dia nak ubah, tukar gambar lah tukar tulisan la..
banyak songehnye!
Segelintir orang pandang, buat keje graphic ni senang ke. Korang try la buat sendiri..tengok macamana perasaan..
So apepon pekerjaan, hormat la. Semua kerja bukan senang walaupun nampak macam senang.
Buat kerja design ni bukan free free, at least berapa pun bayarlah. Bukanya apa, nak design kene guna komputer, komputer kene guna elektrik, elektrik tu kene bayo. ekekke.. pastu masa nak buat lagi. bukan buka-buka PC je terus siap satu design..
Ok, janji buat kerja tu ikhlas kerana Allah taala, sebab bila kita ikhlas rezeki kita HALAL, bila HALAL hidup kita BERKAT dan DIREDHAI ALLAH SWT. Aminnnnn..
*Semoga kita mati dalam iman juga*
0 comments:
Post a Comment