Saturday, May 23, 2015

Resipi Ketam Teluq Masin!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Saya dapat resipi ni dari blog kak Kathy. Mase tu teringin nak makan ketam, tapi asal ketam je buat sup.. hah boring! nak masak ketam resipi lain tak tau.. tiba tiba jumpa la resipi best macam sedap dari blog akak Kathy tu. Teluq Masin uiii!!

Saya ni hantu Ketam! bhahaha..

ok, dengan izin tuan blog saya copy gambar semua dari blog dia je. hihihihi

Pertama,
Bahan-bahannya :

4 ekor ketam..
3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
7 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 tin susu cair
Tepung jagung
Daun kari lebih kurang setangkai
5 biji telur masin
Lada sulah/garam/gula


Rebus Teluq Masin.. (beli siap je la kat kedai makan, express katekan! ahahaha!)


Sebelum goreng Ketam tu, kene peram eh gaulkan bersama tepung jagung, lada sula ngan garam. Kerat dua dulu ah.


Goreng sampai hangus oi.. sampai kaler gold tu baru angkat.


Teloq Masin kuning ngan putih asingkan lepastu hancur lodoh kan dia jadi gini.


Putih teloq tu sebijik ja guna..


Masukkan butter 3 sudu besar dalam kuali yang dah panas.


Pastu campak bawang putih ngn bawang merah


Masukkan Daun Kari ngan Cili Padi


Masukkan Teluq Kuning yang dah hancur tadi tu plak..


Pastu teloq Putih hancur plak.


Kacau sekejap pastu masukkan susu cair dalam 5 ke 6 sudu besar.


Pastu masuk lada itam, gula ngan garam.. akak tu kata, garam sikit je sebab da ada telur masin tu kan. Then, kacau sampai buih buih sikit.


Last tu masukkan ketam dan kacau hingga sebati..


Ok, dah boleh makan!! hehehehehe....


Setakat ni saya belum cuba lagi.. terliuq lak. Nak cari ketam, tapi nak try buat kat Udang la. hahaha perghh mesti sodapp!! nyam nyam.

Ok boleh try.

3 comments:

KHALID said...

Woit betty ko masak ke pic kt atas ni, sedapnye nampak!!

Jom Terjah: Things Dying People Say They Regret

kedinkyst said...

Ko ni khalid nmpak sgt tak bace entry tau!! cepok kang..

mama tisya said...

pernh buat jugak..yummmmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis