Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Nabi Muhammad s.a.w pesan, umat paling besar pahala dia adalah umat di akhir zaman.
betul lah..
sebab tiap tiap masa senang je buat dosa.
Keluar rumah dah buat dosa.
Duduk rumah pun boleh buat dosa.
Allahuakbar..
Sedih sangat tengok umat Islam akhir zaman ni.
Bagi mereka, mereka rasa perbuatan itu tak jadi dosa dan tak salah.
Bagi lelaki,
tak jaga mata, tak jaga lidah, tak jaga akhlak.
Bagi perempuan,
tak jaga aurat, tak jaga lidah dan tak jaga adab.
Itu belum kata lagi hiburan bersepah sepah..
Maharaja Lawak lah, Mentor la.. itu yang di Televisyen. yang di luar televisyen?
Konsert la, pesta la.. party la.
Bagi remaja, korang rasa pegi GIG tu tak dosa..
(Asalkan jaga pergaulan, jaga solat..?) tp dosa korang kerana pergi ke tempat yang melalaikan..
bercampur lelaki dan perempuan. tak dosa?
Masa kita join gigs tu takde ke berlaga laga badan?? tu tak dosa??
Nanti depan Allah, boleh ke nak jawab macamtu??
Baru Malaikat sebat melolong lolong dalam kubur, ni nak berdepan dengan Allah kata begitu?
Mustahil sangat... zaman moden kita ni, semua dosa dosa manusia jahil dari zaman umat Nabi Adam sampai ke zaman umat Nabi Muhammad saw semua ada. Sebab pentinglah ilmu akhirat yang orang menyindir "dengan agama je boleh hidup ke?" wahh.. gelap hati kamu kata begitu. Sebab agama la kita tak terpesong dari Akidah dan tak buat benda benda yang merosakkan diri.
Shopping Complex, dah merata rata dosa.. dosa mata, dosa nafsu..
Tengok aurat orang, pastu makan di Restoran yang tiada tanda logo Halal.
(example, starbucks. tony romas. etc etc)
Susah kan nak jaga diri dari tak buat dosa..??
Nak kawal dan didik nafsu punya payah la.. nafsu membeli, nafsu makan. Allahuakbar.
Besarnya dugaan kami umat akhir zaman ni..
Besar dugaan, PAHALA pun lagi berganda.. lagi berganda dari umat zaman Nabi dulu. Tapi tulahhh.. macamanaa nak jaga hati dan jaga diri dari tak buat dosa ni?? subhanallahh!
Sedih sangat tengok umat islam yang makin lalai.. makin leka, makin bahagia dengan dunia sekarang ni.. Duit memang penting.. sebab ada duit la boleh beli segala benda kat atas muka bumi ni.. tp sebab duit juga la boleh sesatkan manusia.. Sebab duit, pasangan suami isteri boleh bercerai. sebab duit anak sanggup bunuh mak ayah.. sebab duit kawan boleh jadi lawan.. sedihlah.
Tapii.. Allah swt kan ada.
Jangan pernah putus pegang tali dari DIA. Jangan sekali kali jauhkan diri dari DIA. Sesaat kita lupakan Allah, masa tu la Syaitan Iblis semua cucuk line suruh kita buat benda bukan bukan.. panjang pulak saya menaip hahaha!
Semoga kita semua sentiasa di dalam keredhaan Allah subhanawataa'la. Semoga kita semua mati dalam Husnul Khatimah... dan dijauhkan dari seksa kubur dan seksa api neraka..
Amiinn ya rabbal alamin.
0 comments:
Post a Comment