Thursday, January 8, 2015

We have to learn.

Bissmillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Dari kecik sampai la ke tua.. actually, sampai mati pun kita kene belajar.. Belajar mengenal Allah sebenarnya. Belajar macamana nak Zuhud dalam kehidupan.. belajar untuk Istiqamah dengan perbuatan kita hari hari..


Kadang-kadang kita ni leka. kita ni lalai.. Allah swt hari hari menegur kita melalui seseorang. Kita berbeza dengan Nabi Muhammad saw. Nabi lagi lah, allah utuskan Jibrail untuk menegur beliau..

Dari satu cerita yang saya dengar dari Kuliah Agama ke dari Radio Ikim.fm. saya tak ingat la dari mana saya tahu. takpelah.. itu belakang cerita. Saya nak ceritakan tentang perbezaan kita ni dengan Rasulullah S.A.W.




Kita ni manusia yang selalu membuat kesilapan.. Nabi kita pun ada juga buat silap. Tapi kita ni bila ada silap, ada leka.. kita ditegur oleh seseorang contohnya ibu dan bapa kita atau orang lain. tapi rasullulah jika ada buat silap, Allah utuskan Jibrail untuk menegur Nabi.. Ceritanya, Pada zaman Rasulullah dulu ada seorang lelaki yang sangat la Jahat perwatakkannya.. dia suka mencuri. kalau bagi kita, apa faedah la curi kain kafan ni kan? ada suatu hari tu, ada kematian seorang perempuan di kawasan situ.. lalu malamnya si pencuri itu tadi, menggali kubur tu dan mencuri kain kafan tersebut.. setelah dia mencuri kain kafan si mati berkenaan dia terkesima dengan wajah si mati berkenaan dan timbul pula shahwat untuk merogol mayat perempuan berkenaan.. setelah nafsu serakahnya puas, dia pulang ke rumah dan tiba-tiba timbul satu perasaan serba salah kerana telah merogol mayat berkenaan.. dia rasa bersalah dan pergi berjumpa dengan Rasulullah saw dan menceritakan apa yang telah dilakukan.. Rasulullah saw yang tak dapat menahan marahnya sangat mengeji perbuatan si pencuri tersebut.. lalu Allah pun mengutuskan Malaikat Jibrail untuk menegur Rasulullah. Apabila Rasulullah sedar dari kemarahannya, dia meminta supaya si pencuri tadi segera bertaubat kepada Allah dan kembali ke pangkal jalan..

Sedangkan Nabi sendiri pun memaafkan umatnya, inikan kita? Hanya Allah sahaja yang mampu memberi ampun kepada hamba-hambanya.


Sebenarnya, saya nak sampaikan kat sini.. kita ni tak lari dari buat silap. Bila orang tegur kita kene terima.. haaa ni pun nak cakap macamana la cara nak menegur orang. Kalau nak tegur orang buat salah dengan marah-marah. TAKKAN JALAN.

Nabi Muhammad sendiri pun tak tegur orang dengan marah-marah.. sebab perasaan marah ni perasaan yang didiorong oleh Syaitonnnirajim. So. kene pepandailah cari jalan baik untuk tegur orang baik baik.. kalau menyindir dan memerli tu pun bukan caranya juga.. okla. cuba jadi situasi macamni. Sorang A dengan sorang B berborak tentang agama.. then, suddenly si A memerli si B.. si B pulak counter balik maksud dia si B balas balik dengan perlian.. Mulalah si A panas hati dan berbalah antara B. Jadi di sini, kalau si A tak mulakan perlian kepada si B, si B takdelah buat si A marah kan ? jadi pulak pergaduhan antara diorang ni. 


Jadi, tahun 2015 ni jom la kita perbaiki diri dan membuat amal kebajikan sebanyak yang boleh. Nanti kat Padang Mashar, kat Akhirat nanti bukan sapa-sapa yang boleh tulung kita melainkan amalan-amalan kita.. Setiap amalan yang kita buat ni kenela berniat kerana Allah.. dan berpaut serta bersandar pada Allah swt semata-mata.. sebab kalau kita sandarkan pada amalan amalan kita.. bila kita jatuh kita takkan mampu berdiri jika mengharapkan pada amalan kita.. iman kita ni cepat turun dan naik.. bila kita bersandar pada Allah, in sha allah semua benda Allah akan mudahkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis