Saturday, January 31, 2015

Mutiara

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Iman adalah Mutiara.

Sebagaimana wanita solehah dan permata hati kita.

Elok la Mutiara itu kita simpan di tempat yang selamat kan?

Well, saya pun sebenarnya sangat lah susah nak jaga Mutiara ni. Susah nak kawal diri dari upload gambar-gambar diri sendiri, suami dan anak. Di ikutkan, zaman Rasulullah dulu pun tak pernah ada gambar kan? Lagi lagi zaman sekarang dengan Teknologi masa kini yang Yahudi ni cipta.


Aurat kita ni pun umpama Mutiara.

Takkan mahu ditunjukkan semua nya pada orang kan?

Sedih, kasihan pun ada.. perempuan perempuan yang masih leka, malah bangga menunjukkan Mutiara diri pada orang ramai. Bangga dengan kecantikkan yang Allah bagi percuma tu.


Semoga mereka diberi hidayah. In Sha Allah.


Sama juga anak-anak kita. Comel macamana pun, cantik macamana pun jangan lah terlalu sangat tonjolkan pada umum. Risau, kita bukan sentiasa bersama mereka. Manusia akhir zaman ni makin ramai yang kurang iman, ada yang takde iman juga. Serius RISAU SANGAT DENGAN ANAK ANAK KITA. Cara paling selamat untuk ibu bapa, sorokkan anak-anak kita. betul tak ?


As for me, masa mula-mula tu memang susah. hati kata, ok stop dah upload gambar Hanif. Then, scroll-scroll IG tgk gambar kanak kanak, syaitan pun mula la berbisik.. upload sekeping. Katanya cukup untuk hari ini. Esoknya.. terjadi lagi. Aishh.. itu la keje syaitan. sentiasa menghasut dan menghasut. Kesudahannya, tutup Ig terus.

Umpama pesan Ustaz Zul, "Kita dah tahu kita lemah, tapi buat juga benda tu.." contohnya, kita dah tahu kita ni lemah dengan godaan Online Shopping tapi masih dok tengok Online Catalog. Gitu laa jadinya. Iman ni kene diasah, Nafsu ni perlu dididik.. 

Kalau dengan Syaitan dah kalah, macamana la nak lawan Dajjal ??

Allahuakbar.

T______T'

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis