Sunday, November 23, 2014

Thruth

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 
 
Minta maaf dulu jika entry ni akan ada menyinggung perasaan dan hati memasing. ecewahhh..
 
hahaha
 
 
Kita ni tak kira la lelaki ke perempuan, masing masing ada kelemahan dak kelebihan masing-masing dan kerana itulah Allah menciptakan kita sepasang. Sebab pasangan sepatutnya menjadi cermin pada diri kita.. Contohnya, orang perempuan kan suka tengok cermin belek belek muka kot ada jerawat ke tak.. calar ke, kulit kusam ke, penuaan ke kan? dan dari cermin la korang nampak apa yang tak kene kat diri korang.
 
Sama la antara pasangan, tak kira la si lelaki atau si perempuan. kena la saling tegur menegur silap dan salah. apa yang kurang tambahkanlah.. Nak tegur pun main sembur je, bukan orang tak terima tapi dari boleh bersabar hilang pula sabarnya. Menegur biar berhemah gitu.
Satu perangai saya yang saya susah nak tinggalkan.. ya sume orang ada perangai buruk masing masing betul tak ? dan saya pula jenis cepat melenting bila ditegur.. tapi sebenarnya at the end saya cuba untuk menerima teguran tersebut sebab saya akan fikir yang saya tak pernah sempurna.. tapi kerana orang yang menegur saya adalah orang yang sebenarnya menyayangi diri saya.. cewah.
Kadang-kadang saya ni memang degil nauzubillahhimnalzalik! eishh.. susah nak buang.

Selingan sikit, orang Melaka jom la serbu Masjid al-Azim. Ustaz Kazim neh datang bagi kuliah. meh meh.. Selingan ni pun berkenaan jugak dengan entry yang saya nak tulis ni. hehe


"Bagi saya, lebih baik sakit dengan kebenaran dari bahagia dengan penipuan." 

Haritu, saya ada terbaca kisah Mah(bukan nama sebenar) di Facebook. Masa baca tu emosi lah jugak. Kesian dekat Mah ditipu suami sendiri.. bertahun tahun pulak tu. Saya emosi sebab sangat-sangat faham perasaan Mah. Saya faham perasaannya bila orang yang kita sayang memberi kasih sayang dia pada orang lain. Saya faham sangat betapa sakitnyaaaaa dan hancurnya hati bila diperlaku sedemikian. Kerana sebab dia dah tak lagi cantik seperti masa mula-mula si suami tu memperisterikan dia.. Allahuarabbi. Kisah selanjutnya, saya pun tak tau apa tindakan Mah.. wuwuw

Sebenarnya, kita perlu meletakkan Allah di tempat pertama. Semua bende niat kerana Allah.. keneee. kene letakkan Allah dalam setiap perkara yang kita buat. Dan sebab tu la, kita perlu berdoa. tak kisah la kat mana-mana pun. Sedang driving pun boleh berdoa apa.


Jujurlah saya katakan.. saya sendiri pun leka dan lalai. Saya jarang letakkan Allah di tempat pertama dalam hati saya. Bila sakit, bila susah baru ingat kat Allah. Bodohnya saya.. bodoh dan jahatnya saya pada pencipta saya sendiri. Sedangkan Allah dah beri saya macam-macam. Masa zaman saya bercinta dulu la.. dulu-dulu la. saya memang letakkan manusia first dalam hati saya. Bila mereka-mereka ni mengecewakan saya, saya pun terluka.. dan terlahirlah perasaan benci dan dendam yang akhirnya saya sendiri yang menyakiti diri sendiri. Padahal, kalau kita utamakan Allah.. Allah takkan pernah kecewakan kita sekalipun. PERCAYALAHH WEHH! based on thruth story la.. janganlah terlalu memuji kebaikkan manusia pada manusia lain hingga kita lupakan kebaikkan pencipta kita Yang Maha SEGALA-GALANYA.

Nak puji, tak salah.. SMS kan ada. Takpun puji depan-depan pasangan korang tu. tak payah nak hebohkan satu dunia betapa baiknya dan romantiknya laah pasangan korang.. sebab perasaan tu Allah yang bagi. Nanti bila perasaan tu allah tarik balik, mesti ada yang mencemuh pasangan sendiri sedangkan dalam islam kita patut menjaga aib pasangan masing-masing. betul tak ?

Macam cite Mah ni, mungkin kita nampak 100% salah suami dia yang memang BERSALAH pun. hahaha.. tpi mungkin kita tak perasan Mah sendiri pun banggakan suami dia kan? so, as hamba Allah yang tak berapa sempurna ini janganlah terlalu bahagia dengan romantiknya dan baiknya pasangan korang. Harini mungkin, esok lusa kita tak tahu ?





Bersabarlah wahai manusia, kerana bersabar itu indah bila kita meletakkan Allah swt dalam kehidupan kita.

Bila kita utamakan Allah dalam perkahwinan kita, mungkin kita takkan buat bende-benda pelik yang bakal menyakiti hati pasangan masing-masing. Lebih baik kan sakit dengan kebenaran, sekurangnya kebenaran itu la yang akan menyedarkan kita dari kita bahagia dengan penipuan yang akan merosakkan hati dan jiwa kita. Mungkin sukar.. pada saya pun sebenarnya bukanlah seorang yang mudah memaafkan manusia. tapi in sha allah saya akan cuba memaafkan sebab saya taknak hidup dalam keadaan membenci dan berdendam. Syaitan akan lebih mudah menghasut bila hati kita terdapat bintik bintik hitam yang merosakkan seluruh jiwa raga kita. Masha Allah.
Jadi, saya berserah.. saya meletakkan perkahwinan saya kepada Allah swt dan saya berdoa supaya kebahagiaan ini kekal hingga syurga. Dan untuk korang-korang juga yang baru berkahwin or dah lama kahwin or yang belum kahwin.. Janganlah terlalu memuji manusia. dan terlalu banggan dengan pujian pun bahaya jugak ni. Takut jadi riak.. astaghfirullahalazim.
Jauhkanlah hati ku dari semua ini.
In sha Allah. Amin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis