Bissmilahirahmannirahim..
Minta maaf awal awal dulu. hehe
Kita ni, dalam hidup seharian memang patut kene tarbiah. Tarbiah apa ? tarbiah untuk kita menjadi lebih bersyukur, beriman dan bertaqwa pada Allah swt.
As awak-awak semua yang dilahirkan sebagai Muslim yang beriman dan beragama Islam. Bersyukur laa.. kerana syurga memang dijadikan untuk orang yang islam yang beriman. Jadi pilihan di tangan kita. Seharusnya kita patut buat banyak banyak kebaikan atas muka bumi ni untuk kumpul pahala kita supaya dapat masuk ke syurga. Ramai sangat saya lihat Umat Muhammad ni terleka dan ramai yang dah tersasar jauh dari agama. Nauzubillahiminalzalik..
Saya ..
Jika dulu, allah tak berikan ujian yang besar mungkin sampai ke harini saya takkan sedar dan masih terleka. Walaupun sekarang pun kadang-kadang saya terleka dengan duniawi. Sementara berpeluang masih sihat ni marilah ramai-ramai beribadah kepada Tuhan kita yang satu itu. Jadi saya malas la nak taip panjang lebar sementara Hanif tengah tido ni kan. hahahha Dengar lah saya share dua video dari Ustaz Azhar.
Ujian dari Allah swt sebenarnya untuk kita jadi lebih bertaqwa dan beriman. Untuk kita menjadi manusia yang sabar menghadapi dugaan.. kerana Allah rindukan rintihan kita. Mengadulah padaNya. kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, yang Maha Pengasih. Carilah ilmu akhirat cukuplah terleka dengan duniawi.. Zaman kita pun tak lama, tak tau la macamana caranya kita mati ni nanti. Allahuakbar.
0 comments:
Post a Comment