Wednesday, September 10, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah ke hadrat Illahi..
Putera sulung ku selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 3.09kg
Estimate awal di klinik kesihatan adalah 2.8kg, lepas last minute checkup estimate berubah jadi 3.09kg. Memang sangat WOW!


Pengalaman bersalin ?

Seram.. tp nak taknak kene hadap. Masa sakit contraction semakin dekat tu la azab dia. Sampai hampir giveup. Itu sebab suami perlu ada di sisi isteri untuk beri semangat. Memang dah nak putus asa.. subhanallah. Allah saja tahu ketika tu. Baru tahu macamtu la perasaan ibu kita semasa lahirkan kita.



Lepas belajar pernafasan menggunakan gas Etonox. Rasa mengantuk nak tido, mujur ada gas tu. contraction datang je cepat-cepat sedut sampai jadi mamai. Lepas Dr pecahkan sendiri air ketuban dan masukkan ubat berak. Makin pendek contraction tu, tapi masa tu rasa nak berak je. Bantuan perasaan nak berak tu jugak la beri semangat nak teran baby keluar sampai Dr sendiri yang gunting 'ehem' kita tu. Lepas je kepala baby, baby keluar laju dengan air ketuban.. Ya Allah, masa tu perasaan lega umpama melepaskan beban yang kita pikul. Terasa kosong perut. Allah saja lah yang memahami nya.. Syukur sangat bila tengok baby cukup sifat sihat dan comel..

Oh, kita bersalin di Hospital Pantai Melaka. Kita suggest kat awak-awak yang nak cari gynea, carilah Dr. Tan Geok Kee. Dia sangat-sangat sporting and support korang yang nak deliver normal.

Ok itu saja. sekian, wabilahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum waramatullahiwabarakatuh. hihi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis