Assalamualaikum..
Izinkan kita mohon maaf terlebih dahulu..
Memang setiap orang impikan perkahwinan yang indah.. yang kekal abadi. Tapi kita memang manusia yang hanya mampu merancang.. selebihnya hanya Allah swt sahaja yang mampu menentukan.
Doa dan tawakal kepada Allah. Itu sahaja yang mampu kita lakukan untuk keharmonian rumahtangga kita kekal sampai bila-bila.
Sejujurnya, kita katakan perkahwinan ni umpama sebuah perjudian hidup. Bergantung juga pada nasib dan rezeki seseorang tu. Ada yang Allah kurniakan mereka pasangan yang baik saling tolong menolong, romantik ada juga yang sebaliknya..
Semua tu Allah yang tentukan.. kita sebagai hambaNya sentiasa lah bersujud dan berdoa kepadaNya. Perjalanan hidup masih panjang.. akan datang kita tak tahu apa yang bakal berlaku.
Ada pasangan yang diduga dengan bermacam-macam ujian dan akhirnya mereka bahagia sampai bila-bila. Ada pasangan yang awal-awal bahagia tapi di duga pula di kemudian hari. Dan lain-lain lagi dugaan perkahwinan yang Allah turunkan. Jadi, sebelum anda anda dan anda mahu mendirikan masjid anda iaitu berkahwin. Fikirlah sedalam-dalamnya sebab tak mahu menyesal nanti dikemudian hari.. Jangan bertindak ikut nafsu dan perasaan. Waktu tu syaitan memang banyak yang menghasut. Istikharah lah selalu minta petunjuk pada Allah swt.
Wife ex-bos kita dulu masa kita nak kahwin dia pesan satu ni kat kita. "Sabar". Itu saja kunci untuk rumahtangga bahagia.. Betul, sabar itu indah. Memang mula-mula nak bersabar tu memang susah sangat, kadang-kadang pun tewas juga tapi harusss sangat tingkatkan kesabaran kita ni di tahap yang paling tinggi.. Allah takkan uji hambaNya jika mereka tak mampu. Jadi, bersabarlah sabariah dan sabarudin sekalian. kekeke.
Selain tu, salinglah improve kan diri masing-masing. Berubahlah menjadi yang terbaik buat pasangan masing-masing. Kalau ada buat salah mengaku kesalahan.. dan sentiasa memberi peluang kepada pasangan untuk berterus terang. Ingatkan tentang tanggungjawab masing masing. Bila bergaduh, salah seorang haruslah mengalah.. Belajarlah memaafkan pasangan kita dan beri dia peluang untuk perbetulkan kesalahannya. Walaupun berat hati untuk berbuat begitu, tapi fikir lah setiap ujian yang Allah beri pasti akan ada hikmah disebalik kejadian.. pasti akan ada ganjaran untuk orang yang bersabar kan. Serahkan semuanya pada Allah, yakin padaNya In Sha Allah DIA takkan pernah kecewakan kita..
Selain tu, jaga aurat jaga diri dan jaga pergaulan.. dan simpan lah kemesraan kita hanya untuk kita bukan menjadi tatapan orang lain.. okla, setakat ni tu sajalah yang mampu kita curahkan. Setiap orang dugaan dan ujiannya berbeza, persiapkan lah diri.. dan jangan pernah lupa pada DIA yang satu Allah yang maha mengetahui..
Adios Amigos !
Assalamualaikum..
Sebenonyer lama nak update. Tapi semenjak dah ber anak ni. ahahaha faham-faham la.
Tapi sebab nak share pengalaman jadi ibu ni kan.. kita curi-curi la masa jugak.
Kenapa dengan Oren ?
Oren ni banyak khasiat.
Actually kita pun dapat suggestion dari kawan kita. Lepas bersalin memang potensi kene jahit tu memang 99%. Depends pada orang rasanya. Ada yang deliver normal tapi tak kene gunting or terkoyak ke. hahahaha!
Benda paling seram dan trauma tak hilang lagi ni. kekekekeke.
Kawan kita suggest kan minum Sunquick Orange. sebab, khasiat buah orange ni dapat cepatkan proses menyembuhkan luka jahitan tu.. Kita punya luka tak ingat berapa lama baik tapi kira cepat jugak la dia cantum. Sepanjang luka tu sekali je kita tengok.. lepas tengok kepala berdenyut-denyut. hahahaa
Tapi memang berkesan, nanti siapa-siapa lepas bersalin tu minum la Sunquick Orange Suam. Janganlah minum ais.. air dari peti ais pun cuba elakkan.. TAHAN BEB TAHAN!!! hihi
Bye Jumpa lagi!
Bismillahirrahmanirrahim.
Kita meminta hanya pada Allah swt sahaja. Kerana dia yang mampu memberi apa yang kita inginkan.. bukan percaya pada petua orang dulu dulu. Betul, tak ada yang dulu takda la yang baru.. tapi tak semua petua-petua orang lama ni kita boleh guna.. sebaiknya, kita perlu mohon dan minta pada Allah swt lah kan..
Haritu, kita tengok insta kakfynn. Dia ada bagitau yang dia amalkan ayat terakhir surah Ali-imran kat Juna. Jadi, kita google la surah tu.. nak dipraktikkan pada Hanif supaya dia mendengar kata. Jumpa lah doa-doa ni.. jadi tak salah kalau kita kongsi kat korang. Selamat mencuba ya!
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Bacalah ayat ni semasa kita memasak atau hembuskan pada makanan supaya ianya dapat melembutkan hati anak-anak kita.. (boleh guna untuk suami jugak tak ? hihi)
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku degan menyerah diri (beriman dan mematuihi ajaran agama allah)."
Ayat ni untuk anak-anak yang tidak mendengar kata atau tak hormat kepada ibu bapa atau sebagainya. Baca ayat ini dan hembus ke arahnya atau hembus ke muka nya secara berdepan.
- Surah As-Syura : Ayat 19.
"Allah Maha lembut terhadap hamba-hambanya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
Ayat ni pun untuk anak-anak yang degil tapi boleh juga mohon untuk lain-lain seperti lembutkan hati suami. Bacalah 19 kali tiup dalam minuman atau tiup ke atas ubun-ubun, jika orang itu jauh bacalah selepas solat sebanyak 19 kali dan niatlah kepadanya.
Solat juga jangan lupa, dan semoga amalan kita sentiasa diterima Allah dan diberkati dunia dan di akhirat. In sha allah
Alhamdulillah ke hadrat Illahi..
Putera sulung ku selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 3.09kg
Estimate awal di klinik kesihatan adalah 2.8kg, lepas last minute checkup estimate berubah jadi 3.09kg. Memang sangat WOW!
Pengalaman bersalin ?
Seram.. tp nak taknak kene hadap. Masa sakit contraction semakin dekat tu la azab dia. Sampai hampir giveup. Itu sebab suami perlu ada di sisi isteri untuk beri semangat. Memang dah nak putus asa.. subhanallah. Allah saja tahu ketika tu. Baru tahu macamtu la perasaan ibu kita semasa lahirkan kita.
Lepas belajar pernafasan menggunakan gas Etonox. Rasa mengantuk nak tido, mujur ada gas tu. contraction datang je cepat-cepat sedut sampai jadi mamai. Lepas Dr pecahkan sendiri air ketuban dan masukkan ubat berak. Makin pendek contraction tu, tapi masa tu rasa nak berak je. Bantuan perasaan nak berak tu jugak la beri semangat nak teran baby keluar sampai Dr sendiri yang gunting 'ehem' kita tu. Lepas je kepala baby, baby keluar laju dengan air ketuban.. Ya Allah, masa tu perasaan lega umpama melepaskan beban yang kita pikul. Terasa kosong perut. Allah saja lah yang memahami nya.. Syukur sangat bila tengok baby cukup sifat sihat dan comel..
Oh, kita bersalin di Hospital Pantai Melaka. Kita suggest kat awak-awak yang nak cari gynea, carilah Dr. Tan Geok Kee. Dia sangat-sangat sporting and support korang yang nak deliver normal.
Ok itu saja. sekian, wabilahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum waramatullahiwabarakatuh. hihi