Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Harini saya nak kongsi Rahsia masak Pasta tanpa gunakan preggo. Ok nak list kan bahan-bahan dia dulu.
Bahan:
- Pasta
- Minyak masak
- Tepung Gandum
- Bawang Putih & Bawang Merah
- Tomato / Cili Merah / kedua duanya
- Susu Segar / Susu Cair
- Cheesedale
- Sayur Brocoli (kalau takde letak jela sayur apa apa hahaha)
- Air
- Garam
- Rencah : ayam atau daging, pilihan.
Cara Masak pulak:
- Rebuskan pasta dahulu, toskan dan letak tepi sat.
- Panaskan kuali, saya biasa guna olive oil kalau masak pasta tapi minyak lain pun sokeh. :D
- Masukkan daging atau ayam goreng kejap..pastu masukkan bawang merah yang dah dipotong dadu tumis kejap dan tumis bawang putih yang dah ditumbuk halus juga cili yang dah dihiris.
- Letak garam secukup rasa.. agak agak warna dah oren oren tu masukkan tepung gandum satu sudu besar.
- Masukkan susu segar sikit kacau rata dan letak Cheesedale.
- Kalau macam pekat tambahkan air sikit.. kacau kacau masukkan pasta yang dah direbus tu.
- Masukkan Sayur-sayur dan tomato dah dipotong dadu. Kalau rasa macam pekat lagi tambahkan air lagi sebab nanti dia akan kering kalau dah sejuk.
- Dah siap boleh hidang dan makan..
0 comments:
Post a Comment