Assalamualaikum kalian semua.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Uishh bestt jugak la kalau sume benda ni boleh buat kerja sendiri kan.
Serius la, memang letih yakmatt duduk rumah jadi fulltime housewife ni.
Orang kata,... alah duk rumah je pun bukan buat apa kan..
perghh.
i kenot go this word anymore.
K, Sebenarnya ada satu masa tu duduk rumah pun tak sempat nak rest tau. Bangun pagi dah kene pikir nak masak breakfast apa. Mujur la kalau suami tu jenis buat breakfast sendiri.. lepastu nak hangkut kain baju masuk mesen basuh. Hari-hari lak tu baju menimbun dengan baju anak tu kejap kejap nak tukar.
Rumah bersepah? tu biasa.. lagi-lagi bila ada anak kecik ni. Kita kemas area sini, dia dah sepahkan area lain.. kadang bila jadi letih sangat tu mula lah emosi dan transform jadi harimau ke singa ke takpun hulk jadian.
Suami tak faham, dia tahu balik rumah mesti kene kemas.
Kadang, dalam sehari ni.. dari pagi time budak-budak ni tido laju-laju la buat kerja rumah ni. menyapu, mengemop.. diorang dah bangun habis berselerak.. lantaklah. tengok jam nak petang baru kemas cepat-cepat. Bayangkan hari-hari kene buat gini. Ingat badan tak letih ke??
Dulu saya stress jugak tengok ibu saya yang duk mengasuh anak orang ni, balik kerja rumah bersepah.. mana sempat nak kemas lagi.. Lepas dah ada anak sendiri ni baru saya faham perasaan ibu kenapa rumah sampai tak terurus. So saya cuba manage time saya semampu habis. Bila balik rumah ibu, saya menyapu dan mengemop, kemas dapur dan kain baju semua. Kalau dah tak larat sangat tu memang saya biarkan jela.. lepastu tahan telinga la kene bebel kan.. walhal memang kita nak buat tapi kita tak larat. kahkah.
Tu belum tengok kain baju, yang kotor yang bersih.. semua wife yang kene buat. Baju kotor tergantung sana, tergantung sini.. yang baju bersih nak jemur, nak angkat bila dah kering lepastu kalau ada baju yang perlu digosok kene asingkan untuk gosok pula.
Hat pinggan mangkuk pun sama. Lepas masak kene kemas, dah makan pun kene kemas.
Ustaz, ustazah kata dalam rumahtangga kene ada teamwork kan.
tapi teamwork macamana dah kalau semua kerja pass kat wife.
Belum lagi kisah anak berak, anak nak mandi, anak nak makan.. semua pass ke wife yang kene settelkan.
Barang tak jumpa, panggil wife mintak tolong carikan.
Korang rasa, semua ni isteri boleh tanggung sorang ke? dah kalau semua benda isteri je kene jawab kene pikul.. mau tak meroyan, emosi bagai. Time tu lah mula start garang dengan anak-anak. Padahal memang tak terdetik pun nak layan anak-anak macamtu tau!!!
Ada tu wife yang kerja lagi, i dont know how they manage their time. dengan anak, dengan kerja.. sebab wife ni kesian, dah la dalam family tu husband sorang yang keluar cari nafkah.. sebab wife tahu husband letih kerja dari pagi sampai petang, tapi husband macamana? ada rasa kesian kat wife tak yang seharian bekerja kat rumah dengan layan kerenah anak-anak yang kejap elok kejap tantrum tu?
No wonder banyak percentages surirumah sepenuh masa yang boleh kene tekanan mental..Mana tak nya semua kerja sub ke wife, lagi-lagi wife yang bekerja. half day dah kerja, balik rumah kene kerja di rumah pula.. nak urus anak lagi, sampah dalam rumah lagi, kain baju lagi.
Pelik je kan suami boleh tutup sebelah mata tengok isteri bekerja sorang kat rumah ni.. Mana pergi teamwork nya ntah?
Kalau suami isteri tu kerja jenis berkemampuan takpe boleh upah orang datang kemaskan rumah takpun upah orang gaji.
Saya melihat sekeliling yang berlaku.. Ada rumahtangga dia redup je, sejuk je mata memandang.. sebabnya mereka suami isteri teamwork sama-sama. Isteri masak, suami tolong basuh pinggang kemas dapur.. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan baju ataupun tolong gosokkan baju.. tengok anak-anak diorang macamana, semuanya berjaya.. sebab didikan yang baik hasil dari mak ayah yang baik, semua tu perlu dipelajari dari rumah mereka sendiri. Anak - anak tengok apa yang ibubapa mereka lakukan, mereka jadikan kita ni sebagai contoh mereka.
Ada tu, sampai isteri lari tinggalkan rumah tinggalkan anak-anak sebab tertekan. Lagi tertekan bila anak-anak buat perangai.. rasa tertekan kalau sampai tahap tak ingat tuhan tu jadilah banyak kes-kes mak dera anak kan. Walhal, kita tau takde seorang mak pun yang nak pukul dan dera anak-anak diorang.. haiwan pun tahu sayangkan anak tau. Tapi yang betul-betul buang anak tu, mungkin Allah dah hilangkan perasaan belas dan kasih sayang dia terhadap anak dia kot.. Nauzubillah mintak dijauhkan la gitu.
Setiap hari bangun dengan azam hari ni aku nak buat dengan lebih baik.
Setiap hari berdoa, mudahkan lah urusan ku ini.. elokkan lah perangai anak-anak ku harini.
Nak bekerja dari rumah pun fikir banyak kali, mana tak baru nak start buat kerja si abang dah nangis nak itu tak boleh buat.. baru nak mula masak, si adik menangis sebab abang tak bagi join dia main. Macamana lah mereka yang berjaya tu boleh manage masa mereka kan? Proud of them!
Honestly, saya rasa wife yang bekerja walaupun penat tapi at least mereka ada masa untuk diri mereka sendiri. Contohnya hari jumaat, rehat panjang kan? boleh kuar gi window shopping lagi.. alone without the kids! ataupun dengan colleague, seronokk kan camtu? lepastu balik rumah dah pening plak hahhaa..
Tu belum cerita kewangan lagi, jadi fully housewife ni tengok orang pakai barang cantik yang baru kita pun nak jugak tapi sebab kita tak mampu kita pejamkan mata jela. Hope ada rezeki masa lain ke kan.. tapi bila keluar kononnya nak beli barang untuk diri sendiri, last-last barang anak je lebih.. hahahahaha.
Actually, saya bukan merungut.. tak. saya bersyukur sangat sebab saya dapat peluang mengasuh dan menjaga anak saya sendiri. Tapi ni cerita untuk bagi orang faham.. kita duduk rumah bukan duduk saja-saja. Banyakk kerja kita nak buat, lagi-lagi datang idea nak deco rumah lah, nak try masak resipi baru lah.. semua tu kita nak buat tapi kadang banyak halangan.. yelah, bukan semua kerja tu senang.. kerja kan tak pernahnya habis. Cuma nak bagitau kat orang je, Hargai lah wife korang yang sanggup korbankan segalanya semata untuk keluarga yang dia sayang ni.. Jangan tanya kenapa wife kite berubah, dulu lemah lembut sekarang garang macam rimau.. sebab LETIH tau takk.. LETIH SEMUA BENDA KITA KENE JAWAB DAN KENE BUAT.
Jadi as wife jugak, bersabarlah.. jangan lah merungut dan membebel sampai buat orang lain terasa seperti beban pula.. Keep our words, jangan sampai Allah terkabulkan kata-kata kita tu plak. Satu hari tu kadang ada masa kita rasa tertekan yang teramat sangat lepastu meletup, kesian kat anak-anak jadi mangsa lepasan bom tu kan.. tapi lepastu menyesal sebab terlepas bom tu kat diorang yang tak faham apa-apa. Jadilah sesi mintak maaf nangis-nangis peluk cium lak tu..
Setiap hari kene peluk cium anak-anak tau walaupun hari tu kita ada termarah dia... Pelukan ni therapi jiwa jugak.. tu sebab husband kene selalu peluk wife sebab wife akan tenang lepas dipeluk..
hehe..
Share video Prof. Dr Muhaya ni semoga dapat menjadi inspirasi kepada kita.
0 comments:
Post a Comment