Wednesday, September 7, 2016

Hijrah dan Istiqomah




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.







Benarlah bila orang berkata...hijrah itu sebenarnya mudah.
Istiqomah itu yang susah.
Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.


Mengejutkan?

Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.

Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.
Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat...daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.
Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.


Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.
Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.

Fokuskan pada yang positif.
Fokuskan pada yang membina.
Fokuskan pada yang ikhlas.

Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.
Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.
Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.

Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.
Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.

Tetapi itulah manusia.
Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah...bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.

Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.
Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah.
Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah...bertaubatlah. 

Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.
Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
Daripada bekas model P*****y ini.

Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.

** Officially dari Raisaa Rania **
****

Setuju dengan Rania. Betul.. nak hijrah memang senang.. tapi nak istiqomah tu susah.
Istiqomah solat awal waktu, istiqomah solat dhuha dan tahajud, istiqomah jaga mulut.
Semuanya bukan benda senang.

Semua orang terkejut dengan keputusan mereka ni dan saya sangat sedih dengan mereka.
Masih lagi mengejar dunia dan mengaku kalah di pertengahan jalan.
Sebab mereka-mereka ini masih lagi melihat dunia sebagai syurga..
dan tak cuba lari darinya..
tak salah kejar dunia tapi kene seimbang dengan akhirat..

Kalau korang niat nak berubah, cuba cari kenalan baru.. kenalan yang mengajak ke arah kebaikkan.
yang sentiasa menasihati supaya tinggalkan perkara dosa..
kawan lama cuba elakkan dari berjumpa, sebab kalau jumpa boleh buat korang terjerumus balik.
so kurangkanlah dari berjumpa.. elakkan dari terima ajakan mereka untuk berbuat dosa.
cuba nasihatkan diorang dengan baik.
Diorang nak terima atau tak itu hak diorang sekurangnya awak yang nak berubah tu dah nasihatkan untuk dia.

Kurangkan menunjuk diri korang ke dalam media social, contohnya segi pakaian korang.. apa yang korang sedang buat ke.. nak elak dari mulut-mulut c***** manusia ni baik tak payah tunjuk benda-benda yang boleh buat orang salah faham.. contohnya, korang selfie kat atas meja ada kotak rokok dan kotak rokok tu bukan korang pnya tapi kotak tu memang depan korang.. dari timbul orang fikir buruk baik koran takyah upload gambar tu. simpan untuk diri sendiri je.


Sebenarnya nasihat ada yang diberi dari orang lain kepada kita. kadang kita tak sedar..
bila sampai satu tahap kita kecewa baru akan timbul rasa menyesal sebab tak terima nasihat tu.
(ini benda betul tau)
Allah swt tak kejam.. dia sayangkan kita. sayang sangat-sangat. walau kau masih ingkar perintah Dia, masih lagi Dia berikan kau bernafas, masih mampu makan dan minum dengan bahagia. Mampu ketawa dan berjalan sakan.. Setiap masa, Allah swt menghantar teguranNya kepada kita melalui pengantara. Antaranya manusia lah.. Manusia yang cuba nasihatkan kau.. yang cuba beri teguran ke kau.. sama ada cara dia lembut atau kasar jela.. Itu atas kau nak terima ke tak. kalau taknak terima, kau terima la akibat selepas tu.

Contohnya, video viral pakcik mengamok marah budak 4 tahun tu. Kalau dah banyak kali asek kene baling ke kereta ngan mangga tu tak ke boleh hilang sabar? dan atas kekasaran pakcik tu menegur anak dia tu sedikit sebanyak memalukan emak dia jugak la sebab budak 4 tahun ni dah pandai cakap, pandai buat apa-apa la should be dia as parents tu tegur anak dia tu. Larang anak dia dari buat benda yang mendatangkan kemarahan orang lain.. Dah kalau lebih 3 kali pakcik tu kene dah sah-sah la dia tu biaukan anak dia membaling benda tu ke kete pakcik ni. Failed nya dia yang silap didik anak.. pulak tu siap suruh anak sulung record video tu. Contoh apa dia bagi kat anak dia ni? patutnya anak dia salah dia pukul la berpada-pada anak dia tu depan pakcik tu.. setakat dia mintak maaf nanti saya ganti, kau rasa kau mampu nak ganti ke kalau kerosakan tu makan cost beribu-ribu?? kalau tak mampu nak ganti jagalah anak awak tu baik-baik. Tunjuk dia akhlak yang baik.. kita as parents ni sebenarnya banyak belajar dari anak. Kadang dari anak pun Allah sampaikan teguran kat kita. Samaada kita sedar dengan tak jela.


Hmm. takpelah. semoga mereka-mereka ini semua berbahagia.
Bila one day akan tiba saat mereka dikecewakan seteruknya, harap mereka tak lupa yang Allah swt tu sentiasa ada.. saya doakan supaya mereka tak tinggalkan Allah jela..
Ada tu sampai jadi murtad sebab tauhid dia lemah dan berubah bukan sebab Allah swt.

Kita pun sama juga. Jangan sebok nak hentam manusia yang berbuat dosa sedangkan kita juga ada melakukan dosa -- antaranya tak cukup sempurna tutup aurat tu -- aurat wanita ni perintah Allah swt yang kita nak atau tak kita kene la patuh jugak.

Patuh suruhan tutup aurat,
patuh solat lima waktu di awal waktu,
patuh pada semua perintah yang Allah swt bagi.. semua benda kita jaga dengan Allah swt inshaAllah Allah juga akan jaga kita sesama manusia. 

Saya juga seorang pendosa, saya pernah berbuat dosa tapi dosa saya alhamdulillah Allah masih tutup dan takde siapa pun tahu dosa-dosa saya pernah buat dulu. Sentiasa jaga dan kawal diri dari mencari kesalahan orang lain, bongkar aib orang lain sebab aib kita Allah masih jaga.. nanti sampai satu masa Allah swt nak tunjuk dia bukak semua jangan kita yang terjatuh dan takut nak bangkit balik je.

Hidup ni kan beroda.
Semoga kita sentiasa istiqomah dalam kebaikan.




Sebelum korang beredar, tengokla video ni sekejap. semoga dengan video ni dapat menigkatkan dan mengekalkan iman korang untuk istiqomah dalam kebaikan.

Thanks for reading.


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis