Assalamualaikum kalian semua.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
-------
Masyarakat kita ni sama laju dengan berita-berita dalam TV ni.
Ada je benda yang berlaku, terus sebarkan..
terus laju tekan butang SHARE.
Menghentam orang yang bersalah seakan diri tu tak pernah buat salah.
Kalau kisah-kisah macamni, laju je nak diVIRAL kan..
tapi nak dakwah orang kenal Allah, ikut Allah tak pulak jadi viral kan??
Tolonglah ubah diri kita dulu, tak perlu nak cakap pasal kesilapan orang lain.
Apa yang jadi kat orang lain bersyukurlah sekurangnya benda tu tak berlaku atas diri sendiri.
Saya pernah jadi mangsa viral, tapi masa tu tak kena viral kat FB pun dalam blog jugak.
puncanya sebab saya copy url image dia instead of save as dan upload.. n dalam entry saya tu adalah cerita tentang lakonan aaron aziz pujaan blogger tu, habis di print screennya blog saya dan buat entry untuk kutuk blog saya tak semena segala isi blog saya juga dikutuknya dalam comment blogger tu oleh kawan-kawan dia. down memang down sangat. punca sebab url image je pun, and katanya url tu nanti akan effect bandwith website dia la. First of all, saya tak tau akan effect bandwith and nak mudahkan kerja saya tak tau pulak ada effect pada bandwith orang yang upload gambar tu. so nak tegur, guna cara elok, masa tu blog saya ada header ada email address lagi. Kalau tak suka, saya boleh delete gambar tu and save as semula..
Kesimpulannya, manusia tak kan tak pernah tak buat salah. sedangkan Nabi Muhammad saw yang maksum tu pun solat taubat hari-hari.. inikan kita yang bukan Nabi??
Ok point saya sini, isu kahwin hantaran tinggi-tinggi ni nak gi mana?
Kahwin kalau bukan sebab agama dan tuhan, takkan gi jauh pun.
selagi tak letakkan Allah swt tempat paling teratas, takkan rasa lah bahagia kahwin tu sampai bila-bila..
honestly, rumahtangga mana yang takde pergolakkan kan. sedangkan lidah lagi tergigit, nikan pula suami isteri. Jadi, setiap sesuatu yang terjadi atas diri kita. cerminkan diri kita dahulu sebelum mengata kesilapan orang.. sabar dan sabar. sebab kadang kita tak sedar kesilapan kita dengan Allah swt. contohnya, tak cukup solat 5 waktu ke.... tak tutup aurat dengan sempurna ke.. tak ikut cakap ibu ngn ayah ke atau tak dengar cakap suami ke.. menipu orang ke, curi duit orang ke, mengumpat dan mengata orang ke.. benda nampak kecik, tapi hakikatnya itulah dosa besar sekali..
Dan
Nasihat saya, pada orang perempuan yang sedang mengalami masalah rumahtangga. Ubah la diri dulu jika mahu suami anda berubah.. dan titipkan doa-doa supaya suami anda berubah.. lebih-lebih lagi jika si suami masih lagi mempunyai seorang ibu, mohon ibu beliau mendoakan sekali.. kerana doa seorang ibu adalah doa yang no 1 Allah akan makbulkan. Tak percaya?? cuba dulu..
dan sebelum tu, perbaiki diri kita, tutup aurat dengan sempurna. Jangan pamerkan kecantikkan kita untuk tontonan lelaki lain. Utamakan solat! lagi afdal awal waktu.. rajin lah baca Al-Quran.. dan selalu lah pergi Majlis-Majlis Ilmu.. kerana ketenangan kita berada di situ. Dan mudah untuk kita berubah bila kita mintak pada Allah swt.. inshaAllah dia akan bantu kita dia akan beri kita jalan.
wallahuaklam.
0 comments:
Post a Comment