Assalamualaikum kalian semua.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Tak semua benda kita perlu share. Lagi lagi zaman sekarang, zaman fitnahtuldajjal..
dan zaman viral. huhuhu.
Nak post gambar family, tak salah pun.
Nak post gambar anak, tak salah pun.
cuma
janganlah keterlaluan sangat..
selang seminit upload..
walaupun itu akaun anda sendiri.
apa-apa benda yang boleh menimbulkan fitnah, tak perlu la share / upload.
contohnya,
Selfie masa lepak minum kat atas meja ada kotak rokok, tapi kita tak merokok.. bila ada somebody komen tegur pasal rokok tu kita melenting dan marah dia balik.. sedangkan, gambar tu menimbulkan fitnah dan tak perlu nak ditunjuk.. tak tunjuk orang tak tau.
Lagi satu,
kita selalu post perkara-perkara yang berkaitan hati kita, contohnya pasangan berkahwin yang sedang mengalami krisis dan si isteri pula post artikel untuk suami atau post luahan hati.. walaupun orang tak tahu tapi orang akan dapat agak benda ni..
Diri kita ni ada dua situasi. Situasi pertama yang berkemampuan dan yang tak berkemampuan.
Masa kita berkemampuan, jangan selalu sangat menunjuk kemampuan kita ni.. sebabnya kita tak tahu masa bila kita akan jadi tak berkemampuan. So, bila kita berada dalam saat tak berkemampuan nanti akan rasa satu perasaan yang kesal atau sedih. faham tak?
contohla, memula kawen seronoknya hari-hari posting hal ehwal rumahtangga yang bahagia. suami / isteri tu sweet ke romantik ke.. then suddenly, your spouse wat hal.. curang ke apa la.. masa tu rumahtangga dah kurang happy dah.. so that time akan tengok pula pasangan lain yang baru kawen posting kebahagiaan diorang.. masa tu akan timbul rasa sedih, kesal or etc-etc. dan mula la buat status menyindir orang lain ke what so ever..
Lepastu, kalau jadi satu satu benda.. jangan berpihak pada satu pihak saja.
selidik dua dua pihak.
dengar cerita dari kedua dua pihak, bukan dengar pada satu pihak lepastu backup melebih lebih.
Jadi bersederhanalah dalam kehidupan kita ni.
Kita ni Allah kurniakan akal untuk berfikir, dan agama sebagai pembimbing.
kalau guna logic akal je tanpa terima agama, terpesong jugak akidah tu.
sebab tu hidup kene ada agama dan faham agama..
Lagi lagi agama islam, agama yang benar!
Jadi marilah sama-sama kita mencari ilmu agama..
tak perlu bayar, cuma perlu hadirkan diri di kuliah-kuliah agama je.
Al-quran pun sekarang dah ada yang terjemahan..
kalau tak faham terjemahan, boleh cari kelas yang menerangkan tentang kitab-kitab al quran.
bayaran pun tak semahal bayaran perlu belajar kat Universiti tu ok..
tu saja.
sekian.
*saya dulu pun pernah buat silap, tapi kalau dibiarkan kesilapan tu tanpa lihat dan cermin diri sendiri memang sukar untuk berubah.. dan alhamdulillah, semakin kita dekatkan diri dengan Allah swt, Allah akan pelihara diri kita dari melakukan perkara-perkara fitnah.. satu lagi, walaupun ada antara kita yang solat tak tinggal, rajin puasa sunat dan masih lagi buat perkara-perkara fitnah ni cubalah semak semula amalan kita.. dan sebab mengapa kita masih lagi tak tenang sedangkan dah solat dan lain-lain.
Allah subhanawataala sangat sayangkan kita bila dia pelihara AIB kita, kenapa pula kita yang nak tunjuk AIB kita pada orang? kan..?
wallahualam.
0 comments:
Post a Comment