Tuesday, December 1, 2015

Tips hantar anak kepada Pengasuh.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 
 
Zaman sekarang ni nak hantar anak ke pengasuh agak susah.
Dengan bayaran yang mahal lagi..
Pastu, jadi mimpi ngeri ibu bapa pulak bila banyak berlaku kes kes dera
kanak-kanak dari rumah pengasuh.
 
Kesudahannya,
ada emak yang sanggup berhenti kerja semata mata nak besarkan anak.
macam sayalah! kihkih.
nak minta ibu ayah kita jaga pun kita tak sampai hati.
dah la mereka penat membesarkan kita, kita pulak minta mereka jagakan anak kita.
Walaupun kita bagi duit banyak mana pun kat mereka, ingat tau mereka bukan orang gaji kita..
 
Memang mulut mereka kata tak kisah. hakikatnya?
 
botol susu anak pun cuci tak bersih.
rumah pun tak sempat kemas, 
anak baru membesar dikutipnya sampah-sampah masuk ke mulut.
mandikan anak pun masih ada lagi daki-daki di badan.
kita tahu mereka tak larat, tapi mahu juga dibuat.. kesudahnnya.. tak puaskan hati kita.
sebab apa-apa jadi kat anak kita yang tanggung kan?
so baik kita sendiri yang jaga.. sebab dalam islam pun memang itu tanggungjawab seorang ibu.
Ayah pun sama, tapi extra la sikit sebab kene cari nafkah utk keluarga.
 
Jadi,
 
pada ibu ayah yang terpaksa bekerja dannn hantar anak ke pengasuh / mak ayah tu.
Sila amalkan beberapa tips ini..
 Sekadar berkongsi, ini dari pengalaman saya memerhatikan orang.. hihi
 
Pertama:
Bila anak dah besar tu, sila lah mandikan dulu anak tu sebelum hantar ke pengasuh. Waktu dia baby tu takpe lagi. Dia tido je kan.. hantar ke pengasuh pun tido lagi. tapi kalau anak tu dah jenis memang morning person sila lah mandikan siap-siap..
 
 
 
Kedua:
Kalau ada bekal ke sarapan ke untuk anak tu bawak juga la bagi ke pengasuh. Alang-alang bagi lebih sikit. Walaupun si pengasuh tu dah sediakan sarapan pagi untuk anak anda. Tak kisah la beli ke masak ke.
 
 
 
Ketiga:
Balik kerja kalau boleh cepat lah ambil anak tu di rumah pengasuh dan balik spend masa dengan anak-anak anda. Sebab, pengasuh ni dah sehari suntuk hadap anak anda.. tu belum yang jenis kuat tantrum.. so sila lah faham keadaan mereka.. ambil dan balik.
 
 
 
Keempat:
Waktu cuti, kalau boleh banyakkan habis masa dengan anak-anak anda.. melainkan anda mempunyai hal yang tak dapat dielakkan seperti terpaksa masuk ofis ke atau bayar bil ke. Terpaksa juga lah hantar anak anda ke pengasuh tu sebab anda nak uruskan hal-hal mustahak. Jika begitu, jangan biarkan anak anda lama sangat di rumah pengasuh sewaktu hari cuti.. Sila lah faham, si pengasuh juga berhak untuk CUTI. bukan tiap masa jaga anak anda.
 
 
 
Hmm.. ok setakat tu jela yang saya mampu bagi tips. Sejak jadi emak ni.. memang cepat nak jadi GODZILLA lagi-lagi bila anak buat hal beb. Uishh.. menguji keimanan tahu.
Kalau ada pengasuh anda yang jenis tak kisah nak jaga anak-anak anda..
SILA JANGAN AMBIL KESEMPATAN!!
yang jadi binasa nanti anak-anak anda. tu sebab banyak berlaku kes-kes dera sebab si pengasuh tak boleh tahan dengan perangai anak-anak yang dihantar. sebab mak ayah jenis sikap sambil lewa / ambil kesempatan. Ingatlah mak ayah sekalian, peluang besarkan anak cuma sekali je..
 
Wassalamu.

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis