Friday, December 25, 2015

BIODATA RASULULLAH SAW




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). 
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). 
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). 
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN 
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN 
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.. 
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN 
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.. 
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk 
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN 
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding Kaabah. 
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. 
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan 
batu tersebut.


USIA 40 TAHUN 
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid. 
2. Saudah Binti Zam'ah. 
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). 
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). 
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). 
7. Zainab Binti Jahsy. 
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. 
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 
1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra '


Sabda Rasulullah SAW: 
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah: 
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.. 
- Aku melihat cahaya dari lidahnya. 
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. 
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. 
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar. 
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. 
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. 
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. 
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. 
- Wajahnya seperti bulan purnama. 
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. 
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. 
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. 
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. 
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. 
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik. 
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. 
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. 
- Janggutnya penuh dan tebal menawan. 
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. 
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. 
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal. 
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. 
- Rambutnya terbelah di tengah. 
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. 
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya. 
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..



Wallahua'lam Bissawab ....



*Sebelum kita sharing apa-apa berkenaan HADITH, sila semak dan kaji dahulu. Kerana barangsiapa yang menyebarkan HADITH palsu atas nama NABI MUHAMMAD S.A.W persiapkan tempat mereka di neraka nanti.. MashaAllah.. minta dijauhkan. Pakat-pakat belajar ye sama-sama.



Bookmark and Share

Monday, December 21, 2015

Tips makan secara sihat!


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
















Bookmark and Share

Sunday, December 20, 2015

Ujian tu tanda Allah sayang.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Ujian ni tanda Allah swt sayang ke kita,
dia nak tengok sejauh mana kita yakin dan percaya padaNya.
Memanglah mula-mula kita akan rasa tertekan saat diberi ujian.
Selagi kita cuba bertahan, bersabar dan berdoa
InshaAllah pasti akan berjaya.


Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Percayalah.
dan nikmat disebalik kesabaran atas segala ujian yang diberi Allah swt.



Dan saya nak ucapkan Terima Kasih kepada manusia-manusia yang pernah wujud dalam hidup saya sama ada dengan cara baik atau cara sebaliknya..
Terima Kasih kepada mereka-mereka yang pernah menyakiti saya, menghina saya, dan sebagainya.
Saya memohon ampun jika kelakuan saya penyebab kamu perlaku saya demikian.
kerana setiap kamu semua adalah ujian buat saya.



Sekeliling kita ni semua adalah ujian.
Kaya pun ujian, miskin pun ujian, hodoh pon ujian, cantik sangat pun ujian.
Setiap kelebihan dan kekurangan yang kita miliki ni adalah ujian.
dan juga, setiap perbuatan kita ni memang akan ada balasannya.
Jadi hidup, jangan terlalu fikir diri sendiri sebabnya nanti akan dapat balasan atas perbuatan diri sendiri jugak.

Jika mahu ubah seseorang, kita sendiri perlu ubah diri kita dahulu.
Ok tu jelah.


Bookmark and Share

Thursday, December 17, 2015

GIVEAWAY 2015 NS !! - jom grab a DIARI PLANNER 2016




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




HADIAH


4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

*Sorry penganjur, saya takde IG la.. huhuhu*

Bookmark and Share

Wednesday, December 16, 2015

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



W3Schools 
Nak menang hadiah misteri takk?
Klik kat gambar atas tu..
Mana tau ada rejeki. hihihihi.
JOM SUPPORT BLOGGER! 
TARIKH TAMAT: 26 DISEMBER 2015

Bookmark and Share

Mandi Wiladah.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




 
*Tiada Motif up gambar ni, saje. sebab rindu korang. aha!*
Mandi Wiladah


Saya dah dua kali beranak baru tahu tentang Mandi Wiladah ni tau.. Rupanya, orang perempuan ni ada 4x mandi wajib. (1) Mandi Wajib selepas habis haid. (2) Mandi Wajib selepas bermesra dengan suami atas katil. (3) Mandi Wajib Wiladah - selepas bersalin. (4) Mandi Wajib Nifas - selepas darah nifas habis.
Hukumnya adalah Wajib. (Nama pun Mandi Wajib) !_!
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
 
****
Saya tahu pun selepas dah berminggu baby keluar. Saya pun tanya la kawan-kawan di group whatsApp Majlis Ilmu Sekitar Melaka.. ada yang tak tahu, yang tahu tu terus whatsApps personal ke saya. Bila dah faham.. terus lah saya buat Manji Wajib Wiladah ni..  Maknanya juga, selepas bersalin dah habis pantang kita wajib Mandi Wajib dua kali. Kalau korang tahan nak mandi Wajib Wiladah selepas bersalin pun takpe, lagi afdhal mungkin.. 
Oraite setakat ni je saya kongsikan.. jumpa lagi next entry!
Thanks for reading :D
-------------
UPDATE TERBARU
TIADA MANDI WILADAH jika kelahiran disusuli darah nifas. Yang ada hanya mandi setelah kering darah nifas.
Mandi Wiladah dalam Mazhab Syafie adalah bagi wanita yang tiada darah nifas.
Assalamualaikum, 
Sobahu Khair ya ‪#‎sahabatannurnida‬,
DULU SAYA KELIRU, SEKARANG ALHAMDULILLAH, SAYA DAH KETEMUI HUJAH YANG JELAS.
*****
Ulasan oleh Ustaz Dr. Shauqi Othman, Pensyarah UPM, Serdang.
Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas. Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat. Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat. Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari.
******
Ulasan oleh Ustaz Abdul Kadir, dari Jabatan Mufti Perlis.
fb beliau : Bin Sahak
TIDAK ADA Mandi Wajib Ketika Dalam Tempoh Nifas Yg Dinamakan Sbgi Mandi Wiladah.
Seorg wanita yg melahirkan anak, ada 2 keadaan:
1) Slps kelahiran disusuli dgn darah yg dinamakan sbg darah nifas, wanita yg bernifas dinamakan sbg Nufasaa'. Tiada tempoh paling pendek utk darah nifas. Ada darah, dikira nifas. Berhenti darah di kira suci. Manakala tempoh paling lama utk darah nifas ialah selama 40 hari. Inilah pandangan majoriti ulama dn yg lebih rajih. Jika darah berterusan keluar, wajib mandi, tunaikan solat, wajib puasa ramadhan dan seumpamanya.
2) Selepas kelahiran tiada darah yg keluar. Justeru pandangan dlm mazhab alSyafie, wajib mandi kerana kelahiran atau wiladah. Mandi Wiladah dlm mazhab alSyafie ini bg wanita yg tiada darah nifas. Adpun bg yg bernifas mereka tidak perlu mandi kononnya mandi wiladah. Mereka hanya wajib mandi stlh kering darah nifas atau stlh sempurna bernifas selama 40 hari.
*******Wallahuallam*********
Maksudnya, masa tempoh berpantang tu ada sesetengahnya darah dah cepat kering. Dalam 40 hari tu korang punya darah dah kering selepas hari ke 30 ke korang mandi lah Mandi Wajib Wiladah untuk korang suci dan boleh beribadah.. selepas dari tu tiba-tiba darah keluar tapi masih lagi dalam hari berpantang, bila kering darah tu baru lah korang Mandi Wajib Nifas. Itu yang saya faham la..

Bookmark and Share

Tuesday, December 8, 2015

Berpantang kali ke dua & pengalaman jaga baby G&B.

 

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Pantang kali kedua, Alhamdulillah pengalaman tu dah ada. Cuma kali kedua ni dia punya flat kehabisan tenaga tu tinggi. Sebab masa teran Maryam tu perut kosong dan dalam kelaparan.
Tu yang lemah tak bertenaga.
Sampai rumah esok tu terus panggil makcik urut datang.
hehe.


Pantang kali ni, MIL bagi set berpantang.
Ni rupanya.. tak tahu dia beli kat mana. Serba serbi banyak MIL bagi.. dulu dia bagi bengkung yang ikat lilit tu. Best tau guna bengkong tu bila ikat terik-terik. tapi kalau nak duduk sakit sikit la kat tempat jahitan tu. hahaha


Ni bahan yang dalam tin tu.


*nama-nama paket dia kelakar la, air mancur la, tepel wangi la. ekekke*


 Pengalaman Jaga Baby Boy & Baby Girl.

Ok. ni nak cerita pengalaman jaga anak sendiri. Bermula dari Anippy, pengalaman tu masa mula-mula memang la zero. Masa Anippy tu ramai datang melawat, so ramai la bagi tunjuk ajar gitu dan gini. hehe Tapi apa yang penting semasa jaga baby boy ni kena selalu tuam panas kat area perut dan bebird dia selepas mandikan. Untuk elakkan baby tu kene angin tarik. tahu tak? untuk elakkan buah zakar tu termasuk ke dalam. Saya amalkan siap ada bunjut yang utk tuam tu MIL belikan jugak, sekarang.. hmm kemain bulat cecomei bebird Anip. hahaha (tu pun nak kasitau ke??)

Baby Boy ni kuat susu!

Kene selalu letak sirih yang dah layur kat dapur panas kat tempat bebird dia.
Kene 'burp' kan dia selepas bagi susu, kalau ni tak buat potensi untuk dia kembong tinggi.
Bila dia kembong, potensi dia menangis panjang pun tinggi. semua tak kena nanti.
Kene la urut-urut perut dengan minyak telon, tepok tepok belakang dia sampai dia sendawa atau kentot.. takpun berak. yakss~
Pastu lepas mandi sapu minyak telon kat perot tu kene urut-urut sikit.
Penjagaan pada baby boy ni banyak kene jaga kat bebird dia la.




Jaga baby girl pulak takla seleceh masa jaga Anippy dulu.
cuma baru tahu, masa baby girl ni lepas lahir ada macam kotor-kotor kat kemaluan dia.
Just bilas dengan limau kasturi kat bunga (kemaluan) dia tu. buat sekali dua je dah.
pastu nanti lama-lama kotoran tu hilang.
Tu untuk elakkan bila baby tu besar takde keputihan.
Kembung perut ada.. sapu minyak telon urut-urut sikit tepuk-tepuk belakang da ok.
Maryam tak kuat susu sangat macam Anippy. Tido aje diaa..
Merengek pun tak banyak tapi memang bangun pagi sebab siang dia asik tido dan tido lama pulak tu.
Biological Clock dia da terbalik ni.. T_T adehh. letih badan saya. 
*sempat la update sebab dia tgh tido hahaha*


ok. tu je saya dapat sharing sikit. kalau ada lagi nanti saya tulis lagi..
Wasalamu!

Bookmark and Share

Wednesday, December 2, 2015

Susu IBU susu terbaik untuk ANAK.



Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

 
Hmm. ramainya blogger update tentang penyusuan ibu.. hihihi
memang tak diragui, susu ibu ni memang the best milk of the world!
 
 



Banyak cara rupanya nak BF anak ni.. hihi.
Ok, saya nak cite sikit sejarah nak breastfeed anak ni.
Pada mulanya, saya ingatkan senang je nak breastfeed anak ni.. oh lepas baby keluar nanti susu pun ada la kot.. malangnya. itu hanya anggapan je.. lain orang, lain dia punya masalah kot.
 
Masa anak pertama saya ni. sungguh sangat anak lelaki ni memang cepat lapar dan kuat menyusu.
Saya pula takde pengalaman langsung dalam bab-bab ni.. Masa pantang sampai demam susu :'(
Anippy plak that time taknak langsung ngn breast saya.. or maybe masa tu sebab anip lapar mungkin awal-awal dah di sumbat dengan susu botol kot.. sebab tu dia tak mau susu badan ummi dia.
sampai melalak lalak terlolong lolong taknak hisap. Sedih sangat masa tu.. ingatkan saya dah tersalah cakap ke apa sampai anak sendiri taknak susu badan saya..
 
Lama-lama, saya dah ok.. saya cuba redha kan rezeki Anip takde kat susu badan mungkin pada tempat lain.. mulut orang ni kadang memang tak sensitif. Tak kerja and boleh BF kan anak..
I though it was easy at first!!
Sebenarnya.. hehe.
Sampai panggil makcik urut tau mintak tolong urutkan dan keluarkan susu.
Bohong sebenarnya kalau ibu mengandong tak ada susu..
 
Alhamdulillah, anak ke dua ni.. ada la juga susu dan Maryam mahu juga breast saya cuma agak kekok bagi dia untuk terima. Susu badan saya tak sebanyak ibu-ibu yang pam susu sampai penuh botol tu tapi alhamdulillah adalah jugak.. dan terpaksa juga saya bagi dia susu formula tak dan nak stock susu dia asek tak cukup. Bagi susu abang pula dia tak serasi.
Semoga saya mampu BF kan Maryam lebih lama dari abangnya. :')
Insha Allah Insha Allah.. tak dapat 2 tahun, dapat 6 bulan pun bolehlah..
Masalah betul ummi ni.. hahaha :'D
 
Nak tips banyakkan susu, korang boleh tengok blog Cik Epal ni. 
dan beberapa tips lagi dari blog Cik Yuyu dan blog kak Kathy.
atau bleh ke blog Maria Elena jugak. hihi
 

 
 
Selepas menyusukan anak.. wajib untuk beri dia sendawa.
Sebab, bila kita tak sendawakan baby potensi untuk dia kembong dan muntah tu ada lah.
Dulu main tepuk je Anip memang lambat betul dia nak sendawa.
Nak sendawa pun ada cara jugak tahu.. bila ikut cara yang betul memang senang baby tu sendawa. Cubalah!
 
Oleh itu,
Para ibu yang bakal menimang cahaya mata sila lah banyakkan ilmu penyusuan.
Penting bagi bayi anda untuk mengelakkan jaundice. sebaik baik susu untuk selamatkan bayi anda dari Jaundice (kuning) adalah susu ibu. Kalau ada parents yang bermasalah untuk breasfeed baby boleh try susu S26, masa Anep dulu bagi dia susu ni lah tu yang dobot tu. Bila dah besar tukar kan ke susu LAZZ.. kalau nak beli bagitau saya k. hihihi

 
 
Akhir kata, cubalah susukan anak anda dengan susu badan kerana baik untuk kesihatan diri sendiri.. selain dapat recover rahim untuk cepat mengecut dapat juga cegah kanser payudara dan kanser rahim.
Hidup sihat dengan 'Breasfeeding' !
 
(amboi tagline, ini pun acah acah gagah je pun walaupun Maryam tak fully breastfeed tapi saya cuba juga beri dia breastfeed. InshaAllah *sejukkan hati sendiri* yakin boleh!)
  
 

Bookmark and Share

Tuesday, December 1, 2015

Tips hantar anak kepada Pengasuh.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 
 
Zaman sekarang ni nak hantar anak ke pengasuh agak susah.
Dengan bayaran yang mahal lagi..
Pastu, jadi mimpi ngeri ibu bapa pulak bila banyak berlaku kes kes dera
kanak-kanak dari rumah pengasuh.
 
Kesudahannya,
ada emak yang sanggup berhenti kerja semata mata nak besarkan anak.
macam sayalah! kihkih.
nak minta ibu ayah kita jaga pun kita tak sampai hati.
dah la mereka penat membesarkan kita, kita pulak minta mereka jagakan anak kita.
Walaupun kita bagi duit banyak mana pun kat mereka, ingat tau mereka bukan orang gaji kita..
 
Memang mulut mereka kata tak kisah. hakikatnya?
 
botol susu anak pun cuci tak bersih.
rumah pun tak sempat kemas, 
anak baru membesar dikutipnya sampah-sampah masuk ke mulut.
mandikan anak pun masih ada lagi daki-daki di badan.
kita tahu mereka tak larat, tapi mahu juga dibuat.. kesudahnnya.. tak puaskan hati kita.
sebab apa-apa jadi kat anak kita yang tanggung kan?
so baik kita sendiri yang jaga.. sebab dalam islam pun memang itu tanggungjawab seorang ibu.
Ayah pun sama, tapi extra la sikit sebab kene cari nafkah utk keluarga.
 
Jadi,
 
pada ibu ayah yang terpaksa bekerja dannn hantar anak ke pengasuh / mak ayah tu.
Sila amalkan beberapa tips ini..
 Sekadar berkongsi, ini dari pengalaman saya memerhatikan orang.. hihi
 
Pertama:
Bila anak dah besar tu, sila lah mandikan dulu anak tu sebelum hantar ke pengasuh. Waktu dia baby tu takpe lagi. Dia tido je kan.. hantar ke pengasuh pun tido lagi. tapi kalau anak tu dah jenis memang morning person sila lah mandikan siap-siap..
 
 
 
Kedua:
Kalau ada bekal ke sarapan ke untuk anak tu bawak juga la bagi ke pengasuh. Alang-alang bagi lebih sikit. Walaupun si pengasuh tu dah sediakan sarapan pagi untuk anak anda. Tak kisah la beli ke masak ke.
 
 
 
Ketiga:
Balik kerja kalau boleh cepat lah ambil anak tu di rumah pengasuh dan balik spend masa dengan anak-anak anda. Sebab, pengasuh ni dah sehari suntuk hadap anak anda.. tu belum yang jenis kuat tantrum.. so sila lah faham keadaan mereka.. ambil dan balik.
 
 
 
Keempat:
Waktu cuti, kalau boleh banyakkan habis masa dengan anak-anak anda.. melainkan anda mempunyai hal yang tak dapat dielakkan seperti terpaksa masuk ofis ke atau bayar bil ke. Terpaksa juga lah hantar anak anda ke pengasuh tu sebab anda nak uruskan hal-hal mustahak. Jika begitu, jangan biarkan anak anda lama sangat di rumah pengasuh sewaktu hari cuti.. Sila lah faham, si pengasuh juga berhak untuk CUTI. bukan tiap masa jaga anak anda.
 
 
 
Hmm.. ok setakat tu jela yang saya mampu bagi tips. Sejak jadi emak ni.. memang cepat nak jadi GODZILLA lagi-lagi bila anak buat hal beb. Uishh.. menguji keimanan tahu.
Kalau ada pengasuh anda yang jenis tak kisah nak jaga anak-anak anda..
SILA JANGAN AMBIL KESEMPATAN!!
yang jadi binasa nanti anak-anak anda. tu sebab banyak berlaku kes-kes dera sebab si pengasuh tak boleh tahan dengan perangai anak-anak yang dihantar. sebab mak ayah jenis sikap sambil lewa / ambil kesempatan. Ingatlah mak ayah sekalian, peluang besarkan anak cuma sekali je..
 
Wassalamu.

Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis