Tuesday, August 4, 2015

. AURAT .

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Sikit Info Tentang Hijab, Niqab dan Burqa.



Saya rasa, ramai antara kaum wanita kat luar sana yang hanya memahami Hijab itu sekadar bertudung sahaja.. Walhal, Hijab sebenarnya adalah yang menutup dari kepala hingga ke kaki. Hanya muka dan tangan sahaja yang terlihat.
Yang awak awak semua pakai tu TUDUNG. bukan Hijab.. sila fahami.

Niqab pula,
hanya terlihat mata sahaja.

Dan Burqa pula,
tertutup seluruhnya termasuk bahagian mata.
Kain kat bahagian mata tu je jarang sikit.
kalau tebal macam kain tudung macamana nak berjalan?

Islam bukan paksaan..
tapi kalau kita nak berniqab atau berburqa tak menjadi masalah pun.

Cuma jangan menonjolkan bentuk bentuk badan kita saje dah la.




Korang mesti nak rasa aman tenteram bila keluar berjalan-jalan kan?
Pernah tak, even korang keluar pakai tudung rasanya dah tutup dah aurat tu,
tapi masih lagi kene ganggu dengan lelaki, dari jauh diorang dah 'suit-suit' 'usha-usha'.
Most of us, mesti tak berapa selesa, tapi mungkin ada juga yang suka dan menggedik.
lagi-lagi budak budak baru nak kenal dunia ni.. *menggeletis*


Sebelum keluar rumah tu, cerminkan dulu pakaian. adakah ianya bertutup?
seluar ?
baju ?
tudung ?

Seluar tu.. ketat ke tak ?
Baju tu pendek ke tak ? jarang ke tak ?
Tudung tu, labuh ke tak ? tutup dada ke tak ?
Pakai handsock ? stokin ?
Kaki kita ni pun aurat juga, dan bawah dagu pun aurat tau.

Bila semua pakaian kita longgar, eh bangla nak usha ko pon taknak wei..
Dia tengok pon terkejut tau..

Ada story satu hari, saya ke kedai Family Store kebetulan ada seorang Bangla ni tengah susun barang baru sampai atas rak. Masa tu nak lalu, barang penuh... dengan sungguh-sungguh dia alihkan kotak-kotak tu dan siap tanya, "cik, mau cari apa barang...?" saya jawab "takpa, saya cari sendiri"
kebetulan masa tu ada perempuan lain pula lalu.. dengan tiba tiba attitude bangla tu berubah..
usha usha sampai perempuan tu tak jadi nak lalu situ.. Ayat dia "Adik manis, bla bla.." tak ingat la apa dia punya ayat lagi. haha!



Betapa Allah jagalah aib kita ni, bila kita sendiri ambil berat kepada aurat kita sendiri.

Baru rasa safety bila terpaksa keluar beli barang sendirian.
Allah swt takde lah sengaja nak bebankan hamba dia dengan larangan yang dia bagi. Semua yang dia larang tu bersebab dan ada kebaikan untuk kita.. cuma kita je yang taknak ikut, paling teruk jadi Derhaka kepada pencipta kita sendiri. Nauzubillah jauhkanlah kita dari derhaka terhadap Allah swt. amin..



Akhir kata,
Saya menyeru semua kaum hawa. Sayangkan diri kalian, ayah kalian, suami kalian dan adik abang kalian kerana mereka bertanggungjawab terhadap dosa aurat kalian.. Tak rugi defend aurat kita, bila kita jaga aurat kita, Allah jaga aib kita.. inshaAllah.


"Yang Tertutup Itu Indah"


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis