Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
- Dajjal merupakan seorang manusia yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh allah s.w.t untuk menguji keimanan manusia.
- Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (La Ilaha Ilallah) dan Takbir (Allahuakbar).
- Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?" "Tidak, Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
- Kita keneberpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi ini.
- Kelebihan Allah bagi pada si Dajjal ni:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang mati.
- Macamana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? sempat ke?
- "Pergerakkan Dajjal tu bagaikan hujan yang ditiup angin"
- Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintah nanti akan ada di bawahnya. Bila dia da kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tu tuhan.
- Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa taknak mengaku, dia akan derita.
- Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak kerana mereka mudah terpedaya.
- Sabda Nabi S.A.W: ketika Dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya denganya.
- "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu untuk menentangnya". - Nabi Muhammad S.A.W
- Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
- "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari Surah Al-Kahfi." *Nabi dah pesan jom amalkan!
- Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal kecuali 2 tempat dia tak dapat masuk iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Para Malaikat.
- Waktu Dajjal keluar nanti masing - masing kene lindungi diri sendiri. Takde siapa boleh tolong dah kerana waktu tu seorang ibu pun tak boleh nak tolong anak dia.
- "Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak dari Dajjal?" kata Syeikh Zainul Asri. Penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara. Tak boleh lari.
- "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng dan waktu tu tengah azan akan musnah benteng dia tu" - Syeikh Zainul Asri.
- Dajjal akan buat matanya dan akan muncul perkataan 'Ka Fa Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
- Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga Dajjal adalah hakikatnya Neraka.
- Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.
- "Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi maka kamu akan terselamat daripada Dajjal."
- "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal." -Nabi Muhammad S.A.W
- Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa huru haranya yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.
Itu lah sedikit sebanyak tentang Dajjal yang perlu kita tahu.. Ustaz ada cerita lagi pasal Yakjuj dan Makjuj.. Dinding yang mengurung YJ&MJ ni dah berlubang, tempat dia berada di Gorgia.. Rusia tempat MH17 kita tu terhempas. Katanya lagi YJ & MJ ni akan minum air dari Galilee Sea.
Ni selingan dari Google Image untuk Galilee Sea. *Link*
Orang Yahudi pun ratanya beramal untuk hari kiamat kerana? korang tahu tak pokok yang boleh sorokkan orang orang yahudi ni ? ha.. pokok-pokok ni pun diorang dah tanam banyakk dah kat Israel. Sedangkan mereka yang jahil ni pun bersiap sedia untuk hari kiamat, kenapa tak kita ? siap sedia dengan amal ibadah.. mana yang salah selama ni kita buat cepatlah berubah dan bertaubat. Insaflah segera.. allahuakbar..
Ni selingan dari Google Image untuk Pokok tu tapi diorang bagi nama pokok ni Trees for Israel. *Link*
Segeralah beramal dan kembali ke jalan yang benar.. Subhanallah takut sungguh apa bakal jadi. Ya Allah.. selamatkanlah kami dari terpedaya dengan fitnah besar Dajjal ini. Amin ya rabbal alamin.
0 comments:
Post a Comment