Pinjaman
Bissmillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum kalian semua.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Macam biasa la gambar takde kaitan! bhahaha.
Sebenarnya, kita ni adalah pinjaman Allah sementara je kat dunia ni. Hidup kat dunia ni pun sementara je, sebab allah bagi pinjam semuanya kat kita. Allah bagi pinjam udara, air, tanah, ibu dan ayah, anak,, suami dan isteri.. semua bende Allah kasi kita pinjam FREE je. Tapi apa kita balas?
Ada yang angkuh lagi sombong dengan pinjaman Allah ni. subhanallah.
Kepada kita yang diberi pinjaman dan sebagai pinjaman. Kita seharusnya beriman kepada Allah swt.. saya sebenarnya dah lupa nak taip apa. bhahaha!
Anak itu pun pinjaman.. In time nak jadi anak soleh/solehah dan mendidik anak soleh/solehah ni kita tak lari dari dugaan dan cabaran. Sebabnya.. memang manusia ni sentiasa diuji untuk kita latih iman dan diri kita supaya mengingati Allah swt apabila kita ditimpa musibah.. Dugaan ni sebenarnya adalah kekuatan kita. Bila kita menghadapi dugaan, sentiasa lah ingat kepada Allah. Ingat saja tak cukup kalau tak beribadah. In sha allah, DIA akan beri kita kekuatan. So nasihat saya pada mereka-mereka yang dah tersasar jauh dari landasan dan ingin kembali kepangkah jalan.. jaga lah solat anda. Solat di awal waktu dan selalu lah berjemaah di Masjid pada yang lelaki. Perempuan pun boleh jugak.. Rajin rajin kan diri untuk menghadiri Majlis Ilmu yang dianjurkan di Masjid-Masjid, kerana allah akan memudahkan jalan seseorang ke syurga apabila dia bersungguh-sungguh mencari ilmu. Dari yang kita tak tahu, kita akan tahu.. dari kita tersilap yang selama ni kita rasa kita buat tu betul padahal dalam islam ianya salah. So kita perbaiki la.
Kita nak perbaiki orang, sedangkan diri kita sendiri terumbang ambing.. bagaimana??
Jadi, jika kita inginkan anak kita soleh/solehah tapi kita sendiri pun solat rongak-rongak.. macamana?? walaupun hantar la ke sekolah sekolah pondok sekalipun, sedangkan ibu bapa masih lagi leka dan lalai dengan duniawi macamana dia nak mencontohi sifat-sifat terpuji Rasullullah ? kan ? tapi hidayah itu milik Allah swt. Saya tak layak untuk menentukan siapa ke syurga dan siapa ke neraka ??
Dan itulah.. saya seru, korang jom la berubah ke arah kebaikan sebelum ianya terlewat. Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment