Wednesday, October 29, 2014

Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan.





Actually tu gambar hiasan. hahaha nak tau kat mana ? Kat UTC kat bahagian pembangunan wanita tingkat 1 kot tak silap. hihi


Oh,

Topiknya nak cerita tentang pengurusan Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan. Dan korang sedia maklum betapa ramainya umat yang mengkerumuni klinik dan hospital ini. Salah satu kelebihan dia adalah MURAH. ho la.. semua orang mampu. tapi yang sadisnya, pengurusan klinik klinik dan hospital kerajaan ni sangat sangat lahhh teruk.


Kita bukan nak mengutuk, tapi sebagai rakyat dan saya juga memahami ketekanan (tekanan) yang perlu dihadapi pekerja-pekerja klinik dan hospital kerajaan ni. Tak semua pekerja klinik dan hospital kerajaan ni biadap ok. Tapi alhamdulillah sepanjang pengalaman check up semasa mengandung dan sampai Hanif dah keluar so far nurse yang merawat semua dikatakan agak cekap dan peramah. Cuma pengurusan sahaja yang perlu diperbaiki. Saya rasalah..


Sebab utama saya kemukakan topik ini adalah, pesakit perlu banyak membuang masa sepanjang menunggu giliran untuk dirawat.. bayangkan, korang tengah sakit gila-gila ni, rasa nyawa dah hujung-hujung dah tapi korang kene tunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. seksa tak rasa?? fuhh.


Saya bercerita berdasarkan pengalaman yang saya alami lah.


Sepanjang menunggu giliran untuk dipanggil sama ada giliran untuk diperiksa atau giliran berjumpa doktor. Ya rabbi, berjam-jam.. tapi dah check up lah tak sampai pun sejam.. dan pengurusan masih lagi di takuk lama. maksud saya, buku rawatan yang merah tu ada copy lagi satu. Selepas diperiksa dan dicatat dalam buku yang pertama, kene salin semula ke buku kedua. nampak tak masa habis kat situ satu.. walaupun salin balik dgn tulisan sambung sambung pun. still lagi amek masa kan? Itu di klinik..


Semasa saya di Hospital Kerajaan, sewaktu kontraksi kecil berlaku.. waktu perut mengeras tu... Sepanjang berada di hospital tu, tuhan je tahu seksaan menunggu giliran. dan betul lah orang tua tua kata "Penantian itu satu penyiksaan". Ok, pukul 8+ malam check in hospital besar. Dalam pukul 4 pagi baru dapat jumpa doktor, dan doktor check bukaan baru 1cm. So, dengan harapan 1cm tu boleh la balik kan untuk berehat di rumah pula.. mungkin kontraksi tu untuk menambahkan bukaan kat bawah tu. Yelah, sanggup ke tunggu giliran tunggu kat kerusi sofa lama tu ataupun menunggu di kerusi hospital yang biasa. Itu satu hal, yang si suami pula ?? menuggu di luar bilik bersalin dan tido di kerusi besi. Takpun tunggu dalam kereta. Itu pun masih tak dapat tahu status keadaan isteri dan kebenaran untuk pulang.. At last, 7 pagi baru dapat incharge warded. BARU DAPAT TIDO ATAS KATIL TAU! tapi atas pengurusan yang agak menyiksakan saya request untuk discharge dan decide untuk bersalin di Hospital Pantai. Itu baru minta izin nak keluar ward pun berjam-jam tunggu untuk dapatkan kebenaran keluar. Nak dekat pukul 12 tengah hari baru dapat kebenaran keluar selepas pukul 10 macam tu lepas Doktor Pakar yang paling atas tengok record dan dengan selamba dia kata OK BOLEH DISCHARGE baru dapat discharge dengan senang hati walaupun Doktor Pakar ketiga tu menakut nakutkan pesakit dengan berkata, apa-apa jadi diluar hospital adalah tanggungjawab sendiri. Allahuakbar..

*selingan sikit hahahaha*


Semasa saya minta kebenaran untuk keluar kebetulan di ward saya dah tiga orang lagi dapat discharge. so total katil kosong ada empat.. tapi masih lagi tidak dihuni. Saya rasa, jika ada satu sistem khas untuk beritahu di bilik bersalin tu yang ada katil kosong di ward. Mungkin dapat mengurangkan kadar menunggu bagi pesakit yang memang tengah betul-betul sakit tu. Ini kan yang masih boleh bertahan pun di tahan di ward sedangkan yang memang tengah betul-betul sakit nak beranak pun terpaksa menunggu. Ada yang sampai baby dah keluar kepala dah itupun masih lagi tak dapat warded. ya allah.. kenapa lah nak siksa manusia sampai macam tu. 


Lepas dapat discharge saya dan suami bergegas ke Hospital Pantai dan berjumpa dengan Dr Tan (suggest dari kakak ipar saya) yang memang waktu klinik nak tutup dah pukul 5.30 petang. Tapi atas dasar budi bicara, Dr Tan sanggup extend waktu balik dia untuk periksa keadaan saya, masa dia check tu dia kata bukaan dah dekat 2cm dan dianggarkan saya akan bersalin keesokkan hari. Korang tahu tak ? Dr Tan yang berbangsa cina pun sangat-sangat lah berbudi dan sporting lagi tau. Sempat lagi bergurau katanya jangan saya datang hospital pukul tiga empat pagi. hihi.. dan saya pun hormati waktu rehat beliau saya sanggup bertahan sakit kontraksi tu sampai pukul 6 pagi tauu.. haa dan pukul 8 pagi macamtu baru kami bergegas ke Hospital Pantai. Sampai-sampai di sana, saya disambut dengan kerusi roda dan ditolak terus ke Labour Room. padahal nak tunggu husband parking.. sampai je di labour room, salah seorang Head Nurse yang mereka gelar 'Sister' terus buat keputusan untuk saya terus ke katil labour room sebab kalau tunggu Doctor pun, Doctor masuk ofis pukul 9 macamtu.. Walaupun perbezaan hospital berbayar dan hospital kerajaan, mereka cekap membuat keputusan dan tidak hanya bergantung dan menunggu keputusan dari yang lain.


Layanan dari staff Hospital Pantai memang sangat memuaskan, belakang kita tak tau la kan.. itu kalau mereka bekerja kerana Allah. tapi so far, suami pun selesa tak perlu menunggu kosong maksud saya menunggu yang tiada jawapan untuk tahu keadaan isteri macamana ke apa ke. Dan saya sarankan Hospital Kerajaan perlu ada satu sistem khas yang efficient untuk keselesaan rakyat yang kurang upaya. Tapi ada je yang berupaya untuk bayar mahal mungkin sebab untuk kita support negara la kan.. tapi hasilnya hambar, silap silap pesakit sendiri yang kene daftar masuk nama sendiri. Semasa di Hospital Pantai semua urusan di uruskan sendiri oleh nurse hospital tersebut walaupun staff mereka tidak seramai staff di hospital kerajaan tapi kecekapan mereka bekerja jauh berbeza dengan staff hospital kerajaan. Allahurabbi, semasa di Hospital Kerajaan ada juga salah seorang staff yang bermain wasap di handphone. Nak main pun main la belakang pesakit ini depan-depan pesakit pun dok tengok handphone. Jawapan yang sering digunakan oleh nurse-nurse kerana menunggu adalah kerana orang terlalu ramai di hospital kerajaan.. betul ramai, tapi jika dapat menguruskan dengan lebih baik mungkin ramai yang akan berpuas hati dan tidak perlu untuk menunggu lama.. sedangkan yang masih berupaya pun ditahan di ward dan tidak dibenarkan pulang dan yang sangat-sangat sakit perlu menunggu lagi. Mereka patut lahirkan pakar-pakar yang bukan hanya pakar dalam bidang masing-masing tetapi jugak pakar dalam membuat keputusan yang betul dengan cepat. In sha allah, pasti masalah 'orang ramai' itu mungkin dapat diselesaikan dan rakyat akan berpuas hati.


Oh mungkin patut kene atas diri sendiri dulu baru tahu keadaannya bagaimana .. kan ?

Monday, October 20, 2014

HATI




HATI.

ya.

Hati kita..

Jadi berhati hati lah dengan hati. Peliharalah hati kita...
Hati kecamuk, hati kecewa dan macam-macam terjadi pada hati. hakikatnya ia masih lagi berfungsi.
Sungguh hebat kan ciptaan Allah yang maha esa ini.

Kenapa aku kata berhati hati dengan hati.


Kita sendiri yang jaga hati kita, bukan orang lain. Kita kene pandai kawal hati kita. sebab hati berbeza bila menjadi kotor. Hati kita mudah terasa.. padahal org tu tak maksudkan pun. Hati bila kotor, sangat susah kita nak terima teguran orang.. malah siap marah orang yang menasihat kan kita.


Pernah tak alami perasaan bila hati orang yang kita sayang tak lagi berpaut pada kita. Tak lagi memandang kita seperti pandangan kali pertama hati dia beri pada kita.

Sakit memang sakit.


Jadikanlah DOA itu sebagai senjata kita.. kerana Allah yang mampu merubah hati seseorang.

hebat kan?

Jadi, bila kita terbabas dari landasan kita.. cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan. cepat-cepatlah mencari Allah.. kerana dia yang mampu memberi kekuatan kepada hati kita untuk menjadi kuat.

In Sha Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis