Thursday, February 2, 2017

MashaAllah, cepatnya masa berlalu..




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Alhamdulillah, segala nikmat pemberian Allah swt.
Terima Kasih Allah, beriku peluang membesarkan anak anakku sendiri.

Cepatnya masa berlalu..


Masa ni dia baru dapat kaki.. bukan main seronok tak hingat.
berjalan aje keje dia.. semua orang dia tegur.


Sekarang, dua-dua da besar. banyak akalnya..
buat sepah tiap masa kot..
pantang ada peluang aje dua beradik ni bergabung.


Lama sangat nak update blog, tapi takde masa je..
Nak tulis, harini da hari ke lima kot anak sulung saya survive tanpa "puting" dia tu.. hahaha

Kisahnya, ada satu pagi tu saya lepas kemas rumah, basuh baju lepas subuh tu sambung tido join diorang ni.. kemudian, mereka berdua dah bangun dan turun bawah sendiri dua beradik ni.. habis da diorang kumbah barang mainan diorang.. masa saya sedar tu dua beradik ni da naik atas berebut buah epal.. tengok-tengok dah separuh dah abang dia makan.. buah epal atas meja, malam tu beli tak sempat nak cuci da letih nak tido da.. lepas saya mandikan mereka, saya turun sama nak masak untuk tengahari pula.. sementara tu makan la ape ada dulu.. 
Malam tu nak tido, baru sedar dia dah misplace mana da puting dia tu.. tak tau la mana dia campakkan.. dah nampak makanan kan.. so sejak dari hari tu cakap kat dia.

"Puting anep takdela kan dah hilang.. anep kene tido sendiri tak hisap puting tau."

Kesian jugak dia takleh tido tapi lama-lama dia tido la sendiri.. tapi kadang tak tahan lepas dari puting dia hilang ni every pagi pukul 2, pukul 3 dia bangun menangis mintak puting tau.. stress jgk kadang tu.. saya ni pulak jenis susah nak bangun pagi if time tido terganggu ni.. bagi susu je. terus tido balik.. tapi malam semalam dia tak bangun da mintak puting.

Alhamdulillah.. 

Lepasni turn Maryam plak nak putus kan dia isap jari.. sekarang bagi chance dulu. hahaha



Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis