Thursday, September 29, 2016

Mencari kebahagiaan di dalam rumahtangga.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Hmm. Macamana nak mulakan ni ye. Ok.. maafkan saya jika penulisan saya ini bakal menyinggung hati-hati atau buat kalian terasa.. Benar! Jika perbuatan kita harian tidak dimulakan dengan nama Allah swt, nescaya banyaklah masalah yang timbul.. salah satunya hal penceraian ni lah.





Setiap manusia ni tak sempurna walaupun dilahirkan sempurna cukup sifat fizikal. Tapi HATI kita lain.. tak sama setiap orang. Dan HATI ini perlu dijaga dengan kalimah lillahita’ala. Kerana HATI kita ni hanya dipegang oleh ALLAH SWT dan HATI kita ni mudah berbolak balik sifatnya.


Setiap perkahwinan ni memang akan diuji. Bukan kahwin je diuji, masa bercinta dulu pun diuji jugak kan? Ada yang berkawan lama bertahun tapi tak jadi kahwin ataupun kahwin tempuh perkahwinan tu sekejap je. Jangan rasa, bila kita dah kahwin kita dah boleh happy ever after dan relaks relaks sebab dah menang.. ok tu silap!! Menang memang menang, masa korang kawen akad nikah tu lah kemenangan korang tu sebab syaitan masa tu dah kecewa, dah kalah sebab korang berjaya kahwin. Tapi tu tak bermakna, lepas kahwin tu korang boleh feeling bahagia sepanjang masa. Upload gambar honeymoon. Upload gambar romantic makan tepi pantai candle light dinner. Update status bahagia dikurniakan suami / isteri caring, penyayang dan etc etc. 

Tak perlu. Sila lah simpan rapi segala kebahagian yang kita dah miliki ni. Sekali sekala orang boleh terima, tapi kalau tiap-tiap masa? Ambil iktibar kisah Bard Pitt dan Angelina, setiap media paparkan kemesraan mereka.. keintiman perkahwinan mereka.. hakikatnya, kebahagiaan mereka dipaparkan pada sebuah gambar / video hakikatnya bahagia ke mereka? bila berpisah.. semua keburukkan masing-masing diceritakan.


Harini kita sayang dia, esok lusa kita tak tahu masih sayang atau benci. Jangan kita jaja kebencian kita pada mereka pula bila dah benci.


Semua ni milik Allah swt. MILIK ALLAH TAHU!


Kalau Allah swt nak ambil, bila-bila masa dia boleh ambil.. 




Kita semua ada masa silam, tak kira lah masa silam kita ni dulu bewarna ke gelap ke tapi ia sudah lepas.. dan kita perlu focus kepada masa depan. 

Manusia ni, walau baik macamana pun dia memang tak boleh lari dari buat silap.. so kalau orang lain ada buat salah dengan kita.. kita maafkan dia. Kalau boleh, kalau tak boleh pon cuba je dulu sebab perbuatan dia yang patut kita marah bukannya diri dia. If kita one day terbuat silap, kita sendiri pun taknak lakukan kesilapan tu kan?


Kehidupan selepas kahwin ni la sebenarnya cabaran dan dugaan paling besar sekali.. Banyak cabang dugaan lepas kita kahwin.. banyak. Itu bergantung pada ujian masing-masing la, ada yang diuji seawal perkahwinan diorang, ada yang diuji semasa pertengahan dan ada yang diuji waktu mereka tua perkahwinan mereka. Kita takleh lari dari ujian.. kita perlu tempuhi semua ujian tu.. dan caranya adalah SOLAT!!


Solat lah kamu walau di mana kamu berada.. mohon la pertolongan kepada Allah swt, kerana Allah swt sahaja yang mampu menolong kita.

Tapi, ada orang solat tak tinggal penuh lima waktu tapi masih lagi doa dia tak dimakbulkan jugak..

Kene checklist diri la kalau gitu, ada la sebab kenapa Allah swt tak makbulkan doa kita.. kalau bagi lelaki, kenapa doa tak makbul lagi? Check la sumber rezeki yang kamu cari..halal ke tidak, shubhah ke tidak. check diri kamu dengan ibu bapa kamu, dengan isteri dan anak-anak kamu. Kalau bagi wanita, check aurat kamu terjaga sempurna tak? Check lidah kamu, ada berkata sesuatu yang menyakiti hati orang tak? Check diri kamu pada suami kamu.. dan macam-macam lagi lah. Hal kecik pun lama-lama boleh jadi besar.


Kadang kita tak sedar kita dah buat silap. Sebab nafsu dan ego kita sama-sama tinggi.. sama rasa kita betul setiap masa.. sama rasa bila kita ditegur, kita marah dengan teguran tu.. (macam aku la nii) tapi bila duduk sendirian cuba fikir balik apa yang kata-kata orang beri pada kita.. kita mungkin tak sedar perbuatan kita pada mereka.. dan mungkin itu adalah teguran dari Allah swt yang disampaikan kepada kita melalui pengantara.




Zaman sekarang ni, zaman dimana semua dosa manusia ni berlambak dan senang cakap memang senang la nak buat dosa. Zaman dulu mungkin ada, Cuma tak sebanyak zaman kita ni.. bezanya, zaman nenek moyang kita dulu mereka tak bekerja dan kerjanya di rumah aja.. layan suami dan anak-anak. Kemas rumah, basuh baju.. zaman sekarang dah berlainan. Para isteri dibenarkan suami untuk bekerja.. maybe akan ada extra job untuk isteri la bila bekerja balik kene prepare hal kat rumah. Untung kalau ada pasangan tu saling sama-sama membantu dan yang paling tak untung salah sorang je banyak buat kerja yang sorang lagi mengarah je.. bila jadi situasi begini, salah satu pihak mula lah mengungkit dan bercerita tanpa disedari telah membuka seluas langit aib pasangan sendiri pada orang lain..





Bila tengok page facebook KRT, banyak luahan pasangan berkahwin yang mengalami masalah dalam perkahwinan mereka. Banyak dan macam-macam cerita. . Punca UTAMA perkahwinan tak bahagia adalah SOLAT.. Kalau kita solat dah, lepastu kene la cari ILMU. Ilmu Allah ni luas… mana-mana boleh cari. Sekarang kan senang, boleh dengar kat Youtube kalau tengah drive balik kerja tu dengar la. Benda ni bukan satu pihak je kene buat, dua-dua pihak kena sama-sama buat. Solat berjemaah bersama kalau boleh.. tapi seharusnya para isteri menyuruh suami mereka berjemaah di Masjid itu lebih baik.. kalau lain waktu solat lah bersama-sama. Bila solat bersama ni, akan lahir satu perasaan kasih sayang antara suami isteri tu.. Suami rajin la bawa isteri bila lapang pergi Majlis-majlis ilmu.. (dulu saya ikut, tapi sekarang sibuk dengan anak dah T_T' jadi suami balik kene sampaikan la ilmu yang dia dapat tu ke isteri dia)


Bagi yang bermasalah dalam rumahtangga mereka.. cuba cari jalan penyelesaian dulu sebelum ambil keputusan untuk berpisah.. Salah satu penyelesaian yang boleh dicuba adalah berbuat baik kepada pasangan korang.. cuba beri layanan sebaik mungkin pada mereka seperti buatkan air minuman ke, cakap lembut-lembut ke.

Oh senangnya saya berkata. Huhu.. ya memang senang, tapi saya dah alaminya. Saya tahu memang susah nak buat susah sebab hati tengah sakit, benci meluap-luap tapi cuba lakukan demi Allah subhanaawata'ala ataupun demi anak-anak kita. Tapi dalam masa yang sama, jaga la baik hubungan kita dengan Allah swt tu. Bila kita jaga hubungan kita dengan pencipta kita ni Allah swt akan jaga pula hubungan kita sesama manusia lain..



Jaga hubungan bukan erti kita solat bila masuk waktu.. kene jaga lah apa yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan apa yang Allah tak bagi buat.
Kita berharap pasangan kita tu mahu berubah tapi sedangkan kita sendiri tak mahu berubah dahulu..


Tengok zaman sekarang, bagaimana runtuhnya akhlak anak muda.. jenayah merata-rata. Semuanya berpunca dari manusia telah tinggalkan agama. Tinggalkan perintah Allah swt.. Tinggalkan solat.. tak pentingkan Allah swt dalam kehidupan. Kucar kacir duniawi ni sekarang.. MASHAALLAH!!


Yang beragama pula menonggang agama, gunakan agama untuk penuhi kehendak diri masing-masing.


SERIUS NI, KITA PERLU KEMBALI KEPADA PENCIPTA KITA.. KITA PERLU BALIK KEPANGKAL JALAN.. JALAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT. JALAN MENUJU SYURGA ALLAH SWT.

Carilah ilmu Allah swt.. Follow Al-Quran dan Sunnah.. inshaAllah akan dapat petunjuk.


***

Belajarlah bersyukur, cuba baca kisah di bawah ni..



Arwah bapak sayang arwah mak. Kami tahu. Kami sangat faham. 
Tetapi dengan cara dia yang tersendiri. Cara kebanyakan lelaki Melayu. Tak perlu diucapkan - Yang penting aku sayang kau. Tak perlu nak menunjuk. Tak pernah sekali pun dalam sedar kami, arwah bapak belikan bunga atau hadiah untuk hari jadi atau ulangtahun perkahwinan. Yang kami ingat kalau ada duit lebih bapak akan bawa kami makan luar. Bukan makan mewah2 pun. Paling hebat meehoon hailam dan laicheekang dan kadang-kadang tengok wayang kungfu cina. Genre kegemaran bapak. Atau sekali sekala kalau rezeki lebih lagi, bapak akan bawa kami makan pasembor di kedai mamak dalam bilik makan yang ada aircond. Kami rasa sungguh kaya ketika tu sebab dapat makan di tempat sejuk. Walaupun hanya makan pasembor dan milo ais. Apa yang bapak buat tu walaupun kecil, Mak nampak sangat gembira. Mungkin sebab kami sekeluarga dapat bersama. Kegembiraan kami adalah kegembiraan mak walaupun hakikatnya mungkin itu hadiah istimewa bapak untuk mak. Kami juga tahu arwah bapak sayang mak sangat2 selepas arwah mak pergi lebih awal dari dia. Walaupun bapak cuba menyakinkan kami dia Ok selepas mak tiada, kami tahu bapak 'menderita' dan sangat merindui mak. Cincin kahwin mak tak penah lekang di jari kelingking bapak. Arwah bapak sayang mak dengan cara dia yang tersendiri yang kalau ditafsirkan pada zaman budak2 sekarang tak romantik langsung. Teruk. Kayu. Manifestasi sayang generasi sekarang adalah hadiah candle light dinner pada hari ulang tahun perkahwinan. Hadiah bunga dan chocolate pada hari jadi. Bukti kasih sayang generasi sekarang perlu dimeterialkan. Lagi besar nilai material berkenaan, lagi besar nilai kasih sayang. Dan apabila ada artis yang hadiahkan percutian ke London dengan tiket penerbangan bisnes class sebagai tanda ucapan terima kasih kepada isteri yang melahirkan anak sulung, beratus ribu like diterima dari nitizen. Tak kurang yang tag suami masing2. Perlukah...? Saya rasa kita wanita perlu lebih rasional dalam hal-hal sebegini. Saya tak salahkan Haniszalikha sebab memuatnaikkan kegembiraan dia sekeluarga bercuti di London. Saya sendiri suka tengok keluarga bahagia ni. Suami kacak, isteri cantik, anak cantik dan kaya! Tetapi bila kita melihat kebahagian dan rezeki orang lain sebagai satu 'hukuman' pada kita yang tidak mampu sekalipun bercuti dengan suami, itu sudah tidak kena. Lebih tidak kena lagi apa bila kita tag nama pasangan kita. Mungkin anda anggap sebagai gurauan suamin isteri, tetapi gurauan ini pastinya menggores perasaan pasangan anda yang selepas 3 hari gaji masuk dah tidak berbaki lagi duit yang ada. Jangan salah faham. Saya bukan nak membela kaum lelaki melayu yang kayu dan tak romantik. Tetapi saya rasa kita perlu lebih rasional. Kebahagian rumah tangga dan tingginya kasih sayang suami bukan diukur pada berapa karat berlian yang dia bagi. Jangan terlalu materialistik kawan2. Dalam zaman sekarang yang mana mencari lelaki baik sesukar mencari gulau enau yang 100% asli, kalau dapat suami yang sanggup teman kita ke pasar pun dah cukup bertuah. Dalam kita mengeluh suami tak bawa kita makan angin, kawan kita mungkin tengah berperang dengan penderaan emosi dan mental sebab suami bermain kayu tiga. Belajar bersyukur. Betul...cakap senang dari nak buat. Mulut kata syukur dan redho tapi hati penuh sengketa. Tapi, tenangkah kalau sepanjang masa kita hidup dengan pasangan, yang kita ungkitkan ialah apa yang dia tak bagi berbanding dengan apa yang dia dah bagi? 
-Sumber FB.



**Maaf panjang pulak menaip maklumler anak sedang lena tido hahaha, terima kasih lah gigih membaca :’p **


Bookmark and Share

Idea Guest Book!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



This coming weekend adalah wedding cousin kepada husband saya.
Exited Mak Mertua saya menggubah hantaran.. memang kesukaan dia buat gubahan.
Wedding saya dulu pun dia banyak buat.


Jadi saya adjust Photobooth la macam biasa.
Ikutkan macam-macam nak buat tapi kene ada perancangan awal la so dok la google contoh-contoh guestbook kat internet ni. Tengok punya tengok alahaii napelaa saya tak buat camni dulu!!


lagi simple..



contoh box ni.
cari kat Daiso, dan beli paper namecard tu. ok gak kan.
Ok, boleh buat la gini untuk next order. hahaha




Ni pun ok. 

 





Just kene susun envelope tu je. kalau saya boleh buat saya buat kat mounting board.
tapi kalau untuk stand tu saya takde laa.. kalau kat envelope tampal kat mounting board tu saya boleh la buat nya.






Ni pun easy.
simple.. and jimat space nak simpan.
cuma kene ada balang kaca tu la..

kalau buat ni takkan saya nak post balang kaca ni kot?
If area Melaka boleh COD je. kene pusing cari balang ni la nampaknya. hahaha






Yang ni pun semart. tapi rajin ke tetamu tu nak ikat bagai? hahahah
paper ni boleh cari.







Guestbook macamni saya boleh buat inshaAllah just print pages dalam dan beli files berlubang je.
Untuk cover pun boleh print tampal je luar.

Jimat la kan






Hallahh
macamni pun nape la tak terfikir dek akal dulu.
Boleh print design card tu dengan design sendiri lipat dua tampal.
so tetamu leh tulis kat card tu. hoo..
boleh ni boleh..
Cari guestbook yang da siap je. just deco belah dalam buku je.






Ni pun, kene cari paper card bentuk love. kalau dalam gambar ni guna kayu.
yang ni kene tempah la tempat lain.. mahal kot gini.
cari ready made je kalau jumpa.. pastu letak dalam bakul ke kotak cantik ke.







Ni simple.
kalau ada orang nak order, saya cuma perlu cari card dan buat design untuk tampal kat balang kaca tu je. Dan juga signage B5 or A4 size.


Contoh Guestbook masa saya kahwin dulu.




Saya design sendiri dan printing oleh kawan saya. Belangkas Art.. (klik on the name to view theirs facebook)


Meja guestbook separa siap



Sebelum nak buh segala mak nenek atas meja tu, saya guna background kertas balut hadiah untuk amek gambo. hihihi
gambar selepas hilang lak laa..
yang flag gantung kat meja tu pun saya bleh buatkan..


Doa-doakan saya dapat beli printer. Printer dulu jahannam suda. hahaha
Harga pun kene tengok cost berapa.. ok kalau nak tengok banyak lagi artwork dan product saya boleh singgah sini ye.


https://www.facebook.com/HMYPaperprops/

atau

WWW.LENSAHAYATI.COM

thanks for reading.


Bookmark and Share

Friday, September 23, 2016

Projek Deko Rumahku Syurgaku - Part 5




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Susulan dari Projek Deko Rumahku Syurgaku - Part 3 saya dah ubah deko kat hujung katil tu.
Kebetulan kat rumah ni memang ada satu katil single, dari takde sape guna saya angkut tilam dia ke Master Bedroom ni. Jadi bilik katil single tu jadi bilik Gym dan barang-barang paintball husband je.


Jadi la tadaa...




*kite suh dia tepi, nak amek gambar dia berlari diri tengah-tengah sambil posing hokeeii*


Frame da siap print. dan gantung! tapi yang side kiri dan kanan tu saya tampal je guna arcylic musking tape. tau dulu saya tampal je guna tack-it. tak perlu la nak ketuk-ketuk paku bagai.. dah la batu dinding ni utuh. tak lut ketuk paku.. hahahahha


Misi seterusnya nak beli kain cadar sama design je.
Doakan saya ya! Puas tau mengemas.. baru tengok situ kemas kejap, toleh balik da kedut.. dah bersepah. eh sabojelaaaa~

Nanti kamu dua orang da besar, ummi denda kemas katil lepas bangun tido hokei.. tak kemas siap! ummi rotan.. hahahahhaa


Bookmark and Share

Wednesday, September 21, 2016

Rumah Awam pun mampu berseri.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Betul lah.
tak perlu nak keluar duit beribu ribu, cukup apa yang mampu dan pandai d.i.y pun da boleh hias rumah cantik. Kagum saya dengan gadis bernama Shamimi ni.. dapat sokongan dari suami mesti la happy je rasa nak menghias rumah tu biarpun rumahnya tak semewah rumah orang lain.


Saya dulu membesar di dalam rumah sekecil ini.
serius, sebijik rumah dia dengan rumah mak ayah saya..
Rasa tercabar pun ada juga hahahahahhaa

okla taknak merapu banyak, moh le layan gambar-gambar dari fb dia ni.
Saya susun gambar rumah sebelum dulu..














Ok ni gambar setelah di hias da rumahnya.









Amacam? hebat kan? tercabar saya.. hihihi
takpe inshaAllah ada rezeki saya nk deko rumah mak ayah saya pula..
sekarang concentrate dulu rumah sendiri.. nak tunggu fulusnya tak berapa mengizinkan.. seronok rumah kecik, sebab nak kemas senang.. lepastu semua sudut ruang dalam rumah tu kita guna.. Betul tak?

Apepun kita perlu bersyukur dengan setiap yang kita miliki.
Alhamdulillah..

ok save, sumber inspirasi. thanks sha.

oh ya, boleh la singgah FB dia nanti.. dia pandai menjahit tau.


Bookmark and Share

Tuesday, September 20, 2016

D'Retro Muara


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Ok saya update 2 entry harini ok sebelum masuk dapur berperang dengan dapur ni. hahahah

Ni pon port makan sedap jugak kat Melaka.



Nama kedai ni D'Retro Cafe.
Tahu pun kedai ni sebab abah saya selalu geng-geng masjid dia bawak makan sini.
Pastu dia nak banjer la anak, menantu ngn cucu cucu dia ni makan ajak gi sini.
Terus sangkut kami anak beranak asal nak makan luar je datang sini.
tapi ada hari-hari tertentu dia tutup kedai, tak silap hari isnin kot dia tutup.


menu dia tak banyak.
takde western pon cuma ada bubur ja.
ada menu lain, lempeng dan cekodok.
tapi lempeng dan cekodok tu dah upgrade ada cheese la. ikut korang nak perasa apa.
cuma saya nak request diorang tambah sikit letak pisang.. lempeng pisang ke cekodok pisang ke.
eh pisang memang sedap! ahaha





Lokasi kat flyover nak ke Mahkota Parade ni. sedap la angin sepoi sepoi masa makan.
tapi kalau hujan sila lah cari perlindungan.. takde payung k kat meja tu. haha





Kot la nak romentik romentik ngn bini ke ngn husband ke gi la sini..
minuman dia pn banyak sedap sedap.. float ada air buah ada.


memang tempat makan selalu datang sini sebab abah ngn ibu suka makan bubur.
kalau nak belanja makan pn memang sini je dalam kepala dorang nak datang makan. hahahaha

Oh dorang ada FB Pages la.
Kalau nak makan light-light la recommended sini.
bubur dia memang sedap! 


Bookmark and Share

Sunday, September 18, 2016

Nasi Ayam Baba




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Ok, nak cite port makan best kat Melaka.



Konsept kedai kayu.



Lokasi kedai ni
30, Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka, Malaysia

Menu dia Nasi Ayam jelaa.
tapi sedap.. ayam pun sedap.
kami makan siap order extra chicken. hehehe.
servis pun baik.

recommended!


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis