Wednesday, March 30, 2016

Aduhh cantik laa!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



 Kalau aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

*hermm hermm herrmm* kembang kempis hidung.
cantiknya laa deco bilik budak budak ni kan..
InshaAllah, tak dapat deco sebijik dalam gambar ni pun takpe.
asalkan dapat deco bilik dan rumah cantik.
baru lah rasa "Rumahku, Syurgaku"
and my kids will never get bored at home.
meh layan gambar..

























Kebanyakkan perabot-perabot ni adalah dari IKEA.. U know why i'm sooo get stuck with IKEA?
sebab idea decorate rumah diorang cantikk! dan kalau saya dapat deco rumah cantik macamni,
boleh jimat duit tak keluar pun takpe, terperap je dalam rumah.

eh, rasa dalam comfort zone la pulak.. T_T'

Bookmark and Share

Monday, March 28, 2016

Berhenti menabur dosa.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



-------
Masyarakat kita ni sama laju dengan berita-berita dalam TV ni.
Ada je benda yang berlaku, terus sebarkan..
terus laju tekan butang SHARE.
Menghentam orang yang bersalah seakan diri tu tak pernah buat salah.
Kalau kisah-kisah macamni, laju je nak diVIRAL kan..
tapi nak dakwah orang kenal Allah, ikut Allah tak pulak jadi viral kan??
Tolonglah ubah diri kita dulu, tak perlu nak cakap pasal kesilapan orang lain.
Apa yang jadi kat orang lain bersyukurlah sekurangnya benda tu tak berlaku atas diri sendiri.
Saya pernah jadi mangsa viral, tapi masa tu tak kena viral kat FB pun dalam blog jugak.
puncanya sebab saya copy url image dia instead of save as dan upload.. n dalam entry saya tu adalah cerita tentang lakonan aaron aziz pujaan blogger tu, habis di print screennya blog saya dan buat entry untuk kutuk blog saya tak semena segala isi blog saya juga dikutuknya dalam comment blogger tu oleh kawan-kawan dia. down memang down sangat. punca sebab url image je pun, and katanya url tu nanti akan effect bandwith website dia la. First of all, saya tak tau akan effect bandwith and nak mudahkan kerja saya tak tau pulak ada effect pada bandwith orang yang upload gambar tu. so nak tegur, guna cara elok, masa tu blog saya ada header ada email address lagi. Kalau tak suka, saya boleh delete gambar tu and save as semula..
Kesimpulannya, manusia tak kan tak pernah tak buat salah. sedangkan Nabi Muhammad saw yang maksum tu pun solat taubat hari-hari.. inikan kita yang bukan Nabi??
Ok point saya sini, isu kahwin hantaran tinggi-tinggi ni nak gi mana?
Kahwin kalau bukan sebab agama dan tuhan, takkan gi jauh pun.
selagi tak letakkan Allah swt tempat paling teratas, takkan rasa lah bahagia kahwin tu sampai bila-bila..
honestly, rumahtangga mana yang takde pergolakkan kan. sedangkan lidah lagi tergigit, nikan pula suami isteri. Jadi, setiap sesuatu yang terjadi atas diri kita. cerminkan diri kita dahulu sebelum mengata kesilapan orang.. sabar dan sabar. sebab kadang kita tak sedar kesilapan kita dengan Allah swt. contohnya, tak cukup solat 5 waktu ke.... tak tutup aurat dengan sempurna ke.. tak ikut cakap ibu ngn ayah ke atau tak dengar cakap suami ke.. menipu orang ke, curi duit orang ke, mengumpat dan mengata orang ke.. benda nampak kecik, tapi hakikatnya itulah dosa besar sekali..
Dan



Nasihat saya, pada orang perempuan yang sedang mengalami masalah rumahtangga. Ubah la diri dulu jika mahu suami anda berubah.. dan titipkan doa-doa supaya suami anda berubah.. lebih-lebih lagi jika si suami masih lagi mempunyai seorang ibu, mohon ibu beliau mendoakan sekali.. kerana doa seorang ibu adalah doa yang no 1 Allah akan makbulkan. Tak percaya?? cuba dulu..

dan sebelum tu, perbaiki diri kita, tutup aurat dengan sempurna. Jangan pamerkan kecantikkan kita untuk tontonan lelaki lain. Utamakan solat! lagi afdal awal waktu.. rajin lah baca Al-Quran.. dan selalu lah pergi Majlis-Majlis Ilmu.. kerana ketenangan kita berada di situ. Dan mudah untuk kita berubah bila kita mintak pada Allah swt.. inshaAllah dia akan bantu kita dia akan beri kita jalan.

wallahuaklam.


Bookmark and Share

Monday, March 21, 2016

Pilihan kita.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.







Tahu tak wanita.
Aurat kita ni menyeliputi seluruh tubuh. kecuali muka dan tapak tangan.
lengan, kaki kene tutup.


apa yang saya nampak sekarang.
banyak fesyen muslimah dan tudung berbagai jenis ada dipasaran.
tapi kebanyakkannya tak menepati syariah sungguh.

ada tu jual jubah, kain lekap nampak bentuk tubuh.
yang tudung pula jarang, pendek..

itu lah fitnah terbesarnya.
walaupun bertudung, tetapi yang lain ditonjolkan.

FITNAH perempuan ni besar.

dan memang ramai wanita terpedaya dengannya.

Fesyen, tak salah.. nak cantik pun tak salah tapi biarlah jangan sampai menarik perhatian
terutamanya lelaki.

sayang sayang sekalian, sayangilah diri kalian.
kita di bumi ni sementara saja, akhirat sana yang kekal..

inshaAllah slow-slow k ubah. 
mulakan dengan solat awal waktu dan solat 5 waktu cukup.
InshaAllah allah akan bantu kita untuk berubah.


Bookmark and Share

Gigi Geraham dah cabut!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Tahu tak seksa betul ada gigi geraham bongsu ni.
kalau makan selalu tergigit lidah kadang isi pipi tu. Doctor kata sampai ada parut dah kat situ.
Kalau gusi bengkak lagi la nak kunyah pun tak selesa.

Masa pregnant Maryam 8 months tu tiba tiba gigi tu sakit berdenyut nyut nyut lepas makan kitkat.
skali tengok rupanya dah berlubang..

tak perasan sungguh gigi ni bila dia berlubang.  my bad T_____T'


Sadiss seh. dulu doctor suruh cabut TAKUT!!
tapi sekarang terpaksa laa. dari simpan buat sakit je buat apa.

masa tu doc nak x-ray tapi tak boleh sebab ada Maryam.
so doc tampal jela..

lepas tampal and dah bersalin saya rasa da ok. tapi still la kalau goyang goyangkan gigi tu ada rasa sakit ngilu macamtu.
lepas doc dah bagi tarikh nak surgery.. rasa macam berdebar-debarr sangat.
tapi kalau tak buang, bila lagi nak buang kan? dah teruk plak tu gigi ni.


sampai je tarikh tu.. pagi tu bangun makan kenyang-kenyang siap.
hubby apply cuti so dia boleh jagakan Anep, cuma tumpangkan Maryam jap dgn jiran depan rumah.
Ibu ngn Ayah saya ke singapore ada wedding.
macam-macam hal pulak weekend tu. masa tu mula la rasa nak extend tarikh la apa bagai.

TAPI

tak boleh!!

kene jugak cabut!!

Masa nak surgery tu jantung memang kencang neh.. zikir macam-macam zikir dah baca. still lagi tak reda.. buat-buat bz benda lain, scrolling fb ke.. wasap ke.. dah kurang sket neves ni. dah sampai nombor giliran masuk la, cakap dengan hati sakit beranak dah hadap takkan la sakit gigi pun nak lari? kihkihkih..

masuk-masuk bilik tu ready preparation nak operate gigi ni.
sakit mula-mula masa kene suntik ngn ubat bius je la.. lepastu pipi, lidah dah kebas dah tak rasa apa dah.. so Doctor pon mulakan operasi. Nak cabutkan sebijik gigi ni kemain la degilnya. sebab akarnya besar kat dalam tu. Doc kene belah gigi tu untuk senang nak tarik keluar.. mula belah dua je, skali jadi empat belahan dah. Yang buat jantung macam nak berlari tu sebab dengar bunyi ngilu gergaji kecik tu.. perghhh nyaringgggggg~~ nak pitam rasa. hahahaha

Doc dengan pembantu dia cuba sedaya upaya nak keluarkan gigi tu. ditolak tolaknya rahang ni. sakit sebab kene tolak kuat tapi angkat tangan la nanti dorang stop pastu sambung balik.



Ni laa rupa gigi sebijik yang dah dibelah belah nya. hahahaha


lepas dah setel semua, doc suruh gi ambil ubat paintkiller ngn ubat komoh. masa tunggu husband nak ambil tu dah telan da dulu.. biasalah saya ni tak tahan sakit. hahahaah

sakit bisa sikit masa 1st komoh slow-slow nak ambil wuduk tu. lepas solat makan dulu kenyang sikit baru telan paintkiller.. dan tuam dengan ais kat bahagian pipi dengan rahang tu.. 1st day la makan bubur je, 2nd day makan benda lembut-lembut. nak makan nasi tu isi la kuah banyak-banyak macam banjir pastu tenyeh nasi tu sampai hancur and kunya pelan-pelan. 

sekarang kurang dah sakit tapi rasa tak selesa gigi tu macam berdenyut sikit rasa macam nak cabut sendiri pulak gigi sebelah yang cabut tu. ahahahahaha


ok laa.. apepun, dah selamat dah gigi ni dikeluarkan selama ni gigi ni menjadi mimpi ngeri sayaaa sepanjang dia ada. gigi sebelah kiri, da cabut bahagian atas so should be no problem lagi cuma kene gosok belah dalam jela..

korang, mana yang ada gigi geraham yang nyusahkan ni gi la check kalau boleh cabut gi la cabutt..
saya tak sabar nak baik ni! nak mengunyahhh.. hihihi

tata uols!

oh btw, saya gi cabut gigi ni kat Klinik Pakar Bedah Mulut Hospital Besar. So far doctor dia ok la and doctor pelatih pun ok.. bayaran surgery RM50 dan register RM5.

Bookmark and Share

Monday, March 7, 2016

Cloth Diapers




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Orang dulu-dulu panggil lampin.
cuma lampin dulu-dulu lipat macam segitiga, pastu ada satu lapisan plastik bentuk segitiga juga pakai kat luar.. saya pernah tengok orang guna lampin tu dulu. hihihi
cuma lampin sekarang dah ada kemajuan. 
ada rupa macam seluar dalam ada butang banyak-banyak kat depan dia.


Buat masa ni saya guna CD (singkatan untuk cloth diapers) untuk anak kedua saya.
sebab tahi dia ringan lagi..
walaupun bau boleh tahan dah wangi dia.. ahahahahaha

saya gunakan CD untuk dia masa kat rumah jela.
sebab bila kat rumah senang terus cuci sidai..
kalau bawak ke luar leceh nak letak dengan dalam bag lagi.
kalau memori emak dia hebat takpela jugak.
kalau jalan-jalan saya pakai lampin pakai buang ajelahhh...



Untuk serapan yang ultra maksima saya gunakan kain lampin ni.
kadang-kadang tu, kain lampin tu je basah yang belakang dia kering sikit, tukar kain lampin je takyah dulu.. bila guna CD ni, kalau nak sarung seluar nampak buruk sikit sebab CD dia besar. hahahahhaa baby belum berjalan takpe la. takyah sarung seluar, pakai romper je. hihihi




Banyak kebaikkan menggunakan Cloth Diapers ni.
salah satunya dapat menjimatkan kos penggunaan pampers pakai buang.
(tapii saya campur-campur guna.. kalau jenjalan saya gunakan pampers buat masa ni koleksi CD hanya ada 3 je)
bayangkan dalam sehari dapat jimatkan 3 keping pampers tu. kalau tiap-tiap hari?
cuma kene ikut kerajinan ibu dia nak cuci la kann. hahahahahaha!!!!!
that's why saya kene kumpul banyak-banyak. nak-nak time dia berak taik pekat likat MASHAALLAHHH! kene rendam laaa dulu. sental-sental pun tak ilang warna lagi.


selain tu, penggunaan CD ni mesra alam. dapat membantu alam semesta dari banyaknye pembuangan bahan-bahan seperti pampers pakai buang ni.. 


Penggunaan CD ni juga dapat memberikan kesihatan kepada kulit bontot baby kita.
selalunya, kalau salah pilih jenama pampers akan beri impak pada kulit baby kita.. rashes la sampai merah.. melecet. kesian baby merengek ajee..


CD ni lagi kebaikkan dia.. boleh digunakan berulang-ulang kali. kalau tak koyak boleh pakai sampai 7 keturunan gitu.. eh takdelah keturunan, 7 beradik ke camtu.. ahahaha


Size CD tak perlu risau.. CD ni boleh diselaraskan ikut butang-butang tu. dan sekarang kat pasaran dah macam-macam jenis CD ada.. siap corak cantik-cantik lagi. Sediakan duit jelaaa.. pastu tak perlu risau lagi nak beli pampers kalau terlupa size anak kan.. biasa jadi mak ni kalau anak da masuk 2,3,4 dan seterusnya otak tu jadi pelupa sikit. ahahahahaha saya pun kadang jadi gitu. 


Selain kebaikan dia atas juga, CD ni masih ada nilai contohnya boleh jual Pre-loved bila anak-anak da besar and dah tahu berak kencing sendiri.. haa. sape ada nak jual pre-loved tak?? bak meh sini laa...saya nak beli. hihihi




Jadi ibu-ibu muda.. marilah kita berCD!! ecewahh..
cita-cita saya nak kumpul CD banyak-banyak.. malas nak mencuci kejap-kejap..
rendam-rendam, masuk mesin basuh pusing kering sidai! nak guna capai je.. ha gitu.
jimat kewangan nak beli pampers.. pampers da la mahal sekarang.. 


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis