Thursday, January 14, 2016

Healthy skin bermula dengan VASELINE.



Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Hahaha.
ok laa kulit kita ni. lagipun jarang keluar rumah sekarang.

pegilah try tengok kulit korang mcamana kat sini.



Actualy, saya ni ada problem kulit. lagi-lagi kalau bermain dengan sabun.
toksah kata la kasar dia macamana..
macam-macam lotion dah cubaa.


 

Dulu guna Johnson tu pun tak suka.
yang L'Occintane pun sama jugak.
wangi memang wangi tapi ada melekit.


Lepastu, kawan suggest untuk yang ni.
Ok sikit la tapi masih lagi ada lekit-lekit tu nak nak bila
terpicit banyak..
jenuh nak sapu je sampai kering.
masa tangan kasar tu pun kene sapu banyak kali untuk hilangkan rasa kasar tu.



Sampailah one day, my mother in law bagi lotion ni.


Vaseline healthy white.
memula tu buat-buat sombong jugak kat lotion ni sebab fikirkan alah nanti pakai sama je melekit.

Pastu.
satu hari tu, cuci baju kene pegang sabun..tangan dah kasar. so i applied la lotion ni kat tangan.
rasa kasar-kasar tu kurang tau.. so kulit jadi lembut jee.
kalau lepas sapu tu terpegang air pun lekit dia tak berpanjangan just lap kat baju da tak rasa lagi.
pastu apply la balik. Plus dia memutihkan dan menggebu kan kulit tangan.

Sedap pakai.. tak tahu nak define kan macamana. hahhaa!
tapi once dah sapu tu rasa kulit kita lembut je.
melekit pun tak sangat..
Try laa.. wangi jugak tauu.
saya letak botol ni atas meja cermin dalam bilik, anak-anak buah saya pun sapu sekali siap sapu kat kaki-kaki. alahaaaaaaaii budak budak ni..

ok la. tu saja. sekian~



Bookmark and Share

Tak Perlu.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Tak semua benda kita perlu share. Lagi lagi zaman sekarang, zaman fitnahtuldajjal.. 
dan zaman viral. huhuhu.
Nak post gambar family, tak salah pun.
Nak post gambar anak, tak salah pun.
cuma
janganlah keterlaluan sangat..
selang seminit upload..
walaupun itu akaun anda sendiri.
apa-apa benda yang boleh menimbulkan fitnah, tak perlu la share / upload.
contohnya,
Selfie masa lepak minum kat atas meja ada kotak rokok, tapi kita tak merokok.. bila ada somebody komen tegur pasal rokok tu kita melenting dan marah dia balik.. sedangkan, gambar tu menimbulkan fitnah dan tak perlu nak ditunjuk.. tak tunjuk orang tak tau.
Lagi satu,
kita selalu post perkara-perkara yang berkaitan hati kita, contohnya pasangan berkahwin yang sedang mengalami krisis dan si isteri pula post artikel untuk suami atau post luahan hati.. walaupun orang tak tahu tapi orang akan dapat agak benda ni..


Diri kita ni ada dua situasi. Situasi pertama yang berkemampuan dan yang tak berkemampuan.
Masa kita berkemampuan, jangan selalu sangat menunjuk kemampuan kita ni.. sebabnya kita tak tahu masa bila kita akan jadi tak berkemampuan. So, bila kita berada dalam saat tak berkemampuan nanti akan rasa satu perasaan yang kesal atau sedih. faham tak?
contohla, memula kawen seronoknya hari-hari posting hal ehwal rumahtangga yang bahagia. suami / isteri tu sweet ke romantik ke.. then suddenly, your spouse wat hal.. curang ke apa la.. masa tu rumahtangga dah kurang happy dah.. so that time akan tengok pula pasangan lain yang baru kawen posting kebahagiaan diorang.. masa tu akan timbul rasa sedih, kesal or etc-etc. dan mula la buat status menyindir orang lain ke what so ever..
Lepastu, kalau jadi satu satu benda.. jangan berpihak pada satu pihak saja.
selidik dua dua pihak.
dengar cerita dari kedua dua pihak, bukan dengar pada satu pihak lepastu backup melebih lebih.

Jadi bersederhanalah dalam kehidupan kita ni.
Kita ni Allah kurniakan akal untuk berfikir, dan agama sebagai pembimbing.
kalau guna logic akal je tanpa terima agama, terpesong jugak akidah tu.
sebab tu hidup kene ada agama dan faham agama..
Lagi lagi agama islam, agama yang benar!
Jadi marilah sama-sama kita mencari ilmu agama..
tak perlu bayar, cuma perlu hadirkan diri di kuliah-kuliah agama je.
Al-quran pun sekarang dah ada yang terjemahan..
kalau tak faham terjemahan, boleh cari kelas yang menerangkan tentang kitab-kitab al quran.
bayaran pun tak semahal bayaran perlu belajar kat Universiti tu ok..
tu saja.


sekian.
*saya dulu pun pernah buat silap, tapi kalau dibiarkan kesilapan tu tanpa lihat dan cermin diri sendiri memang sukar untuk berubah.. dan alhamdulillah, semakin kita dekatkan diri dengan Allah swt, Allah akan pelihara diri kita dari melakukan perkara-perkara fitnah.. satu lagi, walaupun ada antara kita yang solat tak tinggal, rajin puasa sunat dan masih lagi buat perkara-perkara fitnah ni cubalah semak semula amalan kita.. dan sebab mengapa kita masih lagi tak tenang sedangkan dah solat dan lain-lain.
Allah subhanawataala sangat sayangkan kita bila dia pelihara AIB kita, kenapa pula kita yang nak tunjuk AIB kita pada orang? kan..?
wallahualam.
Bookmark and Share

Monday, January 11, 2016

Wanita begitu berharga.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب 
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور 
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور 
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم 
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.


Kecoh dah isu Amran Fans dan Nik Ying kat FB ye.
Kasihan pada akak tu, sendiri bakar diri.
Yang Amran Fans pula.. sudah sudahlah share gambar akak tu.


Bayangkan yang buat kesalahan tu diri sendiri.


Jadikanlah isu ni sebagai pengajaran untuk kita dan saudara mara kita.
Benda yang bakal menimbulkan fitnah baiklah elak kan.
Apa-apa perbuatan kita, janganlah keterlaluan..
sebab kita ni masih jahil!
1400++ masihi kita ditinggalkan Rasulullah saw
banyak sangat ilmu-ilmu agama yang kita tak habis belajar, tak berapa faham dan banyak kekeliruan.

Tapi dalam isu ni,
saya sendiri boleh fikir dan rasa malu bila sendiri breasfeeding anak dan selfie ke facebook.
seolah-olah saya, membuka baju saya dan keluar dari rumah bertelanjang.

Benda ni menimbulkan fitnah..
tu sebab orang perempuan ni wajib tutup aurat.
yang tertutup ni cantik.. percayalah.
salah satu sebab kita rasa macamtu, kita tak berapa rapat dengan Allah swt.

Kita tak attractkan diri kita dengan akhirat.
Bila kita semakin dekatkan diri dengan akhirat, inshaAllah, Allah akan pelihara diri kita dari buat perkara yang bakal menimbulkan fitnah.
Kita mengaku kita islam, tapi apa yang Allah swt suruh kita buat, kita buat tak??




Bookmark and Share

Tuesday, January 5, 2016

Shopee





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Selain website Mudah.com dan lazada kini terdapat satu lagi online shop yang mudah.
SHOPEE.com.my pula.

Dalam Shopee ni,
dia memudahkan proses belian dan jualan.
si penjual/pembeli perlu download apps berkenaan dalam telefon pintar korang dan lakukan beberapa proses seperti maklumat diri alamat rumah dan no akaun bank.


saya baru je jual beberapa barang-barang Pre-loved.
cumanyaa
kalau korang nak expect dapat duit yang ditransfer ke akaun korang tu lama la sikit.
lebih dari 3 hingga 4 hari.
kerana,
semasa proses pembelian dan jualan duit transfer tersebut disimpan di dalam akaun shopee dan bila barang yang dijual tu dah dapat, pembeli tersebut perlu update di system shopee untuk proses duit transfer ke akaun si penjual pula..

cuma saya musykil sket,
kalau orang yang beli tu dah dapat barang tapi tak update kat shopee tu macamana plak ye??
duit boleh dapat ke?


jadi,
saya nak jual clearance stock tudung bawal 45' ni.
ada 3 jenis.





si purple

si oren

si hijau


Saya jual RM10 sehelai tanpa postage.
Stock beberapa je ni..
kalau berminat korang boleh beli kat my shopee ni.


Ni antara model yang pemalu pemalu. huhuhuhu



Ok la. see you gais later~

Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis