Saturday, September 17, 2016

Cerita Raya Haji.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Alhamdulillah.
diberi keizinan oleh Allah swt beraya haji di Kelantan. Negeri kelahiran suami dan kampung belah mertua (ayah) di sana. Kalau balik sana, macam biasalah "Syurga Makanannnn" dah la sedap, murah lagi. Kejap kejap makan.. kalau sebulan kat sana ni mau balik Melaka jadi bymax. gahahha
Husband kalau pagi dia suka breakfast kat sini.

Nasi Lemak TC dulu nama kedai ni, lepastu tukar lain.
Menu dia Nasi Lemak je kot.. ada special sambal. sambal daging.. sedappp weh nasi lemak.
Kalau kat Klate ni, suka sana makan macam-macam lah. Kueh akok la, etok la, nasi dagang la, pulut duriann eh.. tapi yang best Teh Susu dia.. kaww la. Teh thailand kan pekat sedap lemak berkrim.. hahaha




Masa raya tu, kan kejap kejap makan.. husband kata malam nak pekena teh tarik.
sanggup la gi merayau cari kedai makan.. nasib baik malam raya ada kedai bukak..
tengah jalan-jalan tu, nampak kapal terbang kat depan kedai.. terus cakap kat husband, ini la kot kedai yang penah viral kat FB yang kata dia letak kapal terbang betul depan kedai.. 
Anep mase tu tak perasan kapal terbangnya..

dah parking tepi jalan nak gi kedai tu baru dia nampak. terus la bebel.. "ebangg.. ebangg" jakon sekejap dia. shiann. hahahaha


Sampai-sampai je duduk, pekeja dia bagi mangkuk makanan ikan.. sambil la diorang amek order kan.
yang exitednya anak, tapi mak ngan ayah pon sama jakon la kan dok bagi ikan makan..
mana tak jakon, kot kat Melaka takde lagi konsep kedai makan macamni.. kalau ada pun kitorang belum jejak kaki lagi laa hahahahhaahhahahahhahahhahha 


Malam tu kami makan Kueytiaw Hailam. kongsi satu pinggan makan 4 orang. Include ibu dan baba saya la.. bawak diorang jalan Kelantan sama. Sedapp laa. Air teh tu pun kaw betul. Husband siap order lagi satu teh o beng eh.. yang si Anep lak makan fries tak abes dia bagi ikan.. T___T' 


Next time kalau balik Klate, kitorang nak singgah sini lagi.



Masa kat sana, kami tinggal di Homestay kepunyaan nenek suami. Ar - Rahmah Homestay.
Rumah tu dulu rumah arwah atok husband.. besar sangat sebab 4 family duduk sekali termasukla family suami sekali.. Recomended, bilik luas.. kalau 1 family duduk 1 bilik ok la sebab dalam bilik ada katil queen satu dan katil double decker.. Dapur pun luas, boleh memasak.. ada kettle, oven, periuk nasi, peti ais dan mesen basuh. Cuma mandi bilik air je takde pemanas air. hehehe





First day tido - Maryam dah sleep, Anep lak exited. turun naik tangga.. bebel-bebel.
2nd day tido - Anep pengsan dulu, maryam lak taknak tido dia mengemas almari baju.
3rd day tido - dua-dua hyperr!! taknak tido. hahaha

sabarjelaa!

tapi bilik besar ada air-cond.

Rate harga RM450 / night tapi kalau nak tido lebih bape hari mungkin boleh kurang lagi la.
Boleh contact Auntie da - 0192255961 untuk booking.

Gambar-gambar bilik saya lupa lak nak amek, sebab sampai rumah je da letih berjalan.. balik bilik landing ajoo tak landing kene siapkan anak-anak hahahaha. tapi kat iklan mudah ni ada la beberapa gambar. klik sini.


Okla setakat ni jela saya punya coretan.. ada lagi nanti saya cerita. Anak da memekak ni. haha


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis