Monday, August 15, 2016

Hari-hari bikin haru.



Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 






Alhamdulillah. keluarga kecilku ni.

tapi

hari hari haru biruu..
mana tak. nak layan dua-dua sekaligus memang tak dan la.
kene ikut turn.

lagi haru kalau nak masuk dapur nak masak tu.

pada pendapat saya, bila anak da pandai berjalan ni mungkin akan menyenangkan sedikit kerja-kerja ibu kot. maksud saya, takdelaa kejap-kejap nak melalak asal mak dia hilang.

kadang tu, time kita tengah sibuk nak masak time tu la dia nangis mintak dukung.
dengan abang pun sama mintak air la biskut la.
rasa nak transform jadi hijau ok!!!

tapi banyak la saya tanya tips tips dari orang.
especially dari orang yang berpengalaman haha.
normally, awal-awal ni memang susah nak adapt la. memang huru hara.
tapi lama kelamaan da boleh la sikit-sikit.

contohnya.

pagi tu bangun, sebelum pukul 6 ready nak solat subuh. pastu turun dapur.
readykan air dan breakfast untuk suami.
keluarkan bahan mentah untuk masak tengahari.
pagi isi perut dulu dengan oat ke, telur hancur ke.
kalau rajin sikit buat cekodok ke. mee goreng ke.

naik atas tengok budak-budak ni. biasanya dorang tido lagi. tapi kadang-kadang tu sama lorat bangun time kitorang nak solat subuh.
kadang ikut mood saya gak aaa.. kalau badan letih tu sambung la tido balik ngn dorang hahaha.

bila dorang bangun, ni pun tengok timing jugak.
kadang bangun awal pukul 8 lebih gitu kadang kol 10 lebih gitu.
(biasanya kat rumah ibu time dorang bangun da suap makan daa hahahaha)
so bangun je mandii.. turun bawah bagi makan yang pagi tadi makan tu.


Bila dorang dah kenyang, kita pulak pulun dapur.
eh tapi sebelum tu sebelum nak join tido tu. baju sume da masuk mesen basuh da.
so masa masak tu multitasking aa jugak tengok mesen basuh.

okehh mesen basuh kat toilet tingkat atas tauu.
sambil masak, lari-lari tengok baju. haaa
gila hari hari gitu tapi tak kurus-kurus jugak!!!!!

da siap masak.
makan sepingan 3 beranak ni.

dorang kenyang. sambung sidai baju sambil kemas rumah. ada tu kenyang je mula la proses ta*k lak.
dah kemas-kemas rumah mop lantai time dorang ni tido.
tapi tengok nasib laa kalau dedua tido seronok sikit buat kerja..
kalau tak, salah sorang la tido. biasanya si kecik tu tido baru la mop mop sebab yang besar ni dengar arahan kan.. plus dia da pandai grip jari dia kalau lantai tu basah.
tapi lepastu kotor balik. T__T'

bila petang, solat asar dulu nak kol 6 tu mandikan dorang siap-siap.
panaskan lauk yg tengahari tu.. tunggu husband balik.
makan sama-sama.

letih kan housewife sepenuh masa ni.
kadang nak 'me time' pun anak sama lorat.
masa dorang tido laaa baru dapat 'me time' nya..

tapi takpela.. ustaz kata, setiap penat letih kita untuk keluarga kita ni ibadah.
ibadah tentulah dapat pahala.
demi anak-anak ummi sanggup!!!

tapi jangan aa ari-ari nak buat umi tukar jadi hijau.
tak elok kan.
hahaha ok bye!


Bookmark and Share

2 comments:

sitinurulaieen said...

Aaaaa..betty dah dua dah anak ko ye?? Alhamdulillah.... cecomel je anak-anak.. hehee.. berusahalah!! Chaiyok2!!

Hayati M Y said...

Alhamdulillahh.. cenonet haru biru.. bila nak jmpe deme? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis