Friday, July 22, 2016

Open House rumah Azie




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Azie ni salah seorang ofismate masa saya kerja di Danau Digital.
Masa kerja tu kami takde la rapat sangat. hihi jadi rapat pun sebab kitorang sama langgan P1 dulu.
kihkih terima kasih P1 sebab service teruk, dari situ kitorang start wasap-wasap.
bila saya dah habis contract kitorang masih lagi berhubung through wasap group Danau.
Rumah dia la rumah pertama jemput makan-makan yang saya dapat gi raya tahun ni tau.
tapi buat untuk kita-kita je la.
kihkih.
Menu pun simple je,
Mee soto, Mee goreng ngan brownies.
semua nya la sedap-sedap belaka.
Masa hari dia buat makan-makan tu lak, husband saya tak available nak pegi skali.
Mujur la ada supir dua ni tolong ambilkan.. hihihi

Kocix belah kiri, kanan tu Maslizort. (single lagi tau, yang kiri je tak available ahaha)
ngan dila, kete satu lagi..
Group saya tiba awal.
dah sampai bedal makan la dulu kan. Sementara tunggu yang lain-lain boleh 2nd round lagi.
ihikss.
pastu, sorang-sorang tiba ngan family memasing.
riuh jap rumah dak azie.
saya bawak anip je, maryam masih lagi perintah berkurung tu. takut lak dia jangkit kan kat baby-baby lain tu.
Dah sudah makan, sesi tangkap gambar la plak..
geng-geng suami diorang ni dok geleng kepala je tengok isteri diorang punya gelagat.
eh, setahun sekali kot. ini pun dapat berkumpul sekejap pun dah happy. nak jumpa selalu memang susah la kan.. melainkan yang masih lagi staff Danau tu.
okla, layan jela gambar-gambar riuh raya kitorang ni. hahaha



Meh saya kenalkan, dari belakang tudung purple tu Teha ngan anak dia Faiha.
saya, sebelah saya tu Munirah dan anaknya Naurah a.k.a nauyah.
tudung biru tu Mida dan anaknya Amani.
belah depan tudung marron tu pun single, Dila nama diberi kemudian Fara a.k.a Kocix, Shidot, Azie (tuan rumah) dan akhir tu Masliza boleh panggil Liza panggilan mesra. hahahha





Ingatkan Azie tinggi lagi dari Cidot ni, rupanya korang sama level daa. :'P



candid-candid.



Bukan main banyak lah snapnya. lama lak tu dari pose gini ke pose gitu,
sampai anak pun meragam haa cepatlaaa habis! haha
sabola ye nak.. bukan selalu emak-emak korang gitu.





Thanks so much azie, dapat jugak kitorang mini gathering plus reunion.
Walau jauh dimata, tapi dekat dihati cewahh..
Semoga Perkawanan dan Persahabatan kita kekal sampai akhir hayat k korang.
aku sayang korang semua tau!

(eh tetiba da guna aku?.. oops)



Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis