Tuesday, May 3, 2016

Membesar dengan labih bijak!!





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.





Pejam celik pejam celik pejaaamm lama sikit pastu celik
dah besar dah dua orang anak anak kecik ni.

Hmm.
Letih tak hingat tau.
tapi takpelaa, asalkan ummi can see you guys grown in front of my eyes.
dah besar nanti kita jadi geng..  jangan simpan cerita yang ummi tak tahu tau.
ummi nak tahu semua cerita kamu berdua nanti.



Lama nya tak sempat nak update blog ni.
dipendekkan cerita,, PC saya kene petir. Jahanaaamm T_T.
modem pon rosak. Mujur dapat selamatkan hardisk external.. banyak woo files kerja dalam tu.. gilaaa tak mahu kene redesign balik semua semua. hadoii..


Skarang update guna laptop purba kala zaman tok kadok (zaman Utem pnya dulu)
nasib masih boleh operating lagi..
Ada laptop lagi satu, problem kat wifi plak takleh connect. lepastu sendiri format terformat plak partition yang lagi satu.. skarang ada dua windows dalam satu laptop tu.
godeh godeh terus hilang semua. T_T kene hantar klinik.


Lately bz pulak.. balik dari Perak haritu tak dan nak duduk berjam jam depan computer ni hah.. nk review homestay masa kat Perak dan Homestay kat Cameron haritu pun tak dan.










Nak cerita kisah anak dara sorang ni.


Nampak tak bintik  kat pipi dan dada dia tu?
tu bintik yang kedua tau..
masa first bintik tu  lama dah actually...... rasa rasa macam kene gigit nyamuk.
tapi makin lama tengok macam lain macam pergi dia.
sapu ubat dah apa semua. so saya pun expect la Maryam ni allergic kotttt.


sampai la suatu hari badan dia dedau panas.
Malam tu tido makin panas, terus amek asam jawa ramas-ramas tuam kat badan dia. kurang sikit panasnya..
esok tu balik rumah Ibu, bawak jumpa Maklong Munah... before tu Maryam ada jatuh katil, golek golek hah tergolek ke bawah.. nasib takde luka mana-mana. cuma terkejut la kot.
lepas Maklong Munah bagi air minum, kuar plak bintik bintik merah macam ruam satu muka dan badan.


Sudahhh, kene demam campak rupanya.
so saya rasa terjawab la segala pertanyaan bintik di muka maryam selama ni.
bintik tu bintik cikenpox la rupanyaaaa..
Maklong Munah suh mandikan dengan air telur ayam kampung, pagi esok tu mandikan dia.. then hubby balik beli air kelapa muda.. habis sebotol tu dia minum. terus makin menjadi merah dia.. kuar dari muka.. banyakkk sangat. sampai Maryam gosok gosok mata dia.
kesiaan tengokkan.. masa tido macam-macam tak kena. sampai saya hampir nak emosi dah sume benda dah buat sumenya tak kena.. hubby bangun dodoi dia kejap. baru dia tido..
Anak demam, buntu ibu dibuatnya. kesian yam..
kene perintah berkurung dia.. dapat jalan kejap pun jadilah. tu pun dalam kereta. hihi.


Now dah ok da.. cuma nak tunggu saki baki tu hilang.
Alahaii yam.. teruk pula dia kene, masa abang dulu tak la teruk macamni.
takpela.. apepun ummi doakan kalian berdua dilindungi dari sebarang penyakit merbahaya.
InshaAllah amin.



Bookmark and Share

2 comments:

kocix! said...

yam.yam. sian yam. masih comel lagi yam cikenpox pon.kekekekke

bety! aku dah xde blogspot. aku pakai lain. huhuuu..mailah melawat

paghah.wordpress.com

Hayati M Y said...

Haruslaa comel. sakit2 pn makan tetap ONZZ ahaha.
ok kocix aku nak letak kat list friend tepi ni kay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis