Monday, September 28, 2015

LAZADA on SALE!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Before Raya Haji haritu, saya Online Shopping kat Lazada.com
Macam biasa.. sebelum tu beli tudung Instant Shawl Labuh dari Zon Kuliah.
Ada balance duit lagi.. hmm start la usha Lazada ni.


Saya Order yang ini.
Actually, pakaian Muslimah dari Wafiyya by Dollscarf ni banyak tau cantik cantik!!
tapi size L takde plak..
mungkin saya yang lambat grab.
Ada sehelai tu, dapat klik saiz L tapi masa nak payment lama gila tunggu.
Tengok Tengok purchase yang saya order tu dah takde.
Huwaaa cantik dah baju tu! tapi takde size plak.
saya pon pilih jelah yang ni.

dengan lagi satu



Yang ni murah sikit.
dari yang lain lain cantik jugak tapi baju dia tak tutup bahagian punggung pula.

Esok tu,
Terus dapat SMS dan Email barang-barang dah dalam proses penghantaran.


Weee!
sukaaa..

haha tak dan lah nak berposing dengan baju ni.
sampai rumah pun dah petang, hihi..
puas hati la dapat beli barang kat Lazada.com


Insha Allah next time boleh shopping lagi. ihihihhi


Bookmark and Share

Sunday, September 27, 2015

Big Mug, Big Plate




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Last Week, FIL & MIL balik Melaka sambut Raya Haji.. Happening dapat berkumpul dengan keluarga Mertua. Paling happy si kecik ni la, ramai kawan tapi kawan kawan dia ni semua dah berkaki. Dia je belum lagi.. hahaha takpela Anep, slow slow ok.




Mak mertua ajak makan malam sama-sama.
Kakak Ipar suggest kami makan kat sini sebab Raya kan kedai makan banyak tak bukak.
Mujur Big Mug, Big Plate ni buka,
So kitorang pon serbu laa..



Not Bad.
Suasana Kedai cantik.. ala-ala Cafe.
Makanan pon also boleh tahan.
Tapi gambar makan takleh la upload.. nanti korang kempunan / terliur, susah pula nak belanja semua yang kempunan tengok gambar tu.. Allahai. kat dunia dah susah, apelagi la kat Mashar nanti. T_T'




Bahagian hadapan pintu masuk kedai.




Tempat buat air dia kat tengah-tengah. Tempat masak kat belah belakang sana.




Ada Kufi ayat Bismillah..
Cantikk la suasana kedai ni.. memang menarik konsep yang diketengahkan.




Tengok meja makan dia, cantik kan..
Kedai makan ni ada surau, dan toilet dia pun bersih.

  


Basically, lampu-lampu kat syiling dia letak dalam balang. hahaha 
menarik sangat..

saya pun tak tahu macamana nak namakan konsep kedai makan ni. kekeke
Tapi memang menarik.
Jom tengok kat Menu makan plak.



Husband saya makan Lamb Shank.
Saya makan Chicken Grill..
Dua dua sedap.. tapi memang tak boleh lawan Menate la hahaha.
Presentation makanan pon cantik.

Harga pun ok jugak la kan.
Memang makanan di hidang dalam pinggan-pinggan besar semua.
Patotlah nama kedai pun Big Mug Big Plate. hihi

Air dia dalam Jug. saya nak order Root Beer Float malam tu tapi sebabkan kesihatan gigi tak berapa baik jadi order saja air buah.. *srobssss

Ok tu sajelah cerita saya untuk entry ni. 
Kalau korang jalan-jalan Melaka dan nak mencuba makan di sini
Google Maps je alamat ni.

41 Boulevard Business Centre, TU 46 A,
MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Sebelah dengan Klinik Nazmir.


atau korang follow instagram mereka.



Bookmark and Share

Thursday, September 24, 2015

Set Pengurusan Uri.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Zaman sekarang semua benda jadi mudah.
Masa first dulu, gigih siap beli periuk tanah liat yang orang india masak tu lah bagai.
Kesimpulan yang orang tua-tua selalu kata, balang besar nanti anak kuat makan.
Walid hanif ni beli balang besar tu. al jadilah hanif makan apa sajaaaaaaa. hahahahaha

Tp kebetulan je tu. Tak boleh lah nak percaya sangat kan.
Last Week, husband bawa ke Expo kat MITC. Pusing punya pusing terjumpa set ni.

Mudah kan?
semua barang barang untuk cuci uri dah disediakan di dalam ni.
Nak tanam nanti masukkan dalam kotak coklat tu.
Asam jawa pun ada. barang barang ni dapat bertahan 2 bulan je tau.
Dah alang alang adik anip ni nak keluar bulan depan kita rembat la satu.


Satu Set ni dijual dengan harga RM25.
(tak dapat mintak murah.. hukhukhuk)
tapi takpela. asalkan produk keluaran orang kita support la kan..

Untuk yang berminat nak cari Set Pengurusan Uri ni bolehlah contact akak ni.


SITI BAYZURA AHMAD
013 - 241 0216
FB / IG : SHAHZURA BRANDED


Bookmark and Share

Tuesday, September 22, 2015

Pernah dengar Ventilator System?




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Pernah tengok benda sebegini kat kilang atau industri kan ? 
benda ni banyak apply kat kilang..


tapi orang jarang apply kat rumah


Haritu, kami ke Mydin ada orang promo bende ni.
Masa tu Promosi harga Rm1k harga asal dia dari RM1.3 - RM2k kot tak silap.
Tak berapa ingat la. hihihi.


Tapi memang saya dan suami plan nak pasang something supaya haba dari bumbung rumah ni dapat keluar.. nak pasang tingkap, cari orang yang boleh buat tak jumpa-jumpa. Kalau panggil yang dalam iklan-iklan ni sure la harga nya tak mampunye kami kan. hehe

Maklumler, Rumah Kos Rendah..




Ni atap rumah saya. Bila waktu panas, bahang lagi panas bila buka kipas.




Bila dah pasang, alhamdulillah kurang sikit rasa panas tu.
Air cond pasang dalam bilik tidur saya sahaja.. lepas kami apply Turbine Ventilator ni suami ON aircond dan tengok remote air cond, sebelum tu, saya set 26* darjah celcius sbb malam tadi tido kan.. saja taknak sejuk sangat. Masa tu, dah siap pasang waktu tengah hari.. terasa sejuk aircond tu macam pasang 18* darjah celcius.. 








Tengok sistem penghindaharaan udara dalam rumah dengan adanya Turbine Ventilator ni.
Setakat ni, alhamdulillah.. kurang haba panas dia, dan tadi baru je hujan lebat.. so far takde pula air masuk ke dalam.


Jimat. Tak perlukan tenaga elektrik pun.


Lega sudah.. akhirnya problem kami solve!
Anda boleh layari blog orang yang pasangkan Ventilator System ni.
http://turbineventilator01.blogspot.com atau website www.austinventilator.com.
Contact Person : FAIZAL - 011 3304 8935

tapi yang suami saya call tu Melaka dari Bemban. - 018 253 1262.


Bookmark and Share

Sunday, September 20, 2015

Tak semua Bahagia kita perlu tunjuk.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Kebahagian sebenar tak perlu untuk ditunjuk. Cukuplah untuk diri sendiri dan keluarga sahaja yang merasainya.


Saya, 
pernah
rasa
perasaan
untuk
beritahu
seluruh dunia yang saya bahagia, 
saya gembira, 
saya itu dan saya ini.

Hakikatnya..

Semua itu hanya pinjaman Allah swt.


dan masih ramai lagi tak sedar dan leka dan tak faham maksud sebenar Bahagia.


Jika dilihat, di laman laman sosial.. sehingga ada yang salah faham menyebabkan pergaduhan dan status-status sindiran.. yang terlalu kerap memberitahu tentang kebahagian diri sendiri, keluarga, percintaan dan ... sehingga menyebabkan ada pihak tertentu berasa tidak selesa. Bila ditegur, tak diterima.. bila disindir, di sindirnya semula.

Jujur, saya pernah lalui semua ni. kedua duanya..

Sosial Media ni cukup buat kita berperasaan BENCI sesama manusia.
Bukan merapatkan jurang tapi sebaliknya jika kita salah menggunakannya.
Masih lagi kita leka??


Kebahagiaan kita cuma satu pinjaman yang diberi Allah swt.
Bersyukur sahaja dengan segala nikmat pemberianNya.
Tak perlu dicanang..


Hari ni,
kita memuji betapa indahnya perkahwinan..
Akan datang?
kita tak tahu... tiba tiba suami kawen lain ke, isteri ade scandal ke? Who knows the future??

Agungkan percintaan manusia,
baru tunang hari hari post gambar romantik..
akhirnya tak jadi kahwin.
Siapa malu ??



Janganlah terlalu megah dan bangga dengan apa yang dimiliki.
Cukuplah hanya bersyukur di tikar sejadah dihadapan Allah swt.
Huru hara hidup kita jika Allah tarik semula nikmat yang diberi..





Bagaimana nak hadapi kehidupan seterusnya jika...

  • Suami / isteri yang disanjung, dipuji, di agung agung kan itu jadi sebaliknya?
  • Kisah percintaan yang tak kesampaian untuk nikah.
  • Anak yang disayang, ditayang membesar tidak berakhlak (contoh)
  • Kecantikkan yang hilang akibat dari kemalangan atau lain-lain.
  • Kemewahan yang dikecapi tiba tiba jatuh muflis.



Ada yang sampai hilang agama lupa tuhan jika ujian sebegini menimpa.

Sebaliknya, belajarlah dari kesilapan.. tak semua orang dapat apa yang kita miliki dan tak semua benda yang kita nak juga tak semua kita mampu dapat.

Semua hanyalah pinjaman dari Allah swt.

Simpanlah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain..

wasallam.


Wednesday, September 16, 2015

Kualiti serupa boleh dapat dengan harga murah.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Inspired by Vanilla from The Body Shop.
Korang pernah try tak?



Keluaran ClassicRedParfume pun ada macamni.
Serupa!


Dan mampu dimiliki dari harga serendah RM25!


Kalau tak cukup, korang boleh beli kuantiti lebih dari 5ml ni.
Bau dia lembut jee..
sedap sedap rasa..

Xrugi mencuba!
Kalau berminat hubungi saya.

*wasap only : 0196854736.


Thursday, September 10, 2015

Ujian kehidupan.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Percayalah, setiap Ujian berat yang kita pikul adalah hikmah untuk kita menjadi yang lebih baik.

Kalau kita rasa, kita susah ada orang lagi susah dari kita.

Allah tahu kita mampu sebab tu dia beri kita ujian tu.



Setiap Manusia akan diuji, untuk meningkatkan level keimanan mereka.
Mukmin yang beriman akan sentiasa diuji.

Jangan mengaku Islam jika diri tidak beriman.

Iman ni banyak konsep.
walaupun ayah seorang imam masjid pun belum tentu anak bakal warisi iman anak.

Jadi penting sangat didik anak anak dari kecil kenal Allah dan pupuk imannya.

Semua orang nak masuk syurga, semua orang nak kan pengakhiran yang baik untuk diri sendiri.
Tapi, adakah kita ikut perintah yang Allah swt tetapkan??



Jangan kata kita beriman sedangkan masih lagi melakukan dosa. T_T'




Allahuakbar, jauh nya syurgamu ya allah.

T____T'


Friday, September 4, 2015

Mana perikemanusiaan kita ni ??

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



sayunyaa


Just like my son.

Ya allah..
bantulah mereka, lindungilah mereka..

sedihhnyaa..


Pernah tak anda bayangkan jika kanak kanak kecil ini adalah anak anda sendiri?
cubaaaa.

bayangkan sesaat.

bukalah mata kalian, bangun dan sedarlah.

Islam makin lemah dan ditindas.. sampai bila kita harus biarkan ini terjadi?

wahai kaum adam, bangkit! langkahkan kaki mu ke Masjid berjemaah beramai ramai berdoa dan teruskan berdoa. demi Agama kita, Agama Allah yang satu.. tiada yang lain.


Islam Will Rise !!!!!

*Mode Sedih*



Wednesday, September 2, 2015

Jom wangi dari pagi sampai ke petang..

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.





CLASSIC RED PARFUM...
the perfume of soul...100% perfume..Inspired by international perfume...tahan sehingga 12 jam.. harga mampu milik serendah rm 25 (bersamaan 5ml)…


*  Boleh didapati dalam pelbagai saiz botol 5 ml,15 ml,20 ml,30 ml,50 ml,100 ml
*  Sah Halal
*  Ada tambahan vitamin C baik untuk kulit
*  Kualiti terjamin..100 parfum..bukan EDP..bkn EDT
*  Terdapat 53 jenis bau dan jenama sesuai untuk LELAKI dan PEREMPUAN









All perfume yang Branded yang sebotol kecik pun mau beratus harga dia, tapi dapat dimiliki dengan harga yang berpatutan mengikut kuantiti ml yang disediakan.

Harga paling tinggi RM180.
Bandingkan lah dengan Original punya, mau 2 ke 3 ratus kan?
Ni pun diambil dari Pati Original Perfume tu sendiri.



Selain tu jugak, korang boleh gunakan perfume kegemaran korang ni dalam kereta korang.
cuma beberapa jenis perfume je yang available untuk car perfume ni, antaranya:


*  Country Garden
*  Tokyo Orange
*  Fantasy by Britney Spears
*  Incanto Shine by Salvatore Feragamo
*  Hugo Energise by Hugo Boss
*  Desire for a Men by Alfred Dunhill


Di sini saya sampilkan beberapa Feedback dan Testimoni dari kawan-kawan.
(Maklumer, bisnes ni pun dari kawan saya.. majoriti yang mencuba pun dari kawan-kawan juga. hihi)








Ramai dah berpuas hati..

Classic Red Parfum ni juga mengeluarkan perfum untuk mandian.. cuma titiskan beberapa titik dalam air baldi mandian tu pastu mandi. Wangi dan segar gitu..

Ni Price List untuk korang, mana tau ada yang berminat kan.



Boleh WhatsApp/CALL/Email: 0196854736
kedinkyst87@gmail.com

COD: Melaka - Batu Berendam, Durian Tunggal, Ayer Keroh, Bukit Katil dan sekitarnya.

** Mana tau, ada yang nak buat car perfume tu sebagai doorgift ke. Harga untuk car perfume akan datang dapat dikurangkan dan dalam bentuk kecik comel, memang sesuai la untuk buat doorgift vvip ke hehe**





~ U NEVER KNOW IF U NEVER TRY ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis