Wednesday, December 24, 2014

Saya Jual Tudung!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Hihihi. Lama dah saya beli kain untuk buat tudung. Tapi tudung saya tu bidang 45. Lepastu ada orang request tanya tak jual ke. So saya pun start la jual..
Saya baru ada 3 design bawal dengan 1 shawl dan ada 1 lagi shawl plain. ala-ala tudung naelofar tu.



Gambar kanan tu masa saya buat bawal saya tu. Pastu gambar kiri pulak saya jahit bawal saya di tengah. Masa rushing nak keluar, capai and zap terus sarung.

Sampai ada orang tegur saya ingatkan saya cikgu.



Yang atas ni pulak shawl..

So ni Iklan sikit tudung saya tu. Semua Available.. kain tak jarang dan senang nak dibentuk.
Postage FREE kalau beli lebih dari satu ok!





In sha allah, saya tak kan menipu sebab setiap pembelian saya sertakan dengan hadiah percuma... lai lai lai.

#sayajualtudung #tudungsayatakjarang #bisnesonline #tudungmuslimah

Cehhh dah macam hashtag IG pulak.
Ok la tata.

Ikhlas,
Hayati Mat Yusop

Tuesday, December 16, 2014

Islam is the way of LIFE!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 


Yup.
Nak cari ketenangan hidup adalah dengan beribadah. Dari situ, kita akan dapat ketenangan dan kebahagiaan.

Terbukti!

Sebab bila awak letak ALLAH SWT segalanya, In sha allah you will have a better life.



Kahwin

Bukan penyelesaian untuk setiap dosa yang korang penah buat. Tapi kahwin tu la segala permulaannya. Andainya sebelum korang kawen dulu, korang dah buat dosa macam-macam. Solat lintang pukang lah.. Party la, maksiat la. kaki perempuan lah. Tak, sebelum kahwin la korang kene berubah! serius..

Oh awak tak boleh kata.

"hurm, nanti kahwin la aku berubah.."

No. Nak berubah tak boleh tangguh tangguh. Bila kata nak berubah, buat! bukan tangguh.. nak tangguh sampai bila ?  Bila niat nak berubah, kene la mula cari kawan-kawan yang baik. Cari ilmu agama.. pergi Masjid, bergaul dengan orang-orang alim. As for me pun, belum sempurna lagi ibadah. banyak juga nak belajar balik.. subhanallah. sedih betul.. :'(



Solat

Solat tu tiang agama. Kita selalu pandang bende ni temeh.. simple. alahh kejap la. tapi ini tiang agama. satu runtuh, tak sempurna ibadah kita. Bila kita solat dengan sempurna, awal waktu.. tak pernah miss. in sha allah, kita akan cenderung untuk melakukan kebaikan.. antaranya menutup aurat. Apa guna nya, kita mengaku solat setiap waktu tapi mendedahkan aurat kita pada lelaki untuk ditatap. Ada satu video ceramah, ustaz kata ibadah tak sempurna walaupun kita solat tak pernah miss. Sia - sia je la solat tapi ibadah lain tak buat. Mendedahkan aurat tu pun dikira DOSA BESAR.

Ye, percayalah.. sebab saya dulu pun begini. bertudung sedangkan yang lain terdedah. t-shirt lengan pendek. sendat, nampak bentuk.. yelah slim kan waktu tu , semua nak ditunjuknya.. bila kita diganggu lelaki. kata pulak lelaki tu gatal sedangkan kita yang menunjukkan bentuk badan kita pada mereka. apa guna ?

Then, bila saya mula menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah, saya jarang lagi diganggu lelaki mata keranjang. tp adalah segelintir.. itu mesti jenis yang munafik la agaknya. astaghfirullah.

itu belum yang berpurdah dan berburqa. mesti tak berani punya mereka nak tegur. wallahualam.



Perbuatan

Hurm.. saya pun susah nak buang tabiat mencarut. yelah, dulu kan kuat mencarut. sikit punya hal dah carut berbakul-bakul.. sekarang, dah tercarut baru nak istighfar. haha! my bad :'(

Tapi.
kalau ciri islam yang sejati, bila amalan mereka banyak dan terasa connection dia pada pencipta (Allah swt) kuat, seseorang tu akan jadi baik. kalau dulu kuat menipu, bila mereka jaga amalan in sha allah sekarang jadi seorang yang jujur. mana kita tau kan ? kita bukan boleh nak judge orang.. tu semua kerja Allah.. dia je yang boleh tentukan seseorang tu untuk ke syurga ke or ke neraka. Kita ni, cuma buat amalan tambahkan pahala untuk kita ke syurga.

Masalah kita zaman moden ni.. (padahal dah akhir zaman) sebab kita rasa sangat sangat lah yang kita buat ni semua betul. hurm.. contohnya,

Saya rasa, pergi tengok wayang dulu normal. bukan nye buat maksiat cuma tengok wayang.. dosa apa.. Allahu. padahal tak tahu, tengok wayang tu la permulaan nak buat dosa sebab syaitan akan sentiasa menghasut kita..

So sebelum kita fikir and rasa perbuatan kita tu betul, elok lah refer pada Ustaz or buku ilmiah agama. Kadang tak semua kita rasa betul tu totally betul.. paling teruk, ianya DOSA BESAR yang kita anggap perkara biasa. nauzubillah T_T'



Makanan

Makanan ni pun part of ourself. kan ada istilah "We are what we eat". Bahaya la, kalau makan makanan yang tak halal susah nak beribadah.. susah nak menghafal.. Jadi sekarang, bila nak beli cikedis ke air ke apa-apa kene la belek tengok Expired Date dengan Logo Halal.

Bagi saya, jika makanan yang ada logo halal tapi ingredient ada benda haram itu tanggungjawab pihak Jakim la kan. Tapi kita pun, kalau dah confirm makanan tu ada benda haram kita stop la beli and makan. Boikot la katakan..

Boikot biar lah kekal.



So manusia bila ada pegangan in sha allah kita akan tenang je. damai je.. Bila drive saya buka channel Radio Ikim.fm.. sebab banyak ilmu yang saya lupa / saya tak tahu saya dapat tahu. Ni saya bagi frequency Radio Ikim.fm untuk setiap negeri.


Ok la sampai sini je saya coretan saya. sebelum saya klik Publish saya share satu video dari Ustaz Kazim..




Monday, December 15, 2014

Pinjaman

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

  Macam biasa la gambar takde kaitan! bhahaha.


Sebenarnya, kita ni adalah pinjaman Allah sementara je kat dunia ni. Hidup kat dunia ni pun sementara je, sebab allah bagi pinjam semuanya kat kita. Allah bagi pinjam udara, air, tanah, ibu dan ayah, anak,, suami dan isteri.. semua bende Allah kasi kita pinjam FREE je. Tapi apa kita balas? 

Ada yang angkuh lagi sombong dengan pinjaman Allah ni. subhanallah.

Kepada kita yang diberi pinjaman dan sebagai pinjaman. Kita seharusnya beriman kepada Allah swt.. saya sebenarnya dah lupa nak taip apa. bhahaha!

Anak itu pun pinjaman.. In time nak jadi anak soleh/solehah dan mendidik anak soleh/solehah ni kita tak lari dari dugaan dan cabaran. Sebabnya.. memang manusia ni sentiasa diuji untuk kita latih iman dan diri kita supaya mengingati Allah swt apabila kita ditimpa musibah.. Dugaan ni sebenarnya adalah kekuatan kita. Bila kita menghadapi dugaan, sentiasa lah ingat kepada Allah. Ingat saja tak cukup kalau tak beribadah. In sha allah, DIA akan beri kita kekuatan. So nasihat saya pada mereka-mereka yang dah tersasar jauh dari landasan dan ingin kembali kepangkah jalan.. jaga lah solat anda. Solat di awal waktu dan selalu lah berjemaah di Masjid pada yang lelaki. Perempuan pun boleh jugak.. Rajin rajin kan diri untuk menghadiri Majlis Ilmu yang dianjurkan di Masjid-Masjid, kerana allah akan memudahkan jalan seseorang ke syurga apabila dia bersungguh-sungguh mencari ilmu. Dari yang kita tak tahu, kita akan tahu.. dari kita tersilap yang selama ni kita rasa kita buat tu betul padahal dalam islam ianya salah. So kita perbaiki la.

Kita nak perbaiki orang, sedangkan diri kita sendiri terumbang ambing.. bagaimana??

Jadi, jika kita inginkan anak kita soleh/solehah tapi kita sendiri pun solat rongak-rongak.. macamana?? walaupun hantar la ke sekolah sekolah pondok sekalipun, sedangkan ibu bapa masih lagi leka dan lalai dengan duniawi macamana dia nak mencontohi sifat-sifat terpuji Rasullullah ? kan ? tapi hidayah itu milik Allah swt. Saya tak layak untuk menentukan siapa ke syurga dan siapa ke neraka ??

Dan itulah.. saya seru, korang jom la berubah ke arah kebaikan sebelum ianya terlewat. Allahuakbar!

Monday, December 1, 2014

Pengalaman mengajar kita.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

Kesannya sangat mendalam dan berbekas Allahurabbi,  .

Haritu dengar Ikim FM, yang mana Ustaz ni cakap.. syaitan akan sedaya upaya menyesatkan umat Muhammad.. apabila pasangan lelaki dan perempuan yg tiada ikatan yang sah, syaitan akan cuba untuk merapatkan pasangan tersebut. Tetapi, syaitan akan cuba memisahkan dan membuat pasangan yang sah ini bergaduh. Itu kerja dia..


Dan selama ni saya telah banyak tewas kepada nafsu dan syaitan..


Sebenarnya, kita hidup di bumi ini adalah tempat menerima ujian. Jihad bukan hanya jihad pikul senapang dan pertahankan agama islam. tapi kebanyakkan orang kita hanya islam pada nama sahaja. Jihad melawan nafsu juga adalah jihad. tapi sayangnya, ramai perempuan-perempuan sekarang tak mempertahankan jihad mereka.. yang membenarkan lelaki bukan muhrim masuk ke rumahnya dan macam-macam lagi. Tunjang utama adalah AGAMA! kerana kita sering meletakkan TUHAN tempat paling bawah. Jika Allah diletakkan di dalam hati kita, kita takkan mampu membuat dosa dosa besar. Hanya Allah sahaja yang mampu memaafkan dosa dosa besar kita.. kerana bagi seorang manusia memang tak mudah untuk memaafkan kekhilafan manusia lain apalagi mereka telah mengguris hati dan perasaan. Tapi semua itu in sha allah akan terubat lama kelamaan.. In sha allah.. will fight for this, people may easy to say. tapi kekuatan untuk memaafkan manusia itu tidak la semudah dengan ungkapan. allahuakbar.

Ni ada sikit tips yang saya google.


Untuk para wanita yang pernah kecewa, jangann lupakan Allah. Jangan jangannn tinggalkan agama kita. Allah swt Maha Penyayang.. hiduplah kita dalam keberkatanNya. Amin


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis